As-Salam.
Sebelum ini saya ada membuat satu entri berkaitan dengan selulit yang berlaku pada kebanyakkan wanita. Jadi, kali ini saya kongsikan kepada anda semua, terutama wanita tentang bagaimana nak mengatasi masalah selulit ini. Baca di sni [KLIK]

Yelah, dah sedap2 kutuk kaum hawa yang banyak kulit limau di lengan dan peha, kenalah kasik panduan dan petua macam mana nak hindarkan atau kurangkan masalah ni .. ye tak? Kata orang, dah kutuk kasikla penyelesaiannya .. hehehee...

3 Cara Atasi Masalah Selulit

1. Makan
Walaupun kenyataan menunjukkan makan berlebihan tidak semestinya berakhir dgn selulit dan orang yang kurus juga mengalaminya, menjaga pemakanan dan mengurangkan jumlahnya juga dapat membantu.

Amalkan makan makanan seimbang dan kurangkan lemak serta karbohidrat. Lebihkan serat seperti buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Minum air secukupnya dan elakkan berlebihan garam. Bagi mengurangkan takungan air dalam tubuh, boleh cuba sejenis teh diuretic yang boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

2. Kegiatan
Bersukan serta bersenam membantu merangsang peredaran darah dan meningkatkan sistem serta proses pembuangan. Secara tidak langsung ia membakar lemak. Sauna dan mandi wap boleh merangsang peredaran darah dan memecah lemak. Lebih berkesan jika disertakan dengan urutan.

Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen diserap ke bahagian tubuh. Pastikan kita mengamalkan cara pernafasan yang betul.

3. Urut
Ia merangsang peredaran darah dan dengan itu secara tidak langsung membantu menghindari lemak daripada berkumpul.

Sumber: Komuniti VF

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kena siap sedia sebelum selulit datang hihihi. terima kasih utk info ^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement