Lazada Malaysia

Thursday, November 17, 2011

Bukan Salah Guru Kalau Anak Murid Lari Tak Mahu Belajar


As-Salam.
Ada jugak hati kering yang macam tu yer. Gamaknya kenapa la dok bisa dihatinya sampai diluahkan sesuatu yang tak sesedap mee maggie kari ditambah telur? Disalahkan orang yang mengajar ... walhal bukan semua orang tahu, bukan semua orang dah bijak pandai macam dirinya.

Nanti bila diri tenggelam dalam daif pengetahuan, yang ruginya sapa? Guru yang dok ajar ke? Weihh... orang beri ilmu dapat pahala tau, yang anda ... hasut orang jangan belajar itu dan ini ... kenapa pula ehh? Tak mahu orang jadi bijak macam anda kah?

Erkkk ... ini bukan kisah masyarakat kat luar tu (walaupun sebenarnya relevan juga) tetapi kisah sipi-sipi yang ada dalam dunia blog.


Satu hal, ada wujud blogger yang suka label2 blogger lain, contohnya, blogger segmen la, blogger tutorial la, blogger SEO la, blogger SERP la ... aduh aduh. Itupun jadi hal ke? Nak masuk kelambu, ada pintu, dan kelambu pun ada macam2 kaler .... dan kelambu pun ada macam-macam jenis .. oh ya, sekarang tak pakai kelambu kan .. jadi mungkin tak berapa nak tahu bagaimana rupa kelambu.

Kelambu tu ibarat dunia blog jugaklah. Masuknya ada keluarnya pun ada. Macam mana nak bagi kelambu tu kekal tergantung ... belajar sendiri boleh, tapi esok pagi sedar2 dah roboh. Kena juga tanya pada mereka yang dah awal guna kelambu. Walaupun kaler banyak, ia tetap kelambu, dan orang yang masuk kelambu pun akan lain, bukan semua orang akan masuk melalui pintu kelambu yang sama, dengan menggunakan warna kelambu dan jenis yang sama.

Tak tahu kena belajar. Kalau dah tahu tu, cubalah beritahu pada yang lain. Apa salahnya menjadi guru? Bukankah manusia yang Islam pada imannya itu perlu ada sifat menyampaikan?

Dah dah .. jangan disalahkan guru, mungkin anak murid tu diperdaya sampai tak mahu belajar .... lalu lari ...



Bukan Salah Guru Kalau Anak Murid Lari Tak Mahu Belajar
4/ 5
Oleh

Baca Artikel Terkini Menerusi Email (PERCUMA)

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

Komen Anda

Lazada Malaysia

4 komen

Tulis komen
avatar
17 November, 2011 10:04 delete

Di antara guru dan murid.. kena ada saling kefahaman..

Reply
avatar
YNA
17 November, 2011 11:39 delete

x boleh nak salahkan sape2, kita kena tau situasi. jgn tuduh melulu :)

Reply
avatar
23 November, 2011 14:52 delete

asyik2 nak salah kan guru.habis tu makbapak yg beranakkan dorang tu buat apa.anak 2,3 org pun x trjaga.bila anak buat salah,di beri hukuman,makbapak datang sekolah bwa segala senjata dan peguam.ini la akibatnya...jgn salahkan sapa2.pendidikan awal bermula dari rumah

Reply
avatar
23 November, 2011 16:55 delete

@Jezz Hehehe... actually entri ini untuk blogger ...bukan pasal mak pak tak ajar anak, ini kes lain ..hehehhee

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang didapati tiada kaitan dengan artikel akan dipadam serta-merta. Untuk tujuan promosi dan iklan, sila hubungi saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.