ads by hasrulhassan.com

Lebih Baik Berkawan Dengan Sahabat Yang Marah

Berkawan Tak Kira Agama Dan Bangsa. Foto: Lensahasrul
As-Salam.
Saya banyak kawan tetapi teman rapat, sahabat karib - saya fikir-fikir tak ada seorang pun. Kebanyakkan kawan biasa yang kadangkala ada, kadangkala tiada.... macam biskut gitu. Tapi walaupun munculnya sekali sekala, saya tetap anggap mereka kawan. Sesekali, jika ada masa, jika ada sesuatu yang nak dikongsikan, saya pasti akan menghubungi mereka.

Dulu, saya memang rajin update pasal kawan-kawan ni, lebih-lebih lagi kawan-kawan satu sekolah dedulu. Saya selalu bertanya hal mereka, cari dan jumpa. Dari situ, saya pun kutip maklumat dan maklumkan kepada rakan-rakan yang lain.

Pernah dulu jadi admin ECircle, saya rasa ramai kot yang tak tahu, dia macam Yahoogroup gaks, leh kongsi2 gambar, macam FB tapi lebih kepada yang punyai persamaan ketara, contohnya bersekolah menengah di sekolah yang sama. Kat situ, dan juga yahoogroup saya kongsikan tentang berita kawan-kawan saya. Malah sampai satu tahap, saya digelar CNN sahabat-sahabat.... sampai ada yang sms memalam nak tahu no telefon kawan ni ..kawan tu.

Saya tahu ramai antara anda ada teman baik....cuma saya je ni yang tak ada .. hehehe... tapi tak mengapalah, namun ingin saya berpesan buat diri saya dan anda juga, mencari teman yang benar-benar tulen ni, benar-benar sejati sebenarnya tak semudah disangka.

Luqman Al-Hakim berpesan, apabila engkau ingin mencari teman sejati, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau ambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhati-hatilah kamu terhadapnya.

Itu antara kata-kata Luqman Al-Hakim mengenai erti persabahatan, mari ungkap kata-kata ini pula ...
  • Perbaikilah juga tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.
  • Dalam bersahabat juga, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian atau menagih sanjungan daripada orang lain, kerana jika itu yang kamu hajati, dirimu akan beroleh kecelakaan.
  • Usahakanlah juga supaya mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.
  • Untuk disayangi, jadilah insan yang penyayang. Siapa yang suka berdiam diri sudah tentu selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun dan barang siapa tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, tentu dia akan menyesal.
  • Bersahabatlah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarnya. Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmah yang diperoleh daripada mutiara kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.
  • Janganlah engkau bertemankan orang bodoh serta mereka yang talam dua muka kerana ia akan membahayakan mu. 

Harapnya sedikit sebanyak kata-kata penuh hikmah tu akan jadi panduan buat kita semua memilih sabahat, rakan dan teman yang terbaik.

4 Komentar untuk "Lebih Baik Berkawan Dengan Sahabat Yang Marah"

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.


 
Copyright © 2014 HASRULHASSAN.COM™ - All Rights Reserved Busuk.org
Originally By Catatan Info