Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari September, 2011
Ramadan 2017 Promo

[Gambar] 10 Bandar Tertua di Dunia

As-Salam. Bumi kita memang dah tua, maka yang duduk di dalamnya juga dah tua. Dan banyak tempat dah dimakan usia termasuklah bandar-bandar besar. Bandar-bandar besar ini telah berkembang pesat di sebalik usianya yang kalau nak dibandingkan dengan manusia dah berbongkok tiga dah.
Meh layan 10 Bandar Tertua Dunia dalam bentuk gambar ini:


Buah Berry Ajaib - Tukarkan Rasa Masam Kepada Manis

As-Salam. Buah ini dikatakan buah ajaib, kerana ia membolehkan rasa masam atau pahit menjadi manis. Buah yang dihasilkan oleh pokok Synsepalum dulcificum, merupakan sejenis beri berwarna merah apabila telah masak ranum. 
Ia merupakan buah yang membuatkan deria rasa di lidah kita keliru dengan rasa masam lalu memadankannya dengan rasa manis. Ada kajian mendapati, ia sebenarnya membuatkan deria rasa masam menjadi numb atau tidak berfungsi.

Jadi, apabila kita makan benda-benda lain yang masam selepas mengunyah buah ini, ia akan berasa manis, termasuklah buah oren mahupun tomato.

[Blog Baru] Blog Fendy dan Story About Me n My Sweet Chocolate

As-Salam. Lagi blog baru untuk dikenali. Lagi blog baru untuk diterjah. Semoga lebih ramai blogger baru muncul memeriahkan dunia blog. Namun seperti yang saya pernah katakan dalam entri2 sebelum ini, biar ada ilmu bila berblog ..... supaya berblog akan lebih seronok.
Cuba bayangkan anda naik basikal, kalau anda tak pandai kayuh, macam mana nak merasa seronok berbasikal? Nak tolak je ke? ..... hehehehe.....
Meh kenal dengan dua blog baru ini:
Blog Fendy

Untuk kenal serba sedikit mengenai blog ini: KLIK SINI



Story About Me and My Sweet Chocolate
Untuk kenali serba sedikit mengenai blog ini: KLIK SINI.

Sifat Blogger Terpuji #5: Penjadualan Entri

As-Salam. Antara perkara yang harus seorang blogger lihat ialah bagaimana untuk membolehkan blog sentiasa hidup walaupun di saat ketiadaannya di hadapan sebuah komputer yang ada akses internet.
Dan ia juga penting untuk bagaimana mendapatkan pengunjung global, berdasarkan masa sesuatu entri itu disiarkan.
#5- Penjadualan Entri
Ini merupakan sifat yang harus ada agar blog sentiasa 'fresh' dengan entri. Pastikan anda tentukan masa yang sesuai untuk anda siarkan entri anda. Seorang blogger mesti menetapkan jarak masa tertentu entri-entrinya agak tidak nampak terlalu padat, dan lagi ia bagi membolehkan robot-robot enjin carian gelintar blog anda dengan lebih baik.
Ada waktu, bila masa siar entri yang terlalu hampir jangka waktunya, akan mengakibatkan ia tidak disenaraikan dalam RSS yang menjadi sumber rujukan bagi banyak robot gelintar dan enjin carian termasuklah Google.
Bagi blogger yang kurang masa atau yang bukan sepenuh masa, waktu senggang dan hujung minggu adalah masa palin…

Bila Anonymous Minta Tolong Kepada Saya ....

As-Salam. Ahh sudah. Nih sapa la anonymous minta tolong saya ni. Tinggalkan komen gitu je. Tak tahu nak tolong macam mana; tetapi jika benarlah si pengomen ni nak dapatkan bantuan dan pertolongan, saya syorkan terus je hantar email ke bantuan blogger.com. 
Erkkk baca ke pun si pengomen ni ehhh?
Berikut adalah komen mohon minta tolong yang telah saya copy paste kan.
Saya perlu tolong!!! Harap harap kamu orang boleh bantu saya... Problem saya adalah ni... Saya ada satu blog dan blog itu adalah khas blog bagi dance crew saya dan saya telah mengguna theonecrew@hotmail.com sebagai email blog itu....selepas beberapa bulan saya mahu buat satu youtube channel dan saya telah register account dan pada bila saya register account tu saya letakkan email yang saya sama guna denagn blog sya tu...dan saya telah letak birth date saya 2007 kerana itu lah bila kita start dance crew kita tu~ lepas tekan register dia tulis pada saya umur aku terlalu kecil~belum mencukupi untuk mendapatkan account~ bila saya che…

[Blog Baru] Story of Bella Dean dan Budak Tiut Punya Story

As-Salam.
Sekali lagi saya tampilkan dua blog baru, yang memang followers ciput je. Mereka ini mengharapkan rakan blogger lain untuk terus aktif berblog. Jika bukan antara blogger saling bantu, siapa lagi? Nak harapkan majalah? Nak harapkan media massa?

Meh terjah dua blog ini:

Story of Bella Dean
Untuk kenali blogger ini serta apa yang ada dalam blognya: KLIK SINI.


BudakTiutPunyaStory
Untuk kenali blogger ini serta blognya: KLIK SINI.

Pilihan Blogger: Selebriti Remaja Perempuan Paling Cun

Create your free online surveys with SurveyMonkey, the world's leading questionnaire tool.

Semua pilihan diletakkan berdasarkan umur mereka yang kurang dari 25 tahun. Kalau nak letak yang lain tu, tak dapat la. Ada je yang lain. Tapi buat masa ini, hanya nama-nama ini dalam pengetahuan saya yang umurnya kurang dari 25 tahun.
So, buat mereka yang mahukan yang lain, tak dapatla saya nak senaraikan. Jika tak kenal, anda boleh guna butang search yang disediakan dalam blog ni.
Ok. Ini hanya seronok2 .. tak mendatangkan apa2 implikasi pun. :)

UPDATE: Keputusan sehingga 4:00 petang 29 September 2011 - Neelofa dan Nur Fathia mendahului undian.


[Senda Gusi] Rakyat Malaysia Memang Kreatif

As-Salam. Pagi-pagi ni, tak mahu la tension-tension sangat kan. Leks dan tenangkan fikiran. Meh layan beberapa gambar ini untuk ringankan beban fikiran.


Tips Untuk Memulakan Satu Persahabatan Baru di Kolej/IPT

As-Salam. Saya pasti ramai yang dah ketemu suasana baru, terutama mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke kolej ataupun IPT tempatan. Suasana pastinya asing dan baru, tambah-tambah pula, anda berasa keseorangan kerana tiada wajah-wajah yang anda kenali. Segalanya asing bagi diri anda.
Namun, di sinilah anda nak memulakan satu persahabatan yang baru. Satu dimensi hidup dan satu anjakan paradigma dari menjadi seorang pelajar sekolah ke seorang pelajar kolej atau IPT. 
Jadi, bagaimana nak sesuaikan keadaan yang baru ini? Perkara paling penting ialah mencari kawan. Berikut dikongsikan tips bagi memulakan satu perhubungan yang baru, sesuai buat mereka yang kini baru jejakkan kaki ke kolej ataupun IPT.
Tips Untuk Memulakan Satu Persahabatan Semasa di Kolej

Sifat Blogger Terpuji #4: Gunakan Gambar Sendiri Dalam Menyediakan Entri

As-Salam. Aspek gambar amat penting dalam menarik minat orang lain untuk singgah dan membaca isi kandungan blog anda. Dari gambar juga, ia akan menguatkan lagi penceritaan yang dilakukan menerusi entri yang dihasilkan. Namun, penggunaan gambar yang lebih unik, hasil kreatif anda sendiri adalah lebih baik berbanding diambil dan diceduk dari tempat lain.
#4 - Gunakan Gambar Sendiri Dalam Penyediaan Entri
Apabila menggunakan gambar sendiri, anda tampil unik dengan entri anda. Ia menjadikan entri anda lebih beridentiti. Dapatkan gambar yang baik menerusi kamera mudah alih anda, dan saya fikir kamera dari handphone pun sudah cukup baik bagi menggambarkan sesuatu.
Dengan sedikit touch-up menggunakan beberapa perisian percuma dalam mengedit gambar, pasti akan membuatkan gambar anda lebih mengancam dan menambat pembaca.
Penggunaan gambar sendiri juga dapat mengelakkan dari berlaku sebarang kontroversi, mahupun kebolehpercayaan.

Sifat Blogger Terpuji #3: Berikan Kualiti Dari Kuantiti

As-Salam. Dalam Siri Sifat Blogger Terpuji kali ini, saya tampilkan pula sifat ini:
#3- Berikan Kualiti Dari Kuantiti
Ini bermaksud memberikan entri yang boleh memberikan impak secara maksimum kepada blog anda, tidak kiralah samada ia akan menarik lebih banyak trafik serta pengunjung, menambah followers mahupun menaikkan ranking blog anda di enjin carian.
Banyak entri tak semestinya ada kualiti. Dengan kualiti anda akan tampil lebih profesional dalam menyampaikan mesej anda. Anda bukan seorang yang terburu-buru dalam mengemaskinikan entri di blog anda. Anda berfikir dan berusaha untuk menyampaikan sesuatu yang lebih baik dari sekadar sebuah entri.
Entri yang berkualiti akan terus segar dan menjadi rujukan setiap masa ... walaupun tatkala itu anda tidak lagi berada di dalam dunia blogging.

[Gambar] Sekolah Belajar Memandu di Kabul, Afghanistan

As-Salam. Dalam keadaan serba kekurangan, mereka tetap cuba mendapatkan lesen memandu, mereka patuh akan undang-undang. Mereka tahu, mereka perlu belajar cara yang betul untuk membawa kereta. Apatah lagi di sebuah negara yang memungkinkan mereka terkorban dek kerana dibom atau terkena periuk api.
Meh layan gambar-gambar oleh Jonathan Saruk yang melensakan keadaan sekolah memandu di Kabul, Afghanistan ini. Tentu ada yang mencuit hati anda ... :)


Wordless Wednesday #WW - Aneka Jeruk Pulau Pinang


Wordless Wednesday #WW - Bunga Telur


Wordless Wednesday #WW - Telurnya Pecah Di Atas Jalan


Hiasilah Diri Dengan Sifat Terpuji

As-Salam. Nak menjadi baik bukan susah, antara mahu dengan tidak mahu sahaja. Namun, harus saya akui bahawa bukan semua sifat terpuji itu dapat dilaksanakan serentak. Ini adalah kerana kita sebagai manusia sering berhadapan dengan musuh - nafsu dan hasutan syaitan.
Jadi, janganlah kita terlalu mendesak pula untuk orang lain menjadi baik, kerana kita tahu dan maklum, khilaf manusia itu tetap ada. Kerana itulah, kita perlu saling ingat-mengingati demi masa.
Dan ada masanya, kebaikan yang cuba kita tonjolkan disalah-ertikan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang lain, lalu timbul pula fitnah. Dari situ, dari perkara baik yang ingin dilakukan, jadi terbantut. Kita memperlekehkan kebaikan yang cuba dilakukan oleh orang lain, sedangkan kita sendiri tak pernah cuba untuk memperbaiki diri kita.
Kita skeptikal bila orang lain mula berubah, kita suka mengatakan; "Eh kau ni dah buang tebiat ke?" dan kita juga sering mengejek; dengan berkata; "Ala, sekejap je tu ..esok lusa jad…

Wordless Wednesday #WW - Helang Lebuhraya PDRM


Wordless Wednesday #WW - Mewahnya Makanan Malaysia


Wordless Wednesday #WW - Orang Utan: "Nak Sikit..."


[Blog Baru] Heart ... Liana Asif dan Storymory

As-Salam.
Jom dan mari berkenalan dengan blog-blog baru ini. Mereka bloggers yang baru nak menapak di dunia blogging. Apa kata anda memberikan kunjungan mesra. Oh ya, mana tahu nanti anda dan si blogger boleh buat kerjasama meningkatkan trafik bersama ...

Blog Heart ..Liana Asif

Untuk baca sedikit sebanyak menggenai diri blogger ini serta blognya: KLIK SINI.


Blog Story Mory

Untuk kenali blogger ini serta blognya: KLIK SINI

Sifat Blogger Terpuji #2: Tinggalkan Komen Yang Lebih Bermakna

As-Salam. Menerusi Siri Sifat Blogger Terpuji kali ini, saya tampilkan faktor kedua (#2) sebagai salah satu panduan buat kita semua.
#2 - Memberikan Komen Yang Bermakna
Tinggalkan komen yang lebih bermakna, yang lebih berisi daripada meninggalkan komen yang tidak ada kaitan dengan entri yang disediakan. Komen anda perlulah pernyataan tentang apa yang anda ingin kongsikan, tentang pendapat anda, tentang pengalaman anda yang membincangkan isu yang sama di dalam entri.
Komentar seperti; "Saya dah follow awak, awak follow saya balik" adalah sesuatu yang agak kurang disenangi. Ia menunjukkan bahawa entri itu hanya disinggahi tanpa dibaca oleh anda.

Jika anda meminati sesuatu blog itu, pasti akan banyak perkara anda nak luahkan dan kongsikan. Pengalaman si blogger tak sama dengan anda.
Anda boleh sahaja memberikan sedikit kesimpulan anda terhadap entri, atau mungkin anda boleh kongsikan link entri anda yang serupa isunya dengan entri yang anda baca. Tentu, akan ada orang lain yan…

10 Blog Top Referrer HASRULHASSAN.COM

As-Salam. Berikut diumumkan 10 Blog Top Referrer untuk blog ini (www.hasrulhassan.com) berdasarkan Histats untuk bulan Ogos 2011.
www.benashaari.comsentuhan-maya.blogspot.combicaramakdara.blogspot.comwww.prince91.comtaotauajer.blogspot.comdenaihati.comlulu-pages.blogspot.comredmummy.comyulsahaja.comdepalma-sp.blogspot.com
Terima kasih kepada blog-blog ini yang telah banyak menyumbangkan trafik ke blog www.hasrulhassan.com ini.

Blog-blog ini telah menyumbangkan sebahagian daripada 22,693/40,899 hits dengan hampir 6 ribu merupakan pengunjung baru - pertama kali datang singgah ke blog ini. Jumlah keseluruhan pengunjung daripada blog-blog ini ialah 9,763.



Sifat Blogger Terpuji #1: Singgah Ke Blog Yang Komen Blog Anda

As-Salam. Tetiba saya dapat satu idea untuk siri entri saya, kali ini saya akan tampilkan siri Sifat Blogger Terpuji dalam entri2 di blog saya ni. Sebelum ini saya pernah buat beberapa entri bersiri, termasuklah entri Seloka, entri Sejarah, entri Dunia Haiwan dan beberapa lagi yang memang satu ciri istimewa yang saya bawakan untuk blog ini.
Ok. Untuk yang pertama ini dalam siri Sifat Blogger Terpuji.
#1- Singgah Ke Blog Yang Komen Blog Anda
Untuk tampil mesra dan lebih dekat dengan pembaca blog anda, amalkan sifat ini. Ianya akan membuatkan mereka yang mengunjung blog anda terasa dihargai dan terasa bahawa mereka tidak komen dengan sia-sia (kebanyakkan pengunjung blog adalah blogger).
Daripada situ, anda sebenarnya mewujudkan satu bentuk jaringan komuniti anda sendiri, lebih-lebih lagi buat blog-blog yang mempunyai tema yang sama dengan blog anda.

Saya sering dapati kebanyakkan blog-blog yang tampil istimewa, yang sering keluar majalah, yang sering menjadi paparan blogger lain adalah …

Perumahan Rumah Murah - Ada Yang Tak Telus Ehh?

As-Salam. Politik? Hmmm, nak buat entri politik ni, saya risau sikit tetapi adakala nak juga disuarakan rasa hati - yelah, saya pun ada hak sebagai salah seorang pengundi, salah seorang pembayar cukai.
Dengar ke telinga saya, bahawa skim perumahan rumah murah ada yang tak berapa telus. Ada yang berkata kepada saya, bahawa terdapat kuota tertentu kepada pak-pak menteri, kepada mereka yang berpengaruh. Kuota ini diberikan kepada golongan ini sebelum ia diwarkan dan dibuka kepada umum yang kita tahu lebih memerlukan rumah murah daripada golongan ini.
Saya pada mulanya agak tersentap juga dengan berita ini. Adakah benar ianya berlaku? Jika benar, malang sungguhla mereka yang berpendapatan rendah. Malang kerana terpaksa bersaing dan menjadi pilihan nombor dua sedangkan skim itu dibuat untuk mereka.
Hairan ajaib. Buat apa diberikan dulu kepada golongan yang dah memang mewah dan banyak duit ni? 

Sejauh Mana Kita Mampu Mengakui Kesilapan Kita?

As-Salam. Berani? Kalau berani, mengakulah salah jika anda salah. Tak perlu nak tegakkan benang yang basah. Selalunya, ramai anggapan keberanian itu melibatkan kemenangan, melibatkan fizikal, tetapi saya fikir, keberanian yang benar-benar leh dikatakan berani adalah mengaku akan kesalahan.
Terutama lelaki. Ego yang ada pada lelaki menjadikan mereka merasakan mereka di puncak hirarki masyarakat. Malah mereka menganggap mereka semuanya betul, mereka menganggap segala keputusan adalah tertakluk di tangan mereka. Jarang nak melihat mereka akui akan kesilapan, dan jika ada berlaku pun, mereka takkan berani berkata; "Oh saya silap, maafkan saya" .... yang akan jadi mangsa adalah mereka yang akan dikambinghitamkan.
Lelaki memang dikaitkan dengan keberanian. Kerana itulah saya menjadikan entri ini ditujukan kepada mereka. Dan saya juga berpendapat, lelakilah yang paling susah nak mengakui kesilapan, dan berkata maaf.

Kolam Buatan Paling Dalam Di Dunia

As-Salam. Perghhh .. memang dalam. Kalau jatuh dalam kolam ni ... tak reti berenang dan menyelam ... ishh ... Kolam ini terletak di Brussels, Belgium dan mempunyai kedalaman sehingga 108 kaki. Ia merupakan kolam untuk para penyelam berlatih .... dikatakan selamat kerana tidak terdedah kepada bahaya laut lepas.



[Blog Baru] Cik Nisa Itu Saya dan Bable Bable Bla-Bla-Blub-Blub

As-Salam. Sekali lagi saya perkenalkan dua lagi blog baru. Mereka juga seperti saya (satu ketika dahulu) mencari tapak untuk dikenali dalam dunia blog. Meh singgah dan terjah blog mereka ini.
Cik Nisa Itu Saya

Sedikit info mengenai blog ini dan diri blogger: KLIK SINI.



Bable Bable Bla-Bla-Blup-Blup

Sedikit info blog ini dan diri blogger: KLIK SINI.

Bloglist Telah Dibubarkan !!

As-Salam. Kini, blog saya dah tiada bloglist. Dah bulan oktober, tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak masuk ke tahun 2012. September ...Oktober .... November ... Disember ... dan tahun baru menjelang lagi.
Kali ini saya tak mahu buat segmen apa2 pun untuk bloglist saya ni. Saya akan pilih secara rawak, kali ini kriteria blog yang akan dimasukkan ke dalam bloglist 3 bulan ini adalah berdasarkan kepada .... hmmm .... ohh itu rahsia saya. Tetapi saya boleh katakan ... kepada yang memberi, pasti dihargai. 
Dan insyaAllah, awal tahun depan jika dipanjangkan umur, saya akan bubar kembali bloglist untuk memberi laluan buat blog-blog baru bertapak dan dipromosikan menerusi bloglist yang akan datang.
Terima kasih buat mereka yang sering membuat kunjungan ke blog ini.

Wahai Blogger, Jangan Segan Buat Segmen

As-Salam. Mungkin ada yang tak suka dengan blogger yang buat segmen ni. Itu sebab segmen yang saya buat tak berapa nak dapat sambutan dari blogger2 yang dah femes emes, yang dah ada ramai follower. Malah, baru-baru ini saya buat segmen pun .. hanya ada satu je blogger yang join, dan giveaway saya pun hanya seorang je yang join ....
Namun, saya tak pernah hilang keyakinan untuk melakukannya lagi dan lagi. Saya tahu masih ada ramai blogger yang ingin promosikan blog mereka secara tak langsung melalui segmen dan giveaway atau contest.
Ya. Memang satu bentuk promosi, walaupun hanya untuk tatapan seorang blogger!
Segmen baik untuk yang menganjurkan dan yang menyertai. Walaupun, ada yang kata ia hanya untuk sebelah pihak sahaja mendapat trafik (penganjur), namun tetap ada impak tersendiri walaupun sedikit. Sedikit lebih baik dari tak ada langsung kan?

Lagi satu, ia satu cara untuk memperbanyakkan entri di dalam blog, lebih2 lagi tatkala tiada idea sendiri untuk membuat entri baru. 
Ia juga…

[Senda Gusi] Teka Teki Tak Boleh Blah Punya ...

As-Salam. Saya memang sukakan teka teki. Dulu siap ada koleksi teka-teki lagik .. tapi ntah mana saya simpan, saya pun tak tahu .. almaklumlah .. dah lebih 20 tahun punya cerita ... hehehee...
Di sini saya nak kongsikan beberapa teka teki merapu yang saya dapat dari dunia maya ... 
Kenape orang baru bercinta suka meraba-raba? Sebab cinta itu butaLubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman? LU BANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.Minyak ape yang disukai oleh lelaki? MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-MKuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? Kuih salah bikin.Binatang ape power Karate? Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.Siape yang menemukan dompet kulit? Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak? Pintu yang ade tulis 'TARIK'Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki... siapakah saya? Pembohong...Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati... '? UsusBinatang ape y…

Semiskin Mana Sekalipun, Kita Mesti Kaya Dengan Senyuman

As-Salam. Walaupun kita tak berharta, namun kita telah diberikan satu anugerah yang hebat, yang boleh menandingi nilai satu sedekah iaitu senyuman. Hebatnya senyuman sehinggakan ia boleh memberikan magis tersendiri.
Dengan senyuman; orang marah akan reda kemarahannyaorang sakit akan rasa hilang pedihnyaorang kecewa akan bangkit semangatnyaorang menangis akan ceria hatinyaorang merajuk akan hilang rajuknyaorang yang miskin harta dapat bersedekah dengannya ....
Hebatkan? Hanya dengan menguntumkan senyuman, seseorang itu boleh berikan ubat kepada derita, hati yang sengsara jadi gembira.


Nak Naikkan Trafik Memang Mudah, Nak Kekalkan Tu Yang Susah ...

As-Salam. Ya, bagi saya untuk menarik trafik memang mudah, tetapi nak kekalkan tu yang payah. Naik ..dan terus naik .... tapi lepas tu ... erkkk .... jatuh .... memang susah nak kekalkan trafik dalam julat tertentu.
Ini bukti yang saya nak kongsikan kepada anda:

Nampak tak tu ...cam tangga je naik ..best kan? Tapi lepas tu ... hmm ... anda sendiri nampak kan. Dengan segala macam yang saya buat untuk mendapatkan trafik, akhirnya usaha saya tu sampai situ je. Naik ..kemudiannya ...
Adakah berbaloi? Apa pendapat anda? 
Semua petua saya gunakan untuk naikkan trafik, tetapi nampaknya kaedah dan cara saya masih belum dapat mengekalkan trafik yang baik.

[Senda Gusi] Kisah Pemilik Pisau Lipat

As-Salam. Sebuah kisah yang nak saya kongsikan kepada anda semua, pengunjung blog ini. Sekadar nak seronok2 di pagi sabtu ni ....
Kisah Pemilik Pisau Lipat
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.
"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemi…

[Blog Baru] De5s Diary's dan Azwan's Princess

As-Salam.
Moh kenal dengan blog-blog baru ini. Berikan sokongan sesama blogger .... :) lebih2 lagi blogger baru serta blog baru ....

De5s Diary's

Sedikit info mengenai blogger dan blognya: KLIK SINI.


Azwan's Princess

Sedikit info mengenai blogger dan blognya: KLIK SINI.

Cuba Teka Siapakah Selebriti Yang Bertudung Ini?

As-Salam. Saja nak bermain teka-teki teka-tekuk ... sapa dapat jawap ni, saya akan berikan tempat RSS di blog ini selama seminggu!

Nak meneka? Sila tinggalkan jawapan, dan link url blog anda di ruangan komen. Nak buat posting pun boleh .. :)
Hanya mereka yang terawal dan teka dengan tepat akan diberikan 'hadiah' yang saya sebutkan tadi. Sila berikan jawapannya dengan nama penuh ehh ....

Blog Memang Boleh Buat Duit

Blog memang boleh buat duit. Bolehkah blog buat duit dan jana income? Jawapannya ialah memang boleh. Tak kiralah, seposen ke, dua posen ke, sepuluh ringgit, seribu ringgit ... malah blog boleh jana income sehingga puluh ribu ringgit jika tahu akan ilmunya.

"Hang buat blog ni, dapat apa2 ka? dapat duit tak?" tanya seorang kenalan lama.
"Ada dapat, tapi tak adalah sampai leh beli keter besau, takat beli prepaid, ok dah" jawab saya ringkas.
"Habis, hak tu yang kata dapat ribu-ribu tu betui ka?" ditanya lagi.
"Betullah tu, tapi tu blog dah popular, dah banyak trafik, dan ada nama sendiri dalam dunia internet" kata saya.
Blog Memang Boleh Buat Duit
Ya, blog memang boleh buat duit. Ikut cara, boleh buat duit dengan kadar cepat, dan kadar lambat. Cepat maksud saya di sini ialah, orang beli tempat dalam blog untuk mengiklan, terus dapat income, tak perlu klik2. Kena kerja keras sikit untuk blog tampil berbaloi untuk iklan. Kena trafik tinggi, kena ada …

Seloka Nasihat Untuk Orang Bercinta (3)

As-Salam. Sambungan dari (1) dan (2) ...
Seloka Nasihat Untuk Orang Bercinta (3)
Kalau diri dah gatal sangat, Kahwin jer cepat lagi selamat, Ni couple takde matlamat, Sajer suka-suka penuhi syarat..
Org couple dier ikut sama, Tak sedar diri tu papa kedana, Papa ilmu papa agama, Macam mana ' bercinta cara islam' itu nak dijana... .
Bukan mengata bukan mengumpat, Siapa suruh buat wayang tak bertempat, Kalau x suka diri diumpat, Jangan buat benda yg tak tepat...
Bonceng sana bonceng sini, Bontot tertonggek tak malu pulak, Siap bangga tak terperi, Dapat peluk pinggang balak..
Balak kat depan mata melilau, Awek kat belakang bknya nampak, Siap mengurat muslimah yg pegi surau, Silap hari bulan sure kena sepak..
Awek pulak bangang, Perangai macam lalang, Percayakan balak bergalang-galang, Yelah... .balak cover, belum pecah tembelang...
Pegang sana pegang sini, Tak takut ker susutnilai, Kahwin belum tentu lagi, Kalau tak jadi tak ker hilang permata bernilai...
Tulah... Tuhan bagi akal tak pakai, Tuhan bagi hati tak t…

[Gambar] Warna Kelam Peperangan Dunia Kedua

As-Salam. Saya kongsikan beberapa set gambar peperangan Perang Dunia Kedua untuk tatapan anda. Peperangan ini merupakan antara peperangan terbesar kerana melibatkan banyak negara dari pelbagai benua. Peperangan yang mengambil masa hampir 6 tahun ini berakhir dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun oleh Tentera Bersekutu diketuai oleh Amerika.
Peperangan ini telah mengorbankan lebih 61 juta nyawa termasuk tentera dan orang awam. Peperangan ini melibatkan dua pihak iaitu Kuasa Tentera Bersekutu dengan Kuasa Paksi.

Oleh kerana peperangan ini, maka tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Matlamatnya ialah untuk mengelakkan peperangan seumpamanya ini terjadi lagi di masa hadapan.
Untuk info, kebanyakkan gambar merupakan gambar barisan hadapan di bahagian Medan Atlantik / Benua Eropah.


Alamak, Jangan Buat Ramalan Pula ... Maafkan Saya

As-Salam. Berikutan beberapa posting saya mengenai sifat individu yang lahir pada bulan-bulan tertentu, ada insan yang menegur saya bahawa perkara sebegitu boleh disamakan dengan menilik nasib.
Walaupun tujuan saya adalah untuk mengenengahkan hasil kajian Prof. Dr. Fazdhilah Kamsah tentang sifat manusia yang lahir pada bulan2 tertentu (bukan tarikh lahir), tetapi teguran ini saya ambik serius kerana risau nanti entri itu dijadikan sandaran pula untuk menilik nasib seseorang.
Niat tidak menghalalkan cara. Maka dengan itu, saya sertakan video-video ini untuk pemahaman anda tentang hukum .... terutama berkaitan menilik nasib atau mengetahui masa depan menerusi tarikh lahir.
Harap anda dapat tonton video yang disediakan ini.


Kitalah Yang Melakukan Kesilapan, Bukan Mereka

As-Salam. Masa berkualti. Ya, masa berkualiti amat penting bagi kehidupan berkeluarga. Jika anda punyai anak-anak, pastikan anda ada masa berkualiti buat mereka.
Kajian ada mengatakan bahawa anak-anak yang kekurangan perhatian, akan menunjukkan sifat-sifat posesif, kurang minat dengan keadaan dan suasana di rumah. Anak-anak ini akan cuba mencari perhatian di luar.
Mungkin buat mereka yang ada anak-anak kecil tak berapa nak perasan benda ini, tetapi lambat laun apabila anak-anak ini membesar, mereka akan menunjukkan perubahan yang ketara. Mereka lebih suka berada di luar rumah, di luar pengawasan dan perhatian kita.
Anak-anak ini selalunya akan menyimpan hasrat luar biasa untuk tampil menyerlah .... tetapi bukan untuk mengambil perhatian ibu bapa, tetapi masyarakat luar. Mereka cuba buktikan bahawa mereka bernilai untuk diberikan perhatian. Mereka akan melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan perhatian tersebut.

Wordless Wednesday #WW - Budak Bermain Kotak


Wordless Wednesday #WW - Birthday Amri 5 Tahun!


Wordless Wednesday #WW - Miera Liyana Bogel


3 Peperangan Paling Pendek (Jangkamasa) Pernah Berlaku

As-Salam. Tahukah anda bahawa pernah berlaku peperangan yang hanya berlansung selama tak sampai sejam pun! Hahahha...macam lawak je kedengarannya, tetapi itulah peperangan paling pendek pernah berlaku. Peperangan ini direkodkan sebagai Peperangan Anglo-Zanzibar.
Peperangan Anglo-Zanzibar Berlaku selama 45 minit, antara kerajaan Inggeris dengan kerajaan kesultanan Zanzibar pada tahun 1896. Inilah perang terpendek yang direkodkan oleh sejarah. Peperangan ini adalah disebabkan perebutan kuasa antara mereka yang ingin menguasai takhta kesultanan Zanzibar, dengan penglibatan pihak Inggeris menyebelahi satu lagi pihak.

Wordless Wednesday #WW Pilihan

As-Salam. Hari rabu memang best, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.
Meh tengok WW Pilihan Minggu Ini:
Alahai sweet ahhh ....  http://nurmala-mazlan.blogspot.com/2011/09/wordless-wednesday.html
Perghhh ini memang best ni ... http://citrananizam.blogspot.com/2011/09/wordless-wednesday-4.html
Syukur dengan kenikmatan adanya sepasang kaki! http://dilamin.blogspot.com/2011/09/wordless-wednesday-11-nikmat.html
Huh .. buah apa ni? Buah Ketola??? http://gurlgemini.blogspot.com/2011/09/wordless-wednesday-9.html
Nih untuk orang bercinta asyikkkk masyukkk ... http://coretanharapan.blogspot.com/2011/09/wordless-wednesday-1.html
Andai nak travel dalam Kuala Lumpur, sila hafal benda ni: http://pnstoberi.blogspot.com/2011/09/wordless-wednesday-21092011-part-1_21.…

Epal Paling Besar Di Dunia

As-Salam. Perghh .... memang besar epal ni. Kalau buat jus epal ni sure best ni. Epal ini merupakan yang paling besar merangkap yang paling berat pernah dipetik. Ia telah direkodkan dalam Guiness World Record sebagai epal paling besar!

Epal ini seberat 1.849 kilogram. Epal merah ini telah ditanam oleh Chisato Iwasaki di ladang epalnya di Hirosaki City, Japan, dan telah dipetik pada 24 Oktober, 2005.
 Sumber: NumberOneSite

Wordless Wednesday #WW - Eye Flirtation Language

Sumber: FunZug

Anak Luar Nikah - Kasihan Mereka

As-Salam. Bukan salah mereka dilahirkan dalam keadaan begitu. Kerana nafsu, mereka - si anak-anak ini menanggung akibatnya. Adakah adil buat mereka sehingga ada yang dikeji dan dihina?
Begitulah manusia, terlanjur dek kerana kesedapan seminit dua, bila dah memboyot, rasa resah dan gelisah. Namun, syukur juga tidak dianiaya anak yang dikandung, tetap dapat melihat dunia walaupun tak tahu nak berbin dan berbinti siapa.
Anak-anak ini menanggung rasa malu yang sangat berat. Jika disimpan hal sebenar sekalipun, lambat laun akan terbongkar juga rahsia. Lambat laun akan diketahui juga. 

7 Sebab Kenapa Tidak Digalakkan Makan Dalam Kenderaan

As-Salam. Setiap kali membuat perjalanan jauh menggunakan kenderaan, pasti akan terasa kelaparan dan dahaga. Dan banyak di antara kita tidak mahu berhenti di Rehat dan Rawat (seandainya menggunakan lebuhraya) yang telah disediakan disebabkan mahu mengejar masa perjalanan.
Lalu, ramai ambil jalan mudah dengan makan dan minum di dalam kenderaan. Lebih-lebih buat mereka yang mempunyai anak kecil, lebih suka makan di dalam kenderaan dari makan di kawasan yang telah disediakan terutama di lebuhraya.
Awas, kerana tindakan anda boleh membahayakan diri dan keluarga serta masalah-masalah lain pada kenderaan anda nanti.

7 Sebab Kenapa Tidak Digalakkan Makan Dalam Kenderaan

Buat Apa Berblog Kalau Hanya Untuk Menghasut !!

As-Salam. Janganlah begini. Blog bukan platform nak buat onar. Blog bukan untuk hasut itu ini ... iklan tak apa .. iklan tak menghasut ...tetapi menggoda....hehehe..
Cukup amalan dah kot sampai berani buat blog untuk hasut benda2 tak berpaedah. Ohh faedah untuk dirinya la kot tapi ... sampai buat dosa kat orang lain buat apa ... hmm berat dah timbangan di belah kanan ehhh?
Kubur lain-lain ... well, kalau betullah gitu, buat apa diberikan panduan hidup di dunia ni? Buat apa ada kitab? Lantakla kan .... hmm fikir balik ehh .... kubur lain2 pun, yang tukang korek lubang kubur tu sapa? Nanti tak ada sapa nak kuburkan, nak talkinkan ... tu baru betul mati katak namanya ...

