As-Salam.
Kadangkala keputusan yang kita ambik itu menyebabkan diri kita kerugian. Mungkin disebabkan keputusan yang kita ambik itu tak cukup info dan maklumat, jadi kita pun gagal dalam memberikan keputusan yang baik.

Keputusan yang kita buat hari ini bakal mencorakkan apa yang akan berlaku di kemudian hari. Dengan keputusanlah, sejarah itu dilakarkan. Dengan keputusanlah, kita mengetahui kelemahan kita dan memberikan pengajaran buat orang lain.

Pernah belajar tentang kebarangkalian tak? Keputusan pun ada kebarangkaliannya ... jika anda buat begini, akan hasil begini .. jika buat yang itu pula .. akan hasilkan yang lain pulak. Dalam setiap keputusan itu, akan ada cara dan jalannya .... jika tindakannya baik, maka akhiran juga baik.

Namun, harus kita ingat, setiap keputusan itu merupakan satu cara menunjukkan usaha, menunjukkan perancangan yang perlu diambil. Ketentuan tetap di tangan Tuhan, yang sejak azali lagi telah menetapkan apa yang bakal berlaku ... 

Sebagai manusia, walaupun kita pasti keputusan kita itu betul, wajib menerima Qada dan Qadar ... kita mampu berusaha .... 

Tetapi Tuhan tidak akan menghampakan, selagi kita ada usaha, pasti akan ada ganjaran. Tidak akan berubah nasib jika kita tak berusaha untuk mengubahnya. Bijaklah dalam membuat keputusan, kerana keputusan yang baik itu ciri-ciri orang2 yang berakal.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. =]
    betol
    setelah berusaha
    bertawakal
    berdoa
    semoga pilihan kite buat tu betoolll!

    BalasPadam
  2. keputusan mencorak masa depan..setuju sgt!

    BalasPadam
  3. setuju sangat sebab itu berfikir kesan dan faedah yang kita akan dapat jika kita membuat sesuatu keputusan...

    BalasPadam
  4. usaha tu yang paling penting..dan jangan berserah pada qada dan qadar memang ditentukan Allah..tapi manusia tidak harus berhenti bila ditimpa musibah dan cara nak berjaya terpulang kepada individu itu sendiri.

    BalasPadam
  5. nak buat keputusan kena pk positif & negatifnya dulu...

    BalasPadam
  6. jom singgah ke blog sy,
    ada pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,..
    tajuk2 hangat di blog saya hari ini
    '' safee sali terus cemerlang pikat jurulatih cardiff city,,
    ''kapal kargo korea utara ditahan gara2 pasang jalur gemilang terbalik''
    '' syarikat dari malaysia, mamee monster dan mister potato taja manchester united,,
    dan pelbagai lagi info2 terkini yg menanti anda,
    jgn segan silu terjah ke blog sy, macamnilahkita.com

    BalasPadam
  7. betol pikir betul2 sebelum buat sesuatu keputusan.ini akan tentukan masa depan..

    BalasPadam
  8. dimana ada kemahuan disitu ada jalan insyaallah...

    BalasPadam
  9. lepas usaha kene la tawakkal. segala kelemahan tu kita terima dulu, supaya next time boleh improve lg...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement