Merpati Keturunan Diraja. Siapa ada dan pernah membela atau memelihara burung? erkk burung? khasnya burung Merpati! Saya dedulu kecik-kecik kat kampung, kat umah arwah Opah saya memang banyak burung Merpati. Ntah mana datangnya ... saya pun tak tahu. Apa yang saya tahu, arwah Opah dan juga emak saya memang suka beri makan burung-burung ni ... tabur je gandum dan beras, mesti ada je yang datang.

Merpati antara burung yang selalu sahaja saya nampak. Dari seekor menjadi puluh-puluh ekor. Jinak-jinak pulak tu, tapi ditangkap tak maunya dapat. Bercerita soal burung Merpati ni, saya teringat satu peristiwa ...

Kisah Menyelamatkan Burung Merpati Diraja

Satu hari tu, ada sekor burung Merpati ni .. tak leh terbang, disebabkan sayapnya dah luka. Cantik burung Merpati ni, ekor dia kembang ... warna putih. Bila pegang, lembut je bulu-bulu dia. Sebabkan burung Merpati ni lain dari yang lain, maka mak saya pun ambil keputusan nak rawat, dan cadang nak bela.

Maka, mak saya pun rawat dan berikan ubat, uhhh ... macam pro lak mak saya ketika itu, saya siap nganga mulut sebab kagum yang mak saya boleh rawat haiwan. Mana taknya, mak saya rawat burung tu macam doktor, dikasik balut segala bagai. Tapi, ramuan utama yang mak saya guna untuk rawat luka pada sayap burung Merpati ni hanyalah Minyak Gamat .

Minyak Gamat je bang .. akak-akak semua. Orang moden zaman sekarang tak main la Minyak Gamat ni. La ni ... siapa ada haiwan peliharaan, hantar vet, hantar pet shop.

Haha ..  orang kampung bai .. mana reti nak hantar ke pet shop tu .. huhuhu. Lagipun, zaman tu mana ada pet shop .. hahahahaha.

Letak Minyak Gamat kat tempat luka burung Merpati. Alhamdulillah, lama-lama burung tu elok je dah... nampak dah semakin baik dan semakin sihat, sehingga dah boleh terbang sendiri. Bila nampak burung Merpati tu dah sihat, makanya mak saya ambil keputusan untuk bebaskannya. Lalu, terbang bebaslah burung Merpati itu selepas diselamatkan oleh emak saya yang hebat.

Hari demi hari, tak nampak bayang burung Merpati kembang ekor tu dah. Rasa rindu pulak.

Tapi, pada satu hari ... tetiba ada banyak burung Merpati kan laman rumah arwah Opah. Bukan setakat 5-6 ekor .. berpuluh-puluh weihhh ... ntah datang dari mana. Dan semenjak itu, kami (saya, adik dan mak) sekeluarga selalu la kasik makan kat burung-burung yang datang ni.

Paling banyak ialah burung Merpati jenis kembang ekornya atau lebih spesifik dikenali sebagai The Royal Pigeon.

Gambar The Royal Pigeon

Punyai ekor kembang yang cantik, dan selalunya berwarna putih. Kakinya juga berbulu, jadi tempat burung merpati ni kena bersih, kalau tak sure nanti akan comot burung ni. Burung Merpati The Royal Pigeon sepertimana spesies burung Merpati yang lain adalah jinak2 Merpati dan dia antara burung Merpati yang sangat setia dengan sesuatu tempat.
Inilah Merpati Keturunan DiRaja
The Royal Pigeon
The Royal Pigeon
Inilah Merpati Keturunan DiRaja
 Inilah Merpati Keturunan DiRaja
 Inilah Merpati Keturunan DiRaja
 Gambar The Royal Pigeon
Inilah Merpati Keturunan DiRaja
Hmm patutlah burung Merpati jadi banyak .. rupanya (agaknya) si burung Merpati yang emak saya sembuhkan tu dah panggil sanak sedara dia. Setia dengan sesuatu tempat, itu sebab burung Merpati Royal Pigeon ni tak pergi jauh ...

Sejak dari tu, halaman rumah arwah Opah sentiasa meriah dengan kehadiran burung-burung Merpati ni .. cantik-cantik lak tu.

Kredit Gambar: Forwarded Emails

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oo..baru tau yg kembang tu merpati diRaja...Pakcik saya bela burung merpati lebih dari 10 ekor...tak persan laks ada ke tak ekor kembang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga jenis yang botak kepalanya .. tu pun rare. Ada ratusan spesies burung Merpati ni. Yang selalu kita nampak ialah spesies jinak ...

      Padam
  2. amboi segak sungguh la merpati tu...dah mcm ayam serama pun ada tp putih bersih.. =)

    BalasPadam
  3. saya ingatkan milik diraja, rupanya gelaran diraja sbb ekor kembang ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Raihanah .. sebab rupanya yang nampak GRAND macam raja. Pun begitu, dipercayai ianya burung Merpati yang menjadi kegemaran raja-raja England dan pembesar untuk hantar perutusan. Bila burung Merpati ini digunakan, dah tahu bahawa ianya adalah utusan dari raja atau pembesar.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement