29 Oktober 2011

Kenali Selebriti Blogger | Siti Fathiyah

Siti Fathiyah - Foto: Blog Siti Fathiyah
As-Salam.
Jika anda peminat drama TV3, Hani sedikit masa dahulu mungkin mengenali wajah Siti Fathiyah yang berlakon menjadi kawan baik Hani. Siti Fathiyah juga pernah berlakon dalam sebuah telefilem yang dicalonkan untuk anugerah skrin  iaitu Kemaafan Yang Tertangguh (TV3). Kemaafan Yang Tertangguh baru sahaja ditayangkan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Untuk pengetahuan, Siti Fathiyah juga seorang blogger, telah mula berblog sejak 2008 lagi (berdasarkan tarikh awal posting). Dari blogger, tampil pula dalam majalah beberapa kali sebagai model, antaranya Dara.com, Intrend, Perempuan dan juga Muslimah. Antara idola Siti Fathiyah dalam dunia blog - Cik Epal, Hanis Zalikha, Irene Nadia Marcello dan juga Cik Nadia Bayu. Erkk sorilah .. lelaki tak ada dalam senarai .... hehehee....

Untuk ke blog Siti Fathiyah .... sila KLIK SINI.


Sedikit info mengenai Siti Fathiyah:

Nama sebenar - Siti Fathiyah (Tia Ibrahim), tarikh lahir 14 Disember 1985 dan dilahirkan di Kuala Lumpur. Seorang gadis yang agak tinggi dengan 160 cm serta berat sekitar 48 kg. Gadis ini yang kini telahpun bertunang mempunyai Diploma dalam Fine Art Metal.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

1 Komen Kesian


EmoticonEmoticon