As-Salam.
Blogger, kata orang mereka ni banyak ilmu, banyak pengetahuan, sebabnya sering melayari internet, sering mencari sumber. Tapi itu kata orang .... kata HH ya; bukan semua benda blogger tahu. Berblog hanyalah satu hobi untuk meluahkan rasa, berkongsi apa yang tahu (bukan semua), berkongsi cerita, dan menzahirkan minat.

Ramai blogger menjadikan blog untuk ketengahkan bakat mereka, lihat sahaja AnwarHadi .... yang memang top blogger nombor satu di Malaysia, dapat banyak anugerah, hanya kerana minatnya dalam video dan blog. Blognya penuh dengan video darinya yang dimuat-naik menerusi YouTube.

Lihat pula Cik Epal, yang banyak menulis tentang kegilaan makan - dalam entri2 khas menambah lemak .... dan ramai orang suka baca entri2 tersebut. Cik Epal, dah boleh dikatakan macam blogger retis dah.

Belum lagi tengok si Ujang yang memang glamour di kalangan blogger2 yang sering tampak dan berdamping dengan selebriti ...

Hanis Zalikha, dalam ramai-ramai blogger .... dia dah capai satu pencapaian hebat, menjadi blogger terkenal bukan setakat dalam Malaysia ... tetapi serantau. Walaupun ketika itu masih lagi dok bersekolah menengah lagi ..hebat bukan?

Nama-nama di atas adalah blogger yang bercerita mengenai dunia yang mereka tahu, mereka bukan tahu semuanya .... mereka ada kebolehan dan minat yang mereka kongsikan menerusi blog. Turun naik blog mereka pun disebabkan apa yang diceritakan dalam blog, yang mereka tulis kerana kesukaan mereka.

Dan lihat Realiti Konspirasi ini .... blog tak la selalu update, tetapi hari2 orang singgah, hari2 orang baca, dan peminatnya ..... puluhan ribu ... ini bukan blogger sebarangan, ini blogger yang menulis dari hati, menulis kerana ada rasa yang perlu diluahkan.

 


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Setuju, sekadar berkongsi cerita dan menzahirkan minat. Interesting what you've done for fellow bloggers. Keep it up! Gonna add a link of your blog on mine. Tq.

    BalasPadam
  2. Blog saya hanya sekadar blog picisan...Cerita ttg diri ini utk dijadikan kenangan di kemuadian hari..Chewahhh! Dah kenapa ayat skema lak nih~

    BalasPadam
  3. sangat setuju.. macam saya pun bukan tahu banyak sangat.. menulis blog pon mengenai drama saya,aktiviti harian dan keluarga .. tapi kalau angin meroyan datang baru macam macam topik keluar hehehe

    BalasPadam
  4. betul tu, masing2 punya pengetahuan dan kemahiran...

    BalasPadam
  5. Salam alaik..

    Blog saya jenis picisan yang ingin naim cetus kesedaran ummat Islam yang semakin lalai dgn dunia.

    kekadang blog ini boleh memberi kesedaran walaupun tak secara total. 1% pun dah ok..

    Oleh itu, penulis kena membaca sebelum kita menulis..

    Wallahualam..

    BalasPadam
  6. tao setuju HH, tao yg tautauajer nih pon buka sume benda tao tau, kdg2 x sempat nk mik tau!

    BalasPadam
  7. btl btl,cerita mngenai dunia yg mereka tahu shj.. :)

    BalasPadam
  8. whoa ..HH ...nak nangis rasanya sebab, myb saya dah dilanda demam BLOGGER !! hehe

    BalasPadam
  9. kita minat mcm2 .... blog pun mcm rojak..HAHA

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement