As-Salam.
Alamak ... zip tersangkut kat anu ... erkk ngeriii siot ... takkan berlaku pada wanita tetapi pasti akan berlaku pada lelaki, sebabnya ialah kebanyakan seluar lelaki ada zip! Uhhh geli geleman je kan bila baca ayat pertama tu .... syssss ......

Kecik2 dulu, kejadian yang saya katakan di awal entri macam selalu je berlaku. Biasalah, kanak-kanak, mana nak reti sangat berhati-hati ni. Bila dah terkena, menjerit dohhhhh ... huwarghhhhh ....

Itulah bahana zip kalau tidak digunakan secara berhati-hati. Dan perasan tak anda wahai pengguna zip, bahawa ada tanda YKK pada zip tersebut. YKK itu ada maksud dan ia membawa tanda nama perniagaan tersohor dunia!


YKK - Yoshida Kogyo Kabushikikaisha, bukanlah syarikat pencipta asal zip. Namun, hampir semua zip di dunia ini mempunyai tanda YKK ini, secara faktanya lebih dari 90 peratus. Masakan tidak, mesin pembuat zip pun dicipta oleh orang/syarikat yang sama - Yoshida Manufacturing Corporation!



Syarikat zip ini mempunyai lebih dari 206 kilang di lebih 52 negara. Salah sebuah kilangnya di Georgia membuat lebih dari 7 juta zip sehari!

Antara yang menarik mengenai zip YKK ini ialah amalan "The Cycle of Goodness". Amalan ini menitikberatkan kualiti produk zip ini yang membolehkan zip yang dihasilkan kekal tahan lama.

Pada tahun 1947, seorang lelaki bernama Tadao Yoshida sedang bekerja di sebuah syarikat membuat zip. YKK pula merupakan syarikat beliau pada tahun 1936 yang terletak di Nihonbashi, Tokyo. Melalui perit getir dalam bisnes, akhirnya syarikatnya ini berkembang dan berjaya mengambil alih beberapa syarikat lain, sehingga ke hari ini YKK dikenali di seluruh dunia .... dan ia diingati di tempat penting pula tu ... :P


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah...90% tu....penguasaan yang besar...

    BalasPadam
  2. zip ni memang ada quality..berbaloi beli walaupn mahal..:)

    iz pernah terserempak kt klinik budak 5thn jadi kes camtu..tersepit kt zip..sian tul..tengok dia dh x nangis..senyap dalam takut kot..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement