As-Salam. Baru tersedar? UHh lama dah benda ni berlaku, sejak awal2 wujud blogspot lagi. Memang gitu, bila blog dah makin terkenal, ramai pembaca, hari-hari pun pageviews tinggi ... semakin lama blog tu akan jadi kurang entri.

Kurang entri tetapi masih ada entri yang ramai orang nak baca. Blog tu memang dari awal, hari2 ada posting baru, siap ada blog tu satu hari sampai 3-4 posting baru. Tapi bila dah ramai followers, dah ramai suka baca, blog tu jadi kurang entrinya. Kenapa ehh?

Saya tak la menampakkan hairan, tetapi buat sesetengah orang, sesetengah blogger memang ada yang lihat benda tu macam satu isu. Macam je ...blum jadi la kot. Yelah, hak untuk menerbitkan entri bukan terletak pada pembaca, tetapi kepada pemilik blog tu. Nak pekik2, marah2 pun tak ada guna, ia memang dah jadi milik si penulis blog.

Kita tak boleh nak paksa si blogger lain menulis, tetapi kita boleh menyatakan sokongan kita seperti yang selalu kita berikan sebelum ini. Jangan kerana blognya tu dah tak berapa aktif seperti selalu, kita merasakan empunya blog tu dah lari dari memberikan yang terbaik buat blognya.

Setiap orang ada kehidupan selalin dari berblog. Jadi hormati kehidupan yang lain itu. Mereka bukan seorang blogger yang hidup hanya nak menulis untuk orang. Ehmmm penulis novel pun ada yang rehat dari membuat novel ..... kasik idea fresh memunculkan diri.

Jadi, jangan merasa ralit kalau tetiba satu blog yang dulunya banyak entri tiap hari - dah jadi famous tetapi tiba-tiba jadi kurang dua entri seminggu.

Dan sebenarnya (macam Yuna plak), bukan mudah untuk mengekalkan blog jadi sentiasa popular!
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

10 Komen

uiks.. melampau 2 3 entri seminggu... he he. actually satu hari satu entry pon dah kira ok at least update.. blogger tetap nak tengok entry yg best best kan..
entri ini juga menginsafkan diri ... terima kasih.. (macam la femes.) he he

Reply

memang banyak kes macam ni kot
yela...mula mula kena publish banyak banyak dalam sehari sebab mase tu blog belum top lagi...
bila dah ramai baca..x perlu la nak banyak2 kan,pembaca nak follow pon semput nanti

Reply

idea kering gak kadang2..haha

Reply

yg bab bz atau sibuk dgn kehidupan seharian tu mungkin btol bro hasrulhassan, masing2 ada komitmen dan jika ada masa terluang saja yang boleh di isi dengan berblog.

Reply

ada tu pulak sampai buat kesimpulan kononnya , blogger tu dah sombong . aiyarkkkk . susah lerrr cenggituuu ..

Reply

:)....bagi saya asalkan update kira ok...mungkin kekerapan mengupdate bagi seseorang blogger tu 1 entry seminggu...mungkin...betul bak kata HH di atas...' perlu hormat perkara 'lain' dalam hidup blogger itu sama...blogger bukan lah kerja nya duduk depan pc jer...ade kerja HAKIKI lain yang perlu di utamakan juga..kenkadang mungkin menuntut tumpuan sepenuhnya berminggu-minggu...:)

Bagi saya...saya tetap sokong..walaupun ade yang update 1-2 entry sebulan...hehhee...sokong sesama blogger...:)

pendapat naif saya..:)

Reply

salam bro
erm betul,blogger pun manusia biasa juga,kan...

Reply

@tyka Memang ada yang macam tu, blog tu memang dah macam lama sangat ditinggalkan tetapi komen entri terakhir dekat2 2-3 ratus jugak tu.

Reply

salam...

saya prefer kalo dlm seminggu tu buat 2 kali post entri. skali post, letak la 2 atau 3 entri. bg saya, jumlah ni x la byk sgt. average jer.. kalo send tiap2 hari pun, kdg2 ada di kalangan pembaca ni tak bukak internet hari2. rasa mcm xguna jugak. so akan ada byk la update yg terlepas.. baik ada gap dlm beberapa hari sblm post entri2 terbaru...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.