Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari November, 2011

Wordless Wednesday #WW - Cantiknya Bonzai


Battle of Penang - Kerajaan Russia Terhutang Budi Dengan Penduduk Penang

As-Salam. Battle of Penang - Satu peristiwa dalam rentetan peperangan Perang Dunia Pertama Kedua yang berlaku di perairan Selat Melaka pada tahun 1914. Dalam tragedi awal pagi 28 Oktober 1914 itu, kapal penjajap Jerman, SMS Emden yang dikemudi Leftenan Komander Karl von Muller telah mengaburi pihak lawan dengan menyamar sebagai kapal Britain sebelum melancarkan serangan terhadap kapal Zhemchug yang berada di pelabuhan Pulau Pinang.
Zhemchug yang boleh memuatkan 348 anak kapal itu tidak sempat hendak menangkis dua serangan torpedo daripada SMS Emden sehingga ia meletup dan terbakar lalu karam di lautan. Tragedi itu telah mengorbankan 89 anak kapal dan pegawai, manakala 143 lagi mengalami kecederaan.

Apa Kaitan Bangsa Melayu dengan Puak Bani Israel?

Apa Kaitan Bangsa Melayu dengan Puak Bani Israel? - Entri sinambungan dari entri sebelumnya: Apa Maksud Melayu?
Melayu itu ada kaitan dengan Bani Israel, begitulah yang banyak diperkatakan walaupun tidak meluas diketahui. Di dalam al-Qur'an ada menyatakan bahawa Bani Israel terbahagi kepada 12 puak.
Setiap nama puak itu diambil daripada nama Yakub (Israel) a.s.. Nama-nama puak dari kalangan Bani Israel ialah: Rubin.Simeon.Lawway.Yahuda.Zebulaon.Isakhar.Gad.Dann.Asyer.Naftali.Yusuf (diambil dari nama anak Yakub a.s. yang ke 11 iaitu Yusuf a.s.).Benyamin. Adakah Ini Kaitan Sebenar Bangsa Melayu dengan Bani Israel? Adakah ini bukti atau fakta yang kaitkan bangsa Melayu dengan Bani Israel? Berikut adalah beberapa kajian atau penemuan yang telah dilakukan yang mengaitkan bangsa Melayu dengan Bani Israel. Menurut kitab Yahudi kuno, salah satu dari puak tersebut telah didapati hilang dan mereka ialah dari keturunan Yusuf a.s.. Mereka mendapat petunjuk Allah serta memeluk agama Islam. Merek…

Wordless Wednesday #WW - He Wants To Be A Police Officer


Wordless Wednesday #WW - Bayi Comel Sebagai Hidangan Makan Malam?


Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel?

Apa Maksud Melayu? Melayu Itu Sama Keturunan Dengan Bani Israel? - Ada belajar sejarah ketamadunan Melayu tak masa di sekolah? Saya sebenarnya tak berapa nak ingat, sama ada dalam buku teks (ketika itu) ada diberitahu akan apa maksud Melayu.

Kalau mengikut beberapa pemahaman, Melayu juga disebut Mala atau juga Malai yang bermakna gunung. Makanya, Melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala dari keturunan Nabi Ibrahim A.S?

Dan apabila dikaitkan dengan keturunan Nabi Ibrahim A.S, jadi tidak mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Ada pula kajian yang mengatakan bahawa bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung ini berasal dari ibunda Keturah, isteri Nabi Ibrahim A.S.
Kisah Melayu Dalam Kitab Perjanjian Lama Yahudi Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan,…

Alexa Top 15 Blog in Malaysia

As-Salam. ALEXA Top 15 Blog in Malaysia ..... berdasarkan sedikit research dan pengetahuan yang sekelumit, saya kongsikan bersama anda. Maklumat ini diterbitkan berdasarkan penyataan Alexa pada 29 November 2011. Ia mungkin berubah.
Nama Blog/Global Rank/Malaysia Rank
http://beautifulnara.com 10769 59http://blogserius.blogspot.com 16170 90http://ohbulan.com 19982 99http://paultan.org 15697 103http://denaihati.com 20227 113http://amanz.my 25621 129http://itsmesaiful.blogspot.com 36237 176http://rotikaya.com 53880 203http://ohartis.com 403528 206http://www.informasi.my 40442 219http://benashaari.com 44208 231http://puanbee.com 48254 250http://mummynemo.com 52749 263http://ohtidak.com 49249 267http://www.borakkosong.com 49003 281
Ada blog yang link dah hapus atau dipadamkan. Mungkin ada kesilapan dari senarai yang saya kemukakan ini, namun secara kasar anda boleh lihat dan tahu blog mana yang mendapat sambutan ramai dari segi ranking Alexa.

Ini juga menunjukkan senarai Top Ten Blog di Malay…

Fakta Menarik | Gambar 'The Real Angry Bird'

As-Salam. Fenomena juga burung ni. Kat mana-mana je saya akan nampak. Malah, kat rumah saya ni, ada je burung ni ... huhuhuhuhu ... pada fikir saya, ia memang comel, dan saya sendiri pun beli ... erkk alamak ... hehehehe....
Inspirasi mengenai Angry Bird ini bukanlah bersifat tempatan, malah ia melanda seluruh dunia. Banyak yang menyukai akan kecomelan dalam kegarangan yang ada pada Angry Bird ini. 
Untuk info, Angry Bird ini punyai beberapa karektor yang berbeza, dan punyai 'kekuatan' yang berbeza.
Dan mungkin ia diinspirasikan daripada burung-burung ini:


Sumber: GizmoKick

Sertai HASRULHASSAN.COM Dalam Komuniti Google+ (PLUS)

As-Salam. Baru selesai setup laman komuniti dan jaringan sosial network menggunakan Google+. Satu aplikasi baru yang mirip seperti laman sosial Facebook untuk sebarang perkongsian, sebarang hebahan dan sebagainya. Ia juga sebagai persediaan untuk menaik-taraf jaringan followers blog ini ke satu platform yang lebih baik, di mana semua followers boleh berkongsi apa jua catatan, apa jua perkongsian baik dari blog, artikel atau apa sahaja di dunia maya ini dengan hanya satu klik .... iaitu samada Google+ atau Google+1.
Buat followers, pembaca dan pengunjung blog ini, saya jemput dengan segala hormatnya untuk bersama saya di dalam laman komuniti, jaringan sosial Google+ (PLUS) ini.
Untuk bersama HASRULHASSAN.COM, hanya perlu klik logo G+ yang ada di dalam blog ini.
Terima kasih.

Sejarah Takwim Hijrah Kalendar Islam

Tahukah anda akan sejarah bermulanya Kalendar Hijrah atau Takwim Hijrah? Saya sukacita ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan ini bersama anda. Mungkin, anda pernah tahu dan pernah baca di mana-mana sebelum ini, maka entri ini sekadar untuk menambah mana yang perlu (jika ada) pada pemikiran anda semua yang sudah lebih tahu daripada saya.... erkkk ayat belit ular sawa betul ni .. hehehee
Sejarah Takwim Hijrah Kalendar Islam Secara ringkasnya, permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah atau disebut Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a.
Asbab Perutusan Menurut satu riwayat, diceritakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan sepucuk surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar sebelumnya. Oleh kerana ketiadaan tarikh atau kalendar yang jelas dan boleh dirujuk dengan baik ketika itu, maka Saidina Umar r.a telah meminta untuk diadakan satu ka…

Sejarah dan Rahsia Tiang serta Ruang di dalam Masjid Nabawi

As-Salam. Sekadar ingin berkongsi satu perkara atau rahsia yang mungkin ramai tidak tahu. Ia juga boleh dikatakan salah satu dari fakta sejarah tersembunyi yang tidak ramai menghebahkannya.
Ia adalah mengenai asal-usul, khaifiat dan rahsia di sebalik binaan serta tiang di dalam Masjid Nabawi, masjid pertama buat sebuah negara Islam - Madinah.

