Salam.
Anda baru sahaja buat blog. Anda boleh dikatakan baru di dalam dunia blogger? Anda ingin mencari apa yang perlu dilakukan sebagai seorang blogger? Mungkin anda nak tips bagaimana nak menghasilkan entri buat blog anda ketika anda kekeringan idea? Semuanya telah saya kumpulkan, sejak dari penelitian saya dalam dunia blog sedari dari 2008 lagi.

Anda mungkin nak tahu apa yang Redmummy - blogger terkenal yang terpampang di akhbar ini - katakan mengenai dunia blog dan nasihat darinya tentang cara nak mencari pendapatan dari blog?

Anda mungkin nak tahu mengenai petua dan nasihat untuk blogger yang diberikan oleh Ben Ashaari serta pemilik blog BeautifulNara (blog nombor satu di Malaysia)?

Atau anda nak mencari kaedah yang sesuai untuk promosi blog anda, dan mungkin mengetahui serba sedikit ciri-ciri blog yang orang suka nak follow, nak baca dan sebagainya?

Saya sediakan buat anda yang mencari info ini. Anda mungkin boleh dapat di tempat lain, tetapi saya cuba sedaya upaya saya untuk memberikan segala ilmu yang telah saya timba dari dunia blogging ini sejak beberapa tahun dahulu.

Saya bukan blogger famous, bukan juga otai, tetapi blogger seperti anda juga, nak belajar dan cuba memperbaiki apa yang kurang. Ilmu itu tidak terhad, apa yang dikongsi di sini adalah sebahagian dari cara saya untuk belajar dari anda. Belajar memberi adalah pemberian terbaik dari ilmu yang telah kita dapat. Nak berkat? Tentu sekali ... 


Harap semua paparan yang akan anda dapat memberikan sedikit panduan buat anda sebagai blogger. Tiada caj dikenakan .. tiada yuran, anda hanya perlu LIKE - dan insyaAllah apa yang anda cari boleh anda cari.

Jangan lupa .. klik LIKE BANGKU KOSONG ehh .. Terima kasih.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement