Reloadfood.com - The Food Blog

Lindungi Suami Dari Terkena Sihir Pengasih


As-Salam.
Anda tentu pernah tengok satu drama tu, yang ada pelakon kacak kegemaran saya Ady Putra. :). Dalam drama tu .. paparkan kisah si suami kawin dua, tak diketahui oleh si isteri bahawa kawan baiknya merupakan madu. Cerita ini walaupun menarik ...tetapi pengakhirannya telah mendapat pelbagai kritikan. Dan saya sendiri pun tak berapa setuju. Tapi tak mengapalah, ia dah pun berlalu. Oh, ya dalam cerita itu, dok cerita pasal ayat guna-guna, ilmu sihir pengasih baik nak jerat si suami orang mahupun suami sendiri.

Ok, saya ingin berkongsi cerita oleh seorang penceramah wanita yang memang popular, dia bercerita tentang bagaimana seorang isteri dapat melindungi suaminya dari terkena sihir pengasih.

Untuk menjamin keluarga terutama si suami dari terkena sihir pengasih, adalah baik buat si isteri perbanyakkan amalan di dalam rumah, kerana rumah merupakan benteng terakhir buat seorang isteri untuk mempertahankan suaminya.

Sebelum tidur, bacalah ayat-ayat Al Quran. Al-Quran merupakan mukjizat sepanjang zaman, diturunkan kepada Rasulullah untuk kegunaan dan panduan umatnya. Bacalah 3 khul (surah al-Ikhlas, surah al-Nas dan surah al-Falaq), jangan lupa baca permulaan doa dengan surah al-Fatihah dan akhiri doa dengan ayat Qursi. Berwudhuklah sebelum tidur, agar kita berada di dalam keadaan suci.

Jadikan amalan membaca doa sebelum dan sesudah menggunakan toilet satu kemestian. Dalam tandas, tempat2 kotor dan gelap adalah tempat persembunyian jin dan syaitan. Jika kita tersilap langkah, mudah sahaja mereka ini menggoda. Kerana itu kerja laknat mereka, walaupun di mana mereka berada apatah lagi di dalam tempat persembunyian.

Begitulah adanya. Banyakkan amalan-amalan sunat yang lain, seperti membaca Al Quran, solat-solat sunat dan sebagainya.

Janganlah kita sebagai manusia membuat perjanjian dengan jin dan syaitan hanya kerana tidak mahu suami kita terpisah jauh dari kita. Jangan cuba amal ilmu sihir yang menyesatkan dan boleh membawa kepada kedurhakaan. Jika mahu menanamkan kasih dan sayang sejati, buatlah amalan-amalan tadi, bukan takat si suami akan senyum bangga, malah mak mertua dan pak mertua juga akan sejuk hati.

[Info Penulis] Hasrul Hassan ialah seorang penulis blog bebas kelahiran Perak, dan menetap di Penang. Seorang pakar menulis artikel berkesan di carian Google, yang telah menulis puluhan artikel mengenai review produk, jenama, bisnes, servis dan acara. Antara top blogger Malaysia (Bahasa Melayu) yang inspirasikan ramai penulis blog baru, sehingga diberikan gelaran Sifu Blogger.

Untuk servis pengiklanan (advertisment service) serta artikel berbayar (paid article/advertorial), boleh hubungi penulis menerusi ruangan Contact .