Tips Untuk Polish Kereta Cara Jimat


Salam.
Kereta anda dah kusam? Cat yang dulunya berkilat-kilat dah makin pudar? Aha .. saya nak kongsikan satu petua ni ... actually, ia bukanlah petua yang hebat mana pun, semuanya gara-gara trial and error.

Kalau anda selalu basuh kereta ...bila mana tak ada sabun basuh kereta, anda harus tahu ada bahan lain di dalam rumah anda yang boleh digunakan untuk cantikkan kereta anda dan menjadikan ia bersih dan bersinar-sinar. 

Ok, mari tengok 'resepi' ini dan mencubanya .... tapi awas, jangan sampai membazirkan air!

Tips Untuk Polish Kereta Cara Jimat

Rahsianya ialah menggunakan pelembut pakaian sebagai bahan aktif membasuh dan membuatkan kereta kilat bersinar-sinar. Jangan gunakan peluntur pulak ehh .... 

Cara-caranya ialah:
  1. Bilas kereta anda dengan air bersih.
  2. Cuci dengan bersih segala kotoran, pastikan span atau kain yang digunakan bersih dan sentiasa diperah tiap kali membersihkan bahagian yang cela dengan kekotoran.
  3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
  4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda.
  5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.
  6. Jangan tunggu kering baru lap.... tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
  7. Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa.

Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.

Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesin basuh anda.

Selamat mencuba.
Sumber: Komuniti VF

[Info Penulis] Hasrul Hassan ialah seorang blogger dan house husband yang menetap di Penang. Merupakan penulis blog sepenuh masa yang bekerja dari rumah, melakukan penulisan berbentuk pendidikan, review, ulasan, awareness serta antara penulis blog yang berjaya menguasai teknik SEO (Search Engine Optimization) di Malaysia. Antara blog peribadi Malaysia yang paling tinggi views/hits menurut Ranking Alexa, sehingga penulis mendapat jolokan Sifu Blogger dan Pakar SEO Malaysia.

Untuk servis pengiklanan (advertisment service) serta artikel berbayar (paid article/advertorial), boleh hubungi penulis menerusi ruangan Contact .

 
Copyright © 2010-2015 Malaysia Top Blog
HH SEO Consultant (PG0353760-D)
Template By. Catatan Info
Inspired Magz