Dengan merujuk gambarajah yang diberikan.
1. Nabi SAW menggunakan tempat ini untuk menemui para utusan yang datang. Beberapa Sahabat terkemuka duduk disekitar beliau selama pertemuan berlangsung.
2. Menjadi tempat berdiri para pengawal Nabi SAW. Matori berkata, “Pintu rumah Aisyah RA berhadapan dengan tiang ini, dan Nabi SAW melalui pintu ini menuju ke Masjid Nabawi.”
3. TIANG TEMPAT TIDUR: Abdullah bin Umar RA bercerita, “Nabi SAW menggunakan tempat ini sebagai tempat tidur beliau selama I’tikaf.
4. TIANG ABU LUBABAH: Tertulis padanya. Seperti disebutkan dalam tafsir Ibnu Katsir, Nabi SAW bermaksud untuk menghukum bani Quraizzah (sebuah suku Yahudi) a…

BEAUTIFULNARA | Sebuah Blog Yang Merbahaya !!

As-Salam. Bahaya. Merbahaya. Blog Beautifulnara merupakan sebuah blog atau laman web yang disifatkan merbahaya oleh Trend Micro, sebuah penyedia perkhidmatan antivirus dan juga internet security. Mungkin kerana kandungan dalam blog berkenaan yang boleh memerbahayakan golongan artis .... hahahaha...
Hmm ... agak-agak berani ke nak masuk ke blog hiburan gossip dengan berhemah tu lagi kalau dah kena warning begini:

Bukan nak memburukkan blog lain ehhh ...ini cuma sekadar ingatan dan pesanan buat kita, blogger supaya memastikan blog kita ini bersih dari sebarang ancaman, baik buat blog sendiri atau kepada pengunjung. Pastikan tiada widget yang boleh membawa malware atau virus.

Kalau dapat amaran macam di atas tak apa lagi, boleh lagi dibuat sesuatu, tetapi jika anda menggunakan hosting blogger.com/blogspot; nampak gaya kena delete la nanti blog anda tu ...huhhuhuhu ....


Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

Saya kongsikan doa-doa untuk penutup dan pembuka tahun Hijrah. Doa akhir tahun dibaca selepas Sholat Asar, manakala doa awal tahun dibaca selepas sholat Maghrib.

Doa akhir dan awal tahun ini dibaca sebanyak 3 kali.

Maksud doa:
Doa Akhir Tahun Hijrah
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka ak…

Nuffnang Tidak Adil Buat Blog Yang Tinggi Trafik?

As-Salam. Ada desas-desus yang mengatakan bahawa pihak Nuffnang tak begitu berminat nak berikan Buffered Earnings (BE) pada blog yang tinggi trafik. Ramai blogger yang mengeluh-kesah tentang hal ini. Hmmm apa boleh buat, tak ada rezeki la tu. Mungkin datangnya dari punca lain - jika itu yang anda mahukan buat blog anda - sebuah blog yang menjana pendapatan.
Ada blogger yang punyai lebih dari 2 blog, satu tinggi trafik, satu lagi biasa-biasa je, malah tak update sekerap blog yang tinggi trafik tu, tapi ... BE macam2 ada ....
Saya, selepas dah berzaman tak dapat BE dari Nuffnang ni, saya dah stop buat entri mengenai Nuffnang, petua dan ilmu mengenainya, sebab saya merasakan macam tak jalan je .. huhuhu.. buat apa diwar-warkan pelbagai petua mengenai Nuffnang jika tak betul2 menjadi .. ye tak?
Jenuh ni nak tunggu cek pertama Nuffnang sejak saya letakkan dalam blog saya sekitar tahun 2009 .... siyes ... tak cecah2 lagi tahap minimum RM50 yang disyaratkan untuk keluarkan earnings .. aduha…

[Senda Gusi] Facebook Versi Kanak-Kanak Dilancarkan?

As-Salam. Saja nak kongsikan benda berikut, yang saya cilok dari Facebook TV9.... kelakar rasanya, hebat betul kanak-kanak yang melukiskan Facebook dalam bukunya .... 

Atau ini merupakan tanda bahawa minda anak-anak telah 'dijajah' oleh Facebook? Hmm anak-anak saya tiada facebook, tetapi ada rakan-rakan saya yang anaknya punyai akaun facebook sendiri, malah anak-anak saudara saya yang baru darjah 4, darjah 5 pun dah punyai akaun sendiri ..... mereka nak add saya, tapi maaf, bicara orang tua2 tak boleh dilihat oleh anak-anak kecil ini ... 
Erkk .. Facebook Versi Kanak-Kanak .. kelakar kan?

Blog Tidak Layak - Innity Tolak Permohonan Saya

Innity tolak permohonan saya untuk gunakan platform pengiklanan mereka di blog. Alasan diberikan ialah kerana blog saya tidak layak dan tidak penuhi kriteria isi kandungan blog yang mereka telah tetapkan.

Blog tidak layak ... hoho buat masa ini, tetapi saya tidak mahu putus semangat. Masih banyak ruang dan peluang, dan saya yakin satu hari nanti saya akan penuhi misi saya untuk dapatkan akaun Publisher dari Innity. Saya akan perbetulkan mana yang perlu dan in Sha Allah, satu hari nanti saya pasti akan menulis entri berkaitan penerimaan Innity ini. Percayalah.



Pasrah tetapi bukan menyerah. Dalam proses nak tukar platform pengiklanan di blog ini, nampaknya permohonan saya untuk join Innity tidak diluluskan. Ada yang beritahu, blog saya boleh lepas kelayakkan yang diminta, tetapi nampaknya tidak. Tiada rezeki menerusi blog ini bersama platform pengiklanan Innity buat masa ini.

Tentu anda nak tahu mengapa Innity tolak permohonan saya kan? Berikut adalah email penolakan dari pihak Innity:


Oh Jumaat, Mari Sebarkan Kalimah Tauhid Ini di Blog Anda!

As-Salam. Jumaat, penghulu segala hari .... hari penuh keberkatan, mari sama-sama kita manfaatkan hari hebat ini, hari terjadinya alam .... hari di mana Allah mengangkat umat manusia tinggi darjatnya dari para malaikat.
Sebarkan kalimah tauhid ini. Moga kita semua yang ada iman di dada walaupun sekecil zarah mendapat manfaat.

Jika anda tidak mahu buat entri, mohon share, klik LIKE dan Google+ untuk sebarkan kalimah tauhid ini ...insyaAllah ....
Terima kasih buat blog-blog ini:
http://pejuangcinta93.blogspot.com


Hasad Dengki Memusnahkan Ukhwah

As-Salam. Hairan. Mengapalah ada segelintir insan di dunia ini yang masih tak sedar-sedar bahawa wujudnya dosa dan pahala di dunia ini. Saya ni bukanlah ustaz yang layak untuk berceramah soal ini, tetapi sebagai manusia biasa, kita ada akal untuk memikirkan kebaikan dan keburukan bagi setiap tindakan kita. 
Saya tahu ramai di luar sana tinggi ilmunya, dan Allah Taala sendiri mengangkat darjat yang tinggi buat mereka yang punyai ilmu. Tetapi, jika ilmu itu disalah guna kerana untuk menyebarkan hasad, membuatkan orang lain sakit hati, geram dan menyebabkan perpecahan ..... adakah ia satu yang berbaloi?
Simple je. Jika kita merasa bangga akan apa ilmu kita boleh lakukan, mengapa tidak disebarkan dengan cara yang betul, mengapa harus melakukannya dengan cara yang salah?
Nak kena sakiti dulu baru nak beri ubat ke? Luka memang boleh diubati tetapi tetap akan tinggalkan parut. Kalau parut tu cantik, tak mengapalah .. kalau buruk?
Maaf, saya memang tak suka dengan mereka yang suka membuli or…

Fakta Menarik | Gambar Mummia Dari Wilayah Xinjiang Uygur, China

As-Salam. Apabila sebut mummia, ramai di antara kita akan terfikirkan kerajaan kuno Mesir satu masa dahulu. Akan terbayang firaun, dan juga piramid. Sebenarnya, kaedah pengawetan manusia ini bukan sahaja terdapat di negara seperti Mesir, tetapi juga di negara-negara lain yang mengamalkan kepercayaan kuno, yang berkait dengan kehidupan selepas mati.
Mummia atau mayat yang diawetkan mendapat nama daripada bahan pengawet yang digunakan yang dikenali sebagai mummy/mummia. Bahan tersebut terdiri dari asphaltum, bitumen, atau bahan mineral pitch dan juga carabe.
Kebanyakkan mummia akan dibuang organ dalaman agar mayat tidak busuk dan tahan lama. Ia juga untuk mengelakkan cairan mayat mereputkan mayat tersebut.
Gambar Mummia China


Mummia yang dijumpai di wilayah Xinjiang Uygur ini dianggarkan berusia 4000 tahun. Dan koleksi mummi ini dinamakan Mummia Tarim.


