As-Salam. Bila berkata pasal komuniti blogger ni, leh saya simpulkan, ia sama naik dengan jumlah blog yang wujud di dunia maya. Banyak komuniti blogger tumbuh bagaikan cendawan, dan kebanyakkannya dipelopori oleh blogger-blogger yang memang dah berpengalaman, dan mempunyai pengetahuan luas mengenai komputer, IT dan internet. 

Pembentukkan komuniti ini memang bagus, kerana ia dapat mengumpulkan bloggers dan pada masa yang sama berkongsi pengunjung yang akhirnya menjadi pembaca blog. Yang penting adalah keserasian dalam komuniti.

Anda tak boleh expect, blog anda yang dok bercerita pasal politik akan diterima baik dalam komuniti yang kebanyakkan blog dalam komuniti tersebut bercerita soal keluarga, soal anak-anak. Kata orang tak ngam .... 

Jika mahu menarik pembaca dalam komuniti, pastikan komuniti itu sesuai dengan penceritaan blog anda. Anda boleh sepakat dengan beberapa blog lain, yang bercerita kisah yang hampir sama dengan anda. Bina network bersama dengan perkongsian RSS atau bloglist, atau pun menjalankan aktiviti dalam blog secara bersama contohnya giveaway dan contest.

Komen dalam blog juga perlu lebih interaktif. Apabila anda berkongsi pembaca sama, maka minat terhadap entri juga adalah sama. Pastikan bila anda dah join satu komuniti, anda aktif menjadi sebahagian dari komuniti tersebut. 

Kaedah ini bukan sahaja akan menarik pengunjung dengan minat, hobi, tarikan yang sama, tetapi juga pembaca, yang akhirnya memberikan trafik dan meningkatkan followers blog - dengan lebih jujur dan paling penting saling suka - dan bukannya kerana terpaksa.

Agak-agak mencari komuniti atau group blogger baru, boleh join Kelab Blogger Belia ... :)



11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. waaaa bagus tips ini terima kasih.....

    BalasPadam
  2. satu cerita, satu suara, satu blog..hehehe...andaian je..memang betul tu...ndak terfikir plak..apapun terima kasih BK

    BalasPadam
  3. @Muaz Faris Baca posting2 dalam FB BANGKU KOSONG ... ada dah rasanya saya beritahu

    BalasPadam
  4. Thanks utk tips yg diberi.. :)

    BalasPadam
  5. 31 ogos kerajaan telah tetapkn slogan tanah tumpah darahku sebagai moto hari kebangsaaan

    BalasPadam
  6. betul tu, saya sedang berusaha melakukan sprt yang disarankan..terima kasih HH..

    BalasPadam
  7. Bagus ada ruang komuniti yg pelbagai ni. Terima kasih invite sy ke Komuniti Kelab Blogger Belia walaupun sy dh nk tamat tempoh belia tu. hehe

    BalasPadam
  8. Ye mari join Kelab Blogger Belia..Akan rasa sentiasa muda..heheh..boleh tambah rakan-rakan blogger..www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement