As-Salam.
Dalam apa jua benda yang kita nak orang tahu, kita perlukan promosi. Tak kiralah ia merupakan produk niaga, mengenai hebahan sesuatu perkara, malah nak mohon derma dan ehsan bantuan orang pun kita perlukan promosi. Begitulah juga dengan blog. Andai tak ada promosi, takkan ada yang tahu, dan bila tak ada yang tahu, contohnya blog anda, bagaimana mahu menghasilkan trafik yang baik untuk blog anda?

Apa yang diperlukan bila nak promosi blog nih? Perkara penting adalah yang akan saya berikan berikut; mungkin orang lain ada pendapat yang berbeza.

4 Perkara Penting Bila Mahu Promosi Blog

Struktur dan Perancangan
Apabila anda ingin mempromosikan blog anda, perancangan mesti dilakukan. Contohnya, jika anda mahu membuat sesuatu segmen, pastikan anda punyai masa untuk handle kemasukan mereka yang join segmen anda. Dan jika anda memasuki sesuatu segmen, pastikan anda punyai masa untuk menepati misi dan visi segmen yang dianjurkan.

Anda boleh cuba banyak kaedah dalam promosi, blogwalking atau bloghopping adalah salah satu di antaranya. Jika blog yang anda singgah ada entri yang menarik, jangan lupa untuk memberikan komen dan pendapat anda. Pendapat yang bernas selalunya akan menarik perhatian. Pastikan sessi anda berblogwalking itu dilakukan pada satu2 masa supaya anda dapat singgah banyak blog. Kehadiran anda pasti akan dirasai bila setiap blog punyai nama dan url blog anda.

Konsisten
Anda perlu sentiasa konsisten dalam mempromosi. Jangan minggu ini anda sering join segmen, minggu depan anda tak join mana-mana segmen. Pastikan seminggu sekali anda akan menyertai segmen, giveaway mahupun contest agar dunia blog tahu bahawa blog anda sentiasa bernyawa.

Kesungguhan
Perlukan kesungguhan untuk promosi blog anda. Jika anda buat sambil lewa, maka hasilnya juga merupakan hasil yang sambil lewa. Bukan mudah untuk menjenamakan blog anda di dalam dunia blog yang ada beribu malah berjuta blog ini. 

Sentiasa Sedia Membantu
Promosi bukan mengenai diri dan blog anda sahaja. Ia juga mengenai orang lain yang membantu anda untuk memperkenalkan blog anda. Jadi, sedia berkongsi pengalaman, sedia menjadi seorang blogger yang dapat membantu blogger lain. Anda bantu blogger lain, pasti blogger lain akan bantu anda. Ini merupakan satu promosi sangat berkesan, kerana ia memberikan impak positif kepada blog anda, dan juga diri anda sebagai seorang individu bergelar blogger.



8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bantula cik suha kenalkan blog cik suha ni,please...


    neway,good tips tok mereka yg btl2 mahu serius berblog (^_^)

    BalasPadam
  2. thanks for the info.
    tapi kan, semuanya perlukan masa kan.
    tak ada masa, susah la nak promosi and update..

    have a good day.

    BalasPadam
  3. kalau bab konsisten tu rasanya susah sikit. memandangkan kekangan masa terhad. hehe.

    terfikir jugak bagaimana hasrulhassan boleh komitmen dengan semua ni. yela dengan family dan blogging lagi. respeklah!

    BalasPadam
  4. nak konsisten tu susah bg saye, kdg2 busy sminggu xupdate blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement