As-Salam.
Masih jauh dari jangkauan. Bukan mudah untuk mendapatkan followers seramai itu. Angka followers 3000 merupakan target saya untuk blog ini sebelum berakhir tahun 2011 ini. Satu lagi target, misi dan visi saya adalah mencapai 500,000 pageviews tahun ini. Sebelum ini, saya letakkan target yang agak melampau ... 1 juta pageviews .... tetapi bila dah melakukan beberapa taktik, saya fikir, ia agak sukar dicapai.
Ya, kita mesti ada target tertentu buat blog. Bila ada target, kita tahu bagaimana nak merancang, membuat sesuatu untuk promosikan blog kita. Mengapa perlu ini semua? Bukankah blog itu hobi?
Setiap hobi pun ada targetnya. Macam dulu, saya kumpul setem, setiap hari ada je target nak dapatkan setem yang macam mana, setiap bulan ...mesti kena dapatkan setem2 yang orang lain jarang ada .... kenapa? sebab boleh tukar dengan setem orang lain.
Hobi saya kumpul dan cari semut hitam. Hari-hari cari, nak mencari semut hitam paling kuat nak buat lawan2 semut - ohh kerja merapu masa zaman kanak-kanak.
Belum lagi tengok kepada hobi saya yang lain. Macam sesetengah orang yang suka kumpul itu dan ini, mereka mesti ada target, sebab apa? sebabnya ia memberikan kepuasan tersendiri.
Ya, kepuasan ... kepuasan dalam berblogging .... kerana ia memberikan satu tanda, satu petunjuk bahawa hobi berblogging itu bukan sesuatu yang sia-sia. Ia bukan sekadar nombor tetapi lebih dari itu.



boleh tu......kena rajin ye...
selamat berjaya...meh sini skit follower tu
17 October, 2011 13:46
insya allah boleh 3000 . saya pon nak ! =)
17 October, 2011 14:02
wahh..banyaknya..insya allah.. usaha tangga kejayaan..hehehe..
Entry terbaru air yang sihat
17 October, 2011 14:21
salam alaik
Insha ALlah..
17 October, 2011 14:37
insyallah. mesti blh dapat punya lah! :D
17 October, 2011 14:44
pejam celik pejam celik dah 3000 org follower nanti..hehe :)
17 October, 2011 14:44
3 ribu? cket je lagi.. nie baru bln 10.. ada dalam 3 bulan lagi..
mesti boleh punyer, chaiyok!!! hehehe
17 October, 2011 18:57
Post a Comment