Panduan Dan Tips Mendidik Anak Kecil - Anak-anak kecil memang dahagakan pembelajaran. Di peringkat umur masih kecillah, mereka paling mudah menerima sesuatu, bak kata pepatah lama; 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya'.

Jadi, sebagai ibu bapa, tentu sekali saya mahukan anak-anak saya menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan masyarakat. Tanyalah sesiapa pun, baik yang dah jadi ibu bapa, yang baru nak jadi ibu bapa dan yang sedang pasang angan-angan menjadi ibu bapa ... mereka semua akan mengimpikan agar anak-anak mereka menjadi seorang anak terdidik dan terbaik.

4 Panduan Mendidik Anak Kecil

4 Panduan Mendidik Anak Kecil
Jadi, sukarkah untuk para ibu bapa mendidik anak-anak? Bagaimana penghasilan akhirnya nanti? Sebenarnya ada banyak cara dan kaedah untuk ibu bapa mendidik anak-anak, dan menurut kajian, anak2 lebih terdorong mempelajari sesuatu yang menyeronokkan. Maka, di sini saya ingin kongsikan dan syorkan kepada ibu bapa untuk mengikut 4 Panduan Mendidik Anak Kecil berikut:

1. Berlakon dan berdrama secara olok-olok

Panduan Dan Tips Mendidik Anak Kecil
Biarkan kanak-kanak bergaya dan berlagak seperti babak dalam cerita atau filem. mereka juga boleh mengunakan anak-anak patung atau mainan mereka. Cuba cari filem, kartun kegemaran mereka dan berlakon menjadi watak2 itu. Terapkan nilai-nilai murni, serta perkara-perkara baru yang boleh mereka belajar.

2. Muzik dan tarian

Ini akan membentuk kreativiti, koordinasi badan serta keupayaan bahasa kerana kanak-kanak akan dapat mengingati lirik lagu dan cerita di sebalik penglibatan mereka. Anda boleh galakkan mereka menyanyi lagu2 yang membawa pengertian baik. Malah, amat digalakkan anda sama-sama menyanyi dengan anak-anak terutama lagu-lagu yang berunsur pengajaran seperti nasyid, dan lagu-lagu patriotik.

3. Seni dan kraf

Panduan Dan Tips Mendidik Anak Kecil
Jangan marah anak jika mereka suka menconteng. Menconteng dan melakar akan membantu membina imginasi dan daya ingatan kanak-kanak. Ini kerana mereka melakukannya melalui pengalaman yang telah mereka alami, atau dari gambar-gambar buku yang mereka baca.

Malah, saya berikan izin untuk anak-anak conteng pada ruang yang sesuai buat mereka. Kata anak saya yang bongsu .. bila saya tanya kenapa suka conteng dinding .. apa jawab dia? ...."Dinding luas ... boleh lukis macam-macam .. banyak-banyak ... tak yah nak padam-padam ..." huhu.

4. Aktiviti luar rumah dan sukan

Bermain bola, berbasikal, memanjat, berenang dan bergolek-golek membantu anak anda meningkatkan koordinasi pergerakan mereka. Carilah tempat yang sesuai untuk memberikan lebih kebebasan anak-anak ini bermain. Seminggu sekali, bawa anak-anak ke taman permainan untuk bergaul dengan rakan baru serta mencuba permainan baru.
Panduan Dan Tips Mendidik Anak Kecil
Saya sering bawa anak-anak ke kolam renang. Anak-anak pun memang suka mandi kolam dan berenang. Alhamdulillah, dua orang anak saya boleh dikatakan sudah pandai berenang sendiri. Aktiviti yang mereka suka ... akan mudahkan dan mempercepatkan mereka untuk belajar.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya ye ...


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Komen

akan cuba buat dengan anak.. suka tengok anak menyanyi dengan aksi sama-sama dengan teddy bear dia.

Reply

nice tips. boleh dipraktikan bila ada nak nanti :)

Reply

berguna tips ni utk sy...ank2 tgh membesar ni memerlukan thp kesabaran yg tinggi.hehehee

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.