Bijaklah Dalam Membuat Keputusan

As-Salam. Kadangkala keputusan yang kita ambik itu menyebabkan diri kita kerugian. Mungkin disebabkan keputusan yang kita ambik itu tak cukup info dan maklumat, jadi kita pun gagal dalam memberikan keputusan yang baik.
Keputusan yang kita buat hari ini bakal mencorakkan apa yang akan berlaku di kemudian hari. Dengan keputusanlah, sejarah itu dilakarkan. Dengan keputusanlah, kita mengetahui kelemahan kita dan memberikan pengajaran buat orang lain.
Pernah belajar tentang kebarangkalian tak? Keputusan pun ada kebarangkaliannya ... jika anda buat begini, akan hasil begini .. jika buat yang itu pula .. akan hasilkan yang lain pulak. Dalam setiap keputusan itu, akan ada cara dan jalannya .... jika tindakannya baik, maka akhiran juga baik.
Namun, harus kita ingat, setiap keputusan itu merupakan satu cara menunjukkan usaha, menunjukkan perancangan yang perlu diambil. Ketentuan tetap di tangan Tuhan, yang sejak azali lagi telah menetapkan apa yang bakal berlaku ... 
Sebagai manusia, walaupun kita p…

Gadis Ini Minta Derma Jam 9 Malam Di Lebuhraya

As-Salam. Sewaktu perjalanan balik dari Putrajaya kelmarin, saya berhentilah di sebuah hentian yang ada stesen minyak, memandangkan signal gambar minyak kereta viva 850 kepunyaan wife saya tu dah lama berkelip2.
Pastu sedang dok asyik mengisi minyak, datanglah seorang gadis genit ini. Dengan wajah yang nampak keletihan, dalam suara yang antara dengar dengan tidak - seperti membaca buku teks dengan cara laju tetapi malas.

Rupanya gadis ini memungut derma untuk satu sekolah ni - Maahad Tahfiz... sambil menunjukkan botol madu dan juga CD nasyid.

Nak Keluar Masjid Pun Susah ...

As-Salam. Hari tu pergi sholat Jumaat kat satu tempat ni, errrr Bandar Baru Sentul. Dah lama saya tak pi sholat Jumaat kat masjid ni. Pernah dulu pergi sini .... masa zaman sebelum kahwin dulu. Masuk masjid ni .... hmmm banyak benda yang dah berubah.

Ramai jemaah di sini. Yelah ..pembangunan sekeliling pun dah makin rancak, dah makin ramai orang duduk area ni. Dulu, jalan nak ke masjid ni tak la jem sangat tapi sekarang ni ... perghhhh .... sampaikan ... bila abis sholat jumaat, nak keluar masjid pun susah ...huhuhuhu ....

Lihat sahaja gambar di atas. Elok je parking betul2 kat jalan kuar. Hangin kot pemandu teksi ni ..yelah ... yang belakang2 tu dok push2 dia ... tapi motor kat depan jalan ni tak diubah2. Hmmm ...macamana la si empunya motor ni berfikir ehhh ... 


Nganga Luas-Luas Bila Menguap ...

As-Salam. Amboiiii .... besoonya mulut. Erkk, menguap memang best. Lagi beso ternganga rasanya lagi puas kot. Pastu sekali dengan regang2kan badan lagi ... perghhh memang lepas tu rasa selesa je kan?
Bagi seorang muslim, bukan boleh nak nguap suka-suka hati je. Ada adab yang perlu diikut. Jika anda ibu bapa yang ada anak, ajarlah anak-anak untuk praktikkan adab mudah ini. Bukan apa, tak elok rasanya .... lagi2 siap ada kuar suara.
Adab Menguap Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka.. juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.

[Fakta Ringkas] Perut Bayi - Karbon Dioksida - Bunga Ros - Hujan Tiruan Pertama

As-Salam. Tak dinafikan sebagai manusia, kita takkan terkejar dan termuat dalam minda akan ilmu yang ada di muka bumi ini. Kita juga sebagai manusia tak boleh disuap sekaligus dengan segala ilmu yang ada. Ada masa kita cuma dapat menghadam sedikit dan sebahagian sahaja. Dan kerana itulah kita perlu sentiasa update minda dan pengetahuan kita. Ulangan perlu agar kita sentiasa refresh, macam skrin komputer anda juga, perlu refresh balik.... hehehhee...
Oklah. Fakta ringkas sebagai cernaan minda hari ini:
Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan b…

Suami Isteri Kena Rukun Damai

As-Salam. Cerai. Uishhh mohon kepada Allah Taala dijauhkan. Susah payah membina mahligai bersama, susah payah nak sign borang minta tok kadi, susah payah kumpul duit nak kawin, susah payah kenduri kendara ... susah payah kumpul sedara mara .... tup tap .. baru beberapa tahun kahwin, nak diucapkan perkataan tu pada pasangan.
Wahai lelaki, jangan semudah itu nak ucapkan perkataan itu. Bertanggungjawablah. Anda dah berjanji di depan tok khadi ... di depan saksi, di depan sanak sedara .... nak jaga isteri dengan sebaiknya, maka jagalah. Tuhan dah berikan anda kelebihan, kenapa ditolak kelebihan dan pemberian itu?
Sayang sekali, rumahtangga dibina musnah sekelip mata hanya dengan satu perkataan. 

Akulah Space Cop Gaban

As-Salam. Hairan betul la dengan sikap sesetengah orang yang dikatakan faham akan undang2 dan peraturan ni. Bukan apa, bila orang lain lalaikan undang-undang yang disediakan, perghhhhh menyirap darahnya, menyinga dan mengaummm .... dialah polis space cop Gaban. Chaittt .... ptuiiii ... 
Bila dia yang membuatnya, ohhh tak mengapa, ada je penjelasan akal logiknya untuk menutup salah sendiri. Hmmm ...pengetahuan yang mungkin dah disalahguna. Ibarat macam undang-undang itu tak tertakluk pada dirinya, hanya orang lain yang perlu patuh ..... dia .... tak mengapa.
Janganlah begini.... erkk saya tak suka la nak kata jangan ni ... macamlah saya ni bagus sangat, namun perkara yang dah tak boleh dibuat, dah termaktub dalam akta, dalam undang2 kata tak boleh, jadi tak bolehlah, tanpa kecuali ... cuma ada dinyatakan sebaliknya.
Masing-masing ada akal. Jangan bijak nak mengata dan menghukum orang lain tetapi diri sendiri pun lebih kurang sama. Malah ada masa, nunjuk taiko kononnya dialah yang menegakka…

Lelaki Memang Suka Nak Berpoligami

As-Salam. Bila bercakap soal poligami, lelaki memang akan tersenyum, sebabnya ia lebih memihak kepada mereka jika dilihat dari sudut hukum. Namun, ia sebenarnya bukan perkara mudah. Banyak hal, banyak perkara nak dilihat dan dinilai.
Simple, jika tak boleh berlaku nak berlaku adil pada diri sendiri, layakkah seorang lelaki itu nak berlaku adil pada orang lain lebih2 lagi isteri. Adil, bukan satu konsep mudah ... adil kena dalam semua bidang. Adilkah untuk memberikan nafkah pada setiap isteri? Adilkah nanti untuk memberikan nafkah pada setiap anak? Boleh? Kalau boleh ..silakan. Ok ... simple je kan?

Ibu Bapa, Jangan Ambil Mudah Bila Anak Demam !

As-Salam. Terlebih dahulu saya dan keluarga ucapkan takziah buat keluarga seorang selebriti tanahair - Safura, atas kehilangan anak mereka [BACA SINI].
Ya, apabila si anak kecil demam, ia memang satu perkara yang perlu diambil serius oleh semua ibu bapa. Demam bagi yang dewasa mungkin tak cukup ngeri tetapi jangan dibuat main apabila demam terkena anak anda.

Sebagai bapa, saya juga tak terkecuali berasa risau apabila anak-anak menghidap demam. Demam boleh datang dari banyak sumber dan boleh memberi implikasi yang pelbagai, dan paling ditakuti ialah boleh membawa kepada kematian.
Banyak dah yang saya lihat, dan nampak .... anak2 yang mengalami demam panas yang kuat memang akan alami masalah di kemudiannya, antaranya perubahan sikap dan juga kecerdikan IQ. Ada juga yang dek kerana demam panas, cacat seumur hidup atau mengalami masalah kekal yang lain.

Blog Kecil Kena Ngap Dengan Blog Besar

As-Salam. Nampaknya blog-blog besar yang dah beribu2 followers dan dah juta2 pageviews semakin mencanak .... manakala blog2 kecil yang amat kurang followers pula dah makin sepi. Tak terkecuali blog ini juga.
Apabila blog ini tidak ping di laman2 tertentu terutama laman sosial Facebook, trafik ke blog ini sekitar 400-500 UV atau sekitar 700-800 pageviews sahaja sehari. Itupun jika blog ini ada entri baru. Kalau tak ada .... hmmm ... suram juga. Jadi, saya juga tafsirkan blog saya ini macam blog baru gak ... ditelan oleh blog2 besooo ....
Tapi gitulah, apabila sekumpulan blogger yang dah punyai ramai followers LIKE dan suka kepada blog yang memang dah ramai, maka makin ramailah ... nama pun pengikut .... ikut ..ikut .. jika blogger idola mereka sukakan blog yang itu ... maka yang lain pun akan turut suka gak la.
Jadi, strategi untuk menaikkan blog dah berubah ... kena kasik blogger2 yang dah terkenal, blog2 yang dah beribu orang suka tu .... menyukai blog kita, kalau tidak ... lelah juga na…

Usaha Tidak Boleh Jemu

As-Salam. Usaha tidak boleh jemu ..... kena terus berusaha dalam apa jua keadaan. Musuh utama meneruskan usaha adalah kemalasan. Seandainya sifat malas itu beraja dalam diri, pasti usaha yang dilakukan itu sekerat jalan.
Saya sering begitu. Tak dinafikan. Usaha punya usaha .... bila menunggu hasilnya, tengok-tengok tak seberapa, lalu malas mengambil tempat. Malas menjadikan kita dah jemu untuk berusaha lantaran apa yang kita inginkan itu tidak membuahkan hasil.
Bercakap memang mudah. Nak melakukannya .... perghh perit. Dan tarikan sifat malas ni memang dah sebati, bukan hari ini ... tapi sejak dari dulu lagi. Malah, ada kata-kata yang mengaitkan bangsa paling malas adalah bangsa melayu .. erkk terkedu dibuatnya. Mungkin benar kalau merujuk pada diri sendiri.

Wordless Wednesday #WW - Flying Kick


Wordless Wednesday #WW - Jantung Pisang Menegak Ke Langit


Ada Lagi Ke Mood Raya?

As-Salam. Ada lagi ke mood raya? Ada yang kata, raya sebulan .... erkkk sebulan? Mungkin kerana selagi berada di dalam bulan Syawal ...selagi itulah kita merasakan kita masih lagi dalam suasana Aidil Fitri ..... hmmm...
Tapi ada satu benda yang menghairankan saya. Mengapa ia hanya berlaku semasa sambutan Aidil Fitri sahaja? Mengapa ia tidak dirasakan sama juga seandainya meraikan Hari Raya Qurban? Apa yang membezakan antara keduanya sehinggakan ramai termasuk saya sendiri, mengangkat Aidil Fitri itu lebih best dari segala perayaan???
Adakah kerana selagi ada kuih raya dalam simpanan sampai kehangatan suasana Aidil Fitri tu masih terasa?Adakah kerana masih lagi berputaran lagu raya di radio mahupun di TV?Adakah kerana kita masih lagi belum puas melaram dengan baju raya yang banyak pasang tu?Adakah kerana kita mahu anak-anak kita mengutip duit raya sebanyak boleh?Adakah kerana adanya open house di sana sini?Adakah sebab nak membalas 'dendam' sebulan berpuasa?
Saya sebenarnya tak tah…

Wordless Wednesday #WW - Jom Tengok Duit Raya Dalam Sampul


Wordless Wednesday #WW - Malaysian Arowana

Malaysian Arowana - #Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.
Wordless Wednesday #WW - Malaysian Arowana