Salam.
Lelaki memang suka lihat perempuan cantik. Pantang je ada gadis cun melecun jalan depan mata, perghh cepat je toleh ... tak kira la lelaki tu sedang buat apa, baik tengah dukong anak, baik tengah berpegangan tangan dengan isteri, baik tengah minum teh tarik, dalam apa jua situasi ... kalau ada awek cun lalu depan ...mesti toleh. Tapi ..... aha ada tapinya ..... bila ditanya dengan siapa mereka nak jadikan pasangan dan berkahwin ... ada yang akan geleng kepala untuk pilih gadis cantik yang lalu di depan mata tadi.

Mungkin kerana yang cantik itu, yang seksi itu tidak sesuai buat lelaki dijadikan isteri. Ia hanya untuk hiasan di mata ... ... di hati? Ya, memang benar ramai lelaki sukakan wanita cantik. Kalau dibelek majalah, bila ada gambar wanita cantik cun .. lama sikit ditenungnya .. apa yang dicari .. hmm kena tanya orang yang melihat la ...

Jadi, mengapa? Lelaki memang suka melihat kecantikan wanita secara fizikal .... sebab itu adalah tarikan nafsu ... tetapi apabila mereka ditanya tentang persoalan yang melibatkan akal, mereka akan memilih dan memberikan pilihan daripada akal mereka, tak bercakap dari nafsu mereka.

Untuk pengetahuan wanita, apa yang lelaki akan pandang pada anda .... dan suka pandang pada diri anda? Lelaki akan suka memandang apa yang paling menyerlah pada diri, jika dada anda menyerlah .. maka dadalah yang akan dipandang, jika mata anda yang dok warna berkaler-kaler tu, maka matalah yang akan dipandang. 

Tapi hati .... nak pandang hati tak boleh .. jadi macam mana nak menyerlahkan hati? Hati wanita sangat halus, dan kata orang tua-tua ... untuk tahu bagaimana hati wanita itu bersih, lihat pada wajahnya .. 

Tak perlu ada make-up ... merah bibir bergincu semua tu tak perlu. Bila dipandang wajahnya, anda akan rasa tenang, dan mungkin sayu ... anda tak boleh pandang lama-lama sebab mata anda akan pedih. Pedih ..bukan jemu. Kenapa pedih? Sebab hatinya sangat bersih sehinggakan dirinya dilindungi dari pandangan yang boleh membawa fitnah.

Jadi, wahai wanita, pilihan di tangan anda .. untuk dipandang bagaimana .... dan lelaki, janganlah terlalu taksub dengan kecantikan wanita, sebab semakin anda taksub dengan kecantikan mereka, semakin mereka meletakkan kecantikan itu di tahap yang kadangkala tak masuk akal!

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. just jadi diri sendiri..it's more better

    BalasPadam
  2. manusia memang suka lihat sesuatu yang cantik...dan seksi. Ahaks!

    BalasPadam
  3. thanks .. atas ingatan ini.. saya suka kalau ada lelaki memandang sya dan kata.. alangkah beruntungnya lelaki yang memilki gadis ini.. ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement