As-Salam.
Sebelum ini ada yang bertanya, apa benda ALEXA tu? Secara teknikalnya, saya tak berapa tahu, lebih-lebih lagi tentang bagaimana Alexa mengira ranking blog dan laman web, namun apa yang saya tahu ialah .. seandainya anda mahu blog anda menjana pendapatan, maka anda harus titik beratkan Alexa ini.

Alexa Ranking, satu tatacara buat mereka yang melayari internet menilai tahap capaian blog atau laman web anda oleh pengguna-pengguna internet seluruh dunia (serta tempatan).

Semakin kecil nilai Alexa maka ia bermakna laman web atau blog anda semakin senang atau mudah dicari menerusi enjin carian, dan ia juga menunjukkan betapa popularnya blog atau laman web anda di kalangan pengguna internet di mana ia juga menunjukkan bilangan laman web atau blog lain yang merujuk (site linking) kepada blog anda.

Ia juga menunjukkan betapa blog anda sangat diminati oleh pembaca berdasarkan jumlah trafik yang dijana ke blog anda. Semakin kecil nilai Alexa, ia menunjukkan bahawa jumlah pageviews anda sangat tinggi, jumlah klik ke blog anda sangat tinggi dan mungkin jumlah pembaca ke blog anda secara keseluruhannya juga adalah tinggi.

Jadi, itulah sebabnya jika anda inginkan blog anda menjana pendapatan terutama menerusi pengiklanan, Alexa ini sangat penting. Ia sebagai rujukan buat mereka yang ingin mengiklan memilih laman web atau blog yang paling banyak menerima kunjungan.

Ia juga secara amnya menunjukkan kepopularitian laman web atau blog anda.

#update: Nak up ranking ALEXA? Baca Sini: 10 Tips Terbaik Untuk Ranking ALEXA

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ooo.saya baru phm dengan jelas sekali! TQ!!

    BalasPadam
  2. semalam baru letak widget alexa....harap2 trafik naik sedikit dari biasa. toolbar pun dah install. jom lihat slumberek punya alexa rank slumberdek page

    BalasPadam
  3. alexa saya sangat banyak jumlahnya.. kat malaysia je dah ranking ke tiga ribu lebih... malu nak banding dengan bangku kosong

    BalasPadam
  4. owh..saya pun baru faham jugak..

    thanks..nice info

    BalasPadam
  5. memang kena istiqamah la dalam blogging ni kalau nak ranking baik.. :)

    BalasPadam
  6. macam mana nak buat eh ?
    how to start using Alexa ? boleh tlg ajar ??
    ni my email .. pattaya_icetea@yahoo.com..
    tp kalau nak komen kat sini okay gak

    BalasPadam
  7. susuh nak jage alexa ni, aritu 2 minggu Blog Zippo bawah 3000, pastu x update habis jatuh pegi 5000 ni nak try balik...perghh penat

    BalasPadam
  8. in process memantapkn rnking alexa. so, maila support. hehe

    BalasPadam
  9. Saya sangat gembira kerana ramai yang dah tahu apa itu ALEXA dengan jelas menerusi entri ini.

    BalasPadam
  10. @belogkiter Malu? Tapi saya bangga mempunyai anda sebagai pembaca blog ini .. itu lebih baik.

    BalasPadam
  11. @Muhammad Iqbal Istiqamah dalam menyebarkan ilmu yang manfaat.

    BalasPadam
  12. @slumberdek Beri masa dalam seminggu dua ..insyaAllah pasti akan berhasil

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement