![]() |
| Wanita Kuku Terpanjang. Foto: BlogSerius |
As-Salam.
Mungkin terdetik untuk menulis entri ini disebabkan terbaca mengenai wanita kuku terpanjang di dunia Harian Metro hari ini. Kuku, antara organ penting bagi tubuh, malah keadaan kuku boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang itu. Jika nak tahu, anda boleh baca di sini: 10 Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan.
Enam Tips Penjagaan Kuku
- Jangan gunakan kuku jari untuk mencungkil atau menyucuk sesuatu benda. Kuku akan cepat rosak.
- Elakkan dari menggigit kuku atau cungkil kutikel pada kuku. Ia akan merosakkan dasar kuku anda. Kecederaan juga boleh berlaku.
- Kuku mestilah kering dan bersih. Ianya untuk elakkan bakteria dan kuman dari membiak. Bawah kuku perlu dibersihkan dengan kerap, dan pastikan ia sentiasa kering terutama selepas mandi atau selepas membasuh tangan.
- Rapikan kuku anda dengan kerap. Gunakan alat khas seperti gunting manikur atau pengetip kuku untuk merapikan kuku. Jangan gunakan pisau belit, gunting yang bukan untuk tujuan ini. Kayu pengasah kuku digunakan untuk meratakan kuku, dan lakukan selepas mandi atau selepas merendam kaki.
- Jangan tarik kuku yang terkeluar atau tergantung. Ia akan menyebabkan anda tertarik tisu hidup.
- Gunakan pelembap untuk lembapkan kuku dengan kerap, bukan basahkan dengan air!
Semoga ianya menjadi pedoman untuk anda supaya memelihara kesihatan kuku anda. Bagi seorang muslim, adalah tidak digalakkan menyimpan kuku panjang kerana dikhuatiri membawa penyakit selain boleh memberikan mudarat yang lain.





kalau nak tahu seseorang tu menjaga kebersihan atau tak, lihatlah kukunya...
err..betulke pendapat saya nih?
16 October, 2011 17:29
Hmm.... macam mana dia nak cuci rambut ini? Kuku yang menakutkan.
16 October, 2011 22:45
yelah mengerikan ..
24 October, 2011 09:10
Post a Comment