"Sorry Bro, Gua Bukan Mat Jiwang" ....Salahke Jadi Jiwang?

"Sorry Bro, Gua bukan mat jiwang..". Ada seorang lelaki ni, dia boleh kira macam wildhogs la .... ada motorsikal besar, lengkap segala gear. Baju kulit gajah, kasut boot harga main ratus punya, bandana nak cekup kepala, sarung tangan yang tak celus api dan macam-macam lagi. Sekali pandang, memang nampak brutal la, lebih-lebih lagi kalau baru lepas ronda-ronda dengan motor besar Harley bin Davidson.
cara untuk menjadi suami romantis
Lalu jumpa kawan lama .... kawan lama ajak minum2. Sekali telefon pun berbunyi .. ring ring ring ... opsss bukan ringring....tetapi lagu Memburu Rindu ... perghhh tangkap lentok dulu baru tekan butang hijau untuk jawab panggilan. Memang ayat i love u ... i love u sepanjang masa semasa dok bersembang kat telefon. Pastu ada kiss kiss telefon bimbit tu ....
Lelaki motor besau pandang slack je .... sambil hembus asap rokok berkepul2.

Habis cakap .... lalu lelaki motor besau ni berkata; "Sorry Bro, Gua Bukan Mat Jiwang...".

Tetapi lelaki itu tidak tahu, bahawa kawannya tadi sedang berjiwang karat dengan isterinya yang telah pun melahirkan 5 orang zuriat buat mereka. Salahke si lelaki berjiwang dengan isterinya? Salah ke jadi jiwang?

Ada orang kata, bila dah tua, dah beranak pinak sampai sederet anak, soal jiwang-jiwang ni dah tak ada. Dah tak ada feel. Itu kata oranglah. Kata anda?


{ 13 comments.. read them below or add one }

NasZ NasZ October 18, 2011
ala..kalau sampai ke tua romantik, kan bahagia rumah tangga. hehehe.
- LIANA ASIF - - LIANA ASIF - October 18, 2011
kan best dapat suami mcm 2... terasa disayagi selalu... hehe
ain dzaya ain dzaya October 18, 2011
what the hack!!!
sorry der wa bukan mat jiwang..tapi dalam hati wa ada taman woo...
hafiz hafiz October 18, 2011
tua2 la lagi romantik..mak ayah aku ok je, tiap2 pagi kuar makan dua orang naik moto..romantik siot.kalah aku.
Alip Apai Alip Apai October 18, 2011
romantik ke jiwang? ke sama je? haha
Mrs.A~ Mrs.A~ October 18, 2011
itu romantik kot..jiwang pun best apa.saya suka lelaki jiwang jiwang ni.heheh =)

jemput singgah blog saya ;)

http://atiqahofficialsite.blogspot.com/
Rosalia Rosalia October 18, 2011
sweetnye la laki dia. untung dapat mcm tu. ni kbnykn dh kahwin lama syg pun tah kemana.
fahmi mohd nilam fahmi mohd nilam October 18, 2011
dalam hati ada taman bro. jangan plak jadi macam lelaki yang badan sasa ni plak:

http://fahmimohdnilam.blogspot.com/2011/10/milo-ais-daaaa.html
anGah anGah October 19, 2011
Entry dalam maksudnya.

Huhu ada link blog jiwa jiwa eh.. :)
Hootoh Tudia Hootoh Tudia August 17, 2014
Tak salah jadi Jiwang dapan kawan-kawan dan Tak salah juga jika lelaki tak berapa Jiwang depan kawan-kawan. Saya ada pengalaman tumpangkan seorang kawan dengan isterinya. Pasangan suami isteri tu duk di belakang. Saya faham cinta mereka amat mendalam hingga tak sanggup saya nak cerita bertapa sweetnya mereka berdua. Cuma tolong lah faham saya sedang memandu. Saya perlu fokus pada jalan raya...
TunSha Ayunie TunSha Ayunie August 17, 2014
hasben sha tak kira masa, dimana... mana sempat je dia kiss dahi sha, dok i love u aje... hahaha.... maka, hasben sha kategori jiwang la kan...?? tak salah pun nak jiwang2 ni...

"lebih baik berjiwang dengan isteri sendiri, pahala pun dapat" mihmihmih
deno deno August 20, 2014
Ok kot jiwang..deno ada kwn jiwang sorang.. perghh kat wall ada sokmo ayat bunga2.. hihi^^

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.