[Gambar] Coober Pedy - Kejiranan Bawah Tanah di Australia

Salam.
Dari gambar ini, mungkin tiada apa yang menarik boleh dilihat. Tiada pun tanda luar biasa pada kejiranan yang penuh gersang ini.


Tetapi mungkin papan tanda ini boleh memberikan satu gambaran kasar tentang tempat ini. Tempat ini dinamakan Coober Pedy, dan ianya merupakan bandar yang terkenal dengan batu permata - Opal. Persekitaran memang menjadi tumpuan para pelancong kerana di sekeliling tempat ini terdapat beberapa formasi batu batan yang cantik.


Bandar Coober Pedy, terletak 535km dari Port Augusta di Selatan Australia. Coober Pedy, berdasarkan dari bahasa orang tempatan - orang asli Australia, bermaksud "whitefella’s (white man's) hole in the ground.". Oleh kerana itu separuh dari populasi di bandar ini tinggal di bawah tanah.

Itu bukan sahaja keunikan yang ada, ia juga merupakan bandar pengeluar Opal terunggul dan terbesar di dunia. Tempat tinggal penduduk bandar ini telah menjadi antara tarikan utama pelancong dan juga pembikin filem antarabangsa.












Jadi,kalau anda pergi ke sini, hati2 takut nanti masuk lubang ... dan erkk termasuk rumah orang lak nanti ... gedebuk jatuh cam nangka busuk .. hahahaa .. adehh ...

Sumber: The Amazing Stuff

1 comment... add one now

Ezad Skytech Ezad Skytech July 21, 2011
baru tahu pasal ni..ada rupanya yang duduk kat kawasan bawah tanah ni ye...heee~

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.