Sumber: oddities zone

Fakta Menarik | Gambar Ular Sawa Menelan Kanggaroo ... Kenyang Seminggu !!

As-Salam. Hebat betul si ular sawa, nampak je bermulut kecil berlidah cabang, tapi ... sekali dapat nganga ... kanggaroo yang berkali ganda saiz badan pun boleh dibaham. Telan pulak tu .. tak main la kunyah2 kecik2 ni. Gitulah hebatnya ular sawa. 
Jangan ada pula yang nak jadi ular sawa ehhh ..... dan jangan jadi mangsa si ular sawa ... bukan buaya je yang bahaya ... ular sawa pun bahaya, malah lebih bahaya sebab dia tak main patuk2, tak main gigit2 ... ular sawa telannn terusss....ngap dan terus masuk dalam perut... hehehe...
Gambar Ular Sawa Menelan Seekor Kanggaroo



Sumber: Dogguie

Panduan Menulis Blog: Entri Berkualiti, Entri Bermanfaat

As-Salam. Jika anda mahu blog anda menerima trafik yang berkualiti, iaitu dari mereka yang benar-benar membaca blog anda, entri-entri anda, makanya ... anda perlulah menyediakan sesuatu yang berkualiti menerusi entri di dalam blog.
Sesetengah anda mungkin merasakan apabila perlu menghasilkan satu entri berkualiti, kena buat ayat skema ... kena buat ayat macam dalam buku teks. Hmmm sebenarnya tidak, blog diwujudkan untuk membolehkan anda menulis sesuatu bermanfaat secara santai, mengikut citarasa rasa, mengikut gaya anda. Namun, tidak dinafikan, seandainya anda menulis sesuatu perkara yang tidak difahami, apalah gunanya kan? Contohnya, anda gunakan singkatan perkataan tertentu, atau bahasa pasar yang jarang digunakan, kalau anda sorang sahaja yang faham .... apa gunanya ye tak?
Maka, untuk menulis satu entri berkualiti, panduan berikut boleh membantu anda;
Panduan Menulis Entri Berkualiti

Wordless Wednesday #WW - Angkasawan Wanita Pertama Malaysia?

Foto: HASRULPhoto

Saya Tersenyum Je Bila Ada Komen Yang Tak Relevan

As-Salam. Mungkin baca tajuk, tak baca entri dari awal sampai habis, makanya terus dia menyimpulkan sesuatu yang hanya ada kaitan dengan tajuk ... tapi tidak isinya. Apa boleh buat, mungkin si dia tidak perasan bahawa antara tajuk dan isi sebenarnya kaitannya agak simbolik. Nak marah? Buat apa ehhh .. syukur ada yang datang dan baca hatta tajuk sekalipun....
Saya senyum je la .... senyum tanda menerima hakikat kadangkala blog anda hanya dibaca pada tajuknya sahaja .... lalu mencetuskan rasa hingga meninggalkan komen yang ada sedikit lari dari tujuan sebenar entri itu ditulis. Nak salah siapa? Salah diri sendiri la sebab mengada-ngada buat tajuk sensasi tetapi isinya tak berapa nak sensasi .. hahahaha....
Adeh ... apapun terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini. :)

Wordless Wednesday #WW - Sihat Sepanjang Hayat


Gambar Maya Karin Sebagai Gadis Kampung

As-Salam. Maya Karin. Saya secara peribadi pernah berjumpa dengan Maya Karin, sewaktu promosi Pisau Cukur di Ipoh. Orangnya memang cantik, memang peramah dan manis dengan senyuman. Saya sangat sukakannya.
Filem terakhir yang saya tonton adalah filem Cun, dan kali ini Maya Karin akan muncul dalam filem Ombak Rindu, sebuah naskah daripada adaptasi novel terkenal. Sudah tentu, ramai akan membandingkan watak yang dibawakan oleh Maya Karin dalam filem ini dengan novel asalnya .... 
Ombak Rindu, mengandingkan Maya Karin, Aaron Aziz dan juga Lisa Surihani. Filem ini diarahkan oleh Osman Ali. Bakal ditayangkan pada 1 Disember ini di pawagam seluruh negara, namun kelmarin telah berlansung tayangan preview dan juga press conference. Anda boleh baca di Gua.com.my Gambar Maya Karin Bertudung Dalam Filem Ombak Rindu

Sumber: Facebook Ombak Rindu

Bila Benarkan Komen 'Anonymous' ... Inilah Yang Berlaku ...

As-Salam. Apabila saya membuka ruang lebih terbuka sedikit, mulalah datang 'kuman-kuman' yang tak perlu ke blog. Entah macam-mana, mereka teringin nak bersarang di ruangan komen dengan identiti anonymous. 
Saya fikir, ini mungkin kerja robot, kerja software yang menjejaki blog-blog yang membenarkan anonymous untuk tinggalkan komen, lalu ... jadilah seperti ini:

Bukan main panjang lagi ditulis tapi sepatah haram pun saya tak faham .... erkkk ada la sedikit2 yang saya boleh baca, tapi ... tak ada kaitan langsung dengan entri. Uhhh ... jadi, inilah sebabnya kena kawal ruangan komen di blog. Bukan apa, tidak mahu timbul masalah yang tidak perlu.

Nanti, seandainya berlaku yang tidak diingini, blog kita jadi mangsa, yang akhirnya akan berlaku seperti kes blog kena tutup atau delete. Baca ini: Mengapa Blog Anda Kena Delete oleh Blogspot.

Bagaimana Kalau Kita Salah Menghukum Orang Lain?

As-Salam. Saya bukan hakim, dan saya pasti tiada hakim yang akan baca blog saya ini. Persoalan yang sedang bermain di kotak fikiran saya sekarang ialah, apabila tiba satu ketika, di mana kita entah secara sengaja atau tidak menjatuhkan hukuman ke atas orang lain, adakah kita pasti kita telah menghukum yang betul? Adakah kita layak untuk menghukum?
Hukuman boleh pelbagai bentuk, ikut situasi dan keadaan, begitu juga dengan sebab musababnya. Ketika bercinta, si lelaki lewat datang untuk dating, si gadis akan hukum si lelaki untuk tidak bercakap dengannya selama 3 hari ..... Ketika suami isteri bergaduh, si isteri hukum suaminya untuk tidak tidur sekatil. Ketika anak bermain dengan air kopi yang terdedah di meja, si ayah hukum anaknya dengan rotan di kaki ..... hmmm .....

Panduan Menulis Blog | 'Layout' Blog Yang Sesuai

As-Salam. Layout blog anda juga memberikan peranan penting untuk memikat pembaca, daripada kunjungan random ke blog anda. Layout juga penting bagi membolehkan enjin carian mencari kata kunci atau keywords dalam blog anda.
Seperti yang telah saya pelajari, selalunya dan menjadi kebiasaan, robot enjin carian akan menggelintar isi kandungan blog anda bermula dari atas ke bawah, dan dari kanan ke kiri blog anda. Itu sebab kita biasanya akan nampak kebanyakkan blog mempunyai sisi widget atau sidebar di sebelah kanan.

Saiz layout juga penting kerana ia akan menunjukkan yang mana satu kandungan utama, dan yang mana kandungan sampingan. Jika tiada perbezaan saiz yang nyata, ia akan mengelirukan enjin carian dan menyebabkan blog anda sukar untuk digelintar bagi mencari keyword atau kata kunci.

Kata kunci ini perlu bagi membolehkan isi kandungan blog anda disenaraikan dalam pengkalan data enjin carian. Bagaimana nak tahu ia merupakan kata kunci? Apabila ia digelapkan atau punyai persamaan dengan ta…