Salam.
Awas dengan nafsu anda. Tak kira sapa pun anda, pak imam, bilal, anak pak imam, artis, ketua kerajaan, menteri, ustaz, cikgu, polis, tukang sapu, atendan pam minyak, kelindan lori, saya .. anda ... perlu berhati-hati dengan nafsu. Tak kira lelaki atau perempuan. Dah tak perlu dinyatakan 9 akal 1 nafsu atau 1 nafsu 9 akal itu, yang nyata dalam kebanyakkan perkara dan dalam banyak hal, nafsu menjadi penentu kepada keputusan yang anda buat.

Anda mungkin tak sedar, dan mungkin tak mahu mengaku, tetapi jangan main-main dengan penangan nafsu ini. Kadangkala nafsu manusia lebih hebat gilanya daripada bisikan syaitan dan iblis.

Kerana nafsu, bulan penuh mulia - Ramadhan pun dinoda. Syaitan mana ada ambik share pun, tetapi nafsu yang dikawal oleh kita! Bukan orang lain, tak ada kuasa lain yang power up nafsu ini melainkan diri kita. Andai kita tunduk dengan nafsu sendiri tanpa dibenteng akal, lantak la banyak mana akal yang manusia ada .. tetap kalah punya dengan 1 nafsu ni.

Jadi, jadikan Ramadhan ini untuk anda buktikan bahawa nafsu anda adalah dalam genggaman dan penaklukan anda, bukan orang lain. Jangan terpedaya dengan bisikan nafsu orang lain - bahaya .... nafsu orang lain boleh mengerakkan nafsu anda jika anda terlalu membuka diri untuk menerima kunjungan nafsu ini.

Kerana itulah, Tuhan telah menyediakan bulan penuh hikmah ini - Ramadhan buat umat Islam mengawal, kekang hawa nafsu. Kena buktikan bahawa dalam banyak2 bulan, ada satu bulan di mana nafsu itu adalah di bawah akal kita, di bawah telunjuk kita, di bawah arahan kita.

Sayang sekali buat mereka yang terkantoi dengan nafsu sendiri. Malu buat mereka yang termakan pujukan nafsu sendiri. Kalah mereka kerana membiarkan nafsu menjadi tuan kepada diri.

Semoga sama-sama kita usaha untuk menjadi diri yang benar-benar khalifah - jika tidak pada orang lain, pada diri sendiri.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement