Menanti Kelahiran Si Puteri Kesayangan - Episod 1

Advertorial.my
Salam.
Buat sesapa yang belum ada pengalaman melahirkan anak khas buat wanita, maka anda perlu baca ini ... dan buat bakal ayah, anda juga harus baca kisah ini.

Pengalaman saya, sebagai bapa memang antara yang paling menarik, mencabar dan paling meninggalkan kesan dalam diri saya. Masakan tidak, tatkala setiap kali isteri saya masuk ke ruang kelahiran (labour room), saat itulah saat paling mendebarkan, kerana ada dua nyawa sedang berada di hujung tanduk.


Kelahiran Hasif Amri - anak sulong saya adalah kelahiran yang sangat dinantikan. Kelahiran yang telah merubah diri saya dari menjadi seorang lelaki punyai isteri kepada lelaki yang berstatus bapa. Bukan saja dinantikan oleh saya tetapi ahli-ahli keluarga yang lain. Kelahiran sulong memang begitu, semua orang nak tahu bagaimana rupa, bagaimana adunan yang telah siap dari dua acuan berbeza. Alhamdulillah, kelahiran sulong berjalan sangat baik, malah isteri saya langsung tiada masalah dengan kelahiran ini.


Kelahiran kedua - Hasif Aqwa Zikri, selepas 3 tahun kelahiran anak sulong saya. Walaupun semuanya berjalan baik namun ada cerita yang tak sedap didengar telah diberitakan kepada saya oleh isteri, namun oleh kerana ia menyentuh aspek kredibiliti, saya tak boleh bercerita mengenainya di sini.


Kelahiran ketiga - Haseena Humaira .... adalah merupakan 9 bulan yang menguji kesabaran saya dan isteri. Pada waktu ini, isteri saya dalam keadaan sarat mengandung terpaksa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja yang jauhnya 45 minit perjalanan. Namun, akhirnya kerana keadaan isteri saya yang semakin sarat, kami terpaksa 'pindah' sementara.

Rutin harian saya juga menjadi sangat sibuk, saya terpaksa menghantar anak sulong saya ke sekolah tadika, anak kedua saya ke rumah pengasuh, dan terpaksa berkejar untuk masuk ke pejabat sebelum 830 pagi setiap hari. Dan apabila habis waktu pejabat, saya pula akan travel 45 minit untuk kembali ke 'rumah' kami yang satu lagi. Jika ada meeting atau urusan, terpaksalah anak saya menunggu saya di rumah pengasuh yang sangat cerewet tentang masa.


Akhirnya, Tuhan telah mempermudahkan segala. Kami dapat juga menyewa sebuah rumah yang agak selesa - walaupun hanya untuk sebulan, cukup masa bila isteri saya sudah melahirkan anak. Rumah itu dekat dengan tempat kerja isteri, walaupun saya terpaksa menjangkau 1 jam perjalanan ke tempat kerja saya.

Seawal 630 pagi, saya persiapkan 2 orang anak saya, dan kami akan bersarapan bersama di mana tempat yang membolehkan kami bersarapan selesa. Hantar anak saya yang kedua ke rumah pengasuh dan anak sulong saya ke tadika Islam - yang kemudiannya di tengahari menghantarnya pula ke rumah pengasuh yang lain.

Bersambung ...
Seminar Buat Duit Dengan Blog
7 Komentar untuk "Menanti Kelahiran Si Puteri Kesayangan - Episod 1"

comelnya anak2...setiap ibubapa pastinya takkan pernah sabar utk menatap wajah sikecil mereka...er..kalo yang jenis beranak...buang tu tak tahulah pulak gimana perasaan diorang..
buat siibu..yang pasti sakit bersalin yang dialami akan dilupakan tatkala terdengar tangisan bayi mereka.malah dah tak ingt bgmana rasanya...sbb tu..sy selalu rasa..berkata2..pasni aku nak anak lagi!!!
Errr...Hasrul....bersambung???

macam nilah tanggungjawab seorang bapa..perlu diingat bahawa anak bukan hanya tanggungjawab seorang ibu sahaja tetapi bapa juga perlu mainkan peranan..tahniah kerana berjaya memainkan peranan anda sebagai seorang bapa...alangkah bertuah anak dan isteri anda...

@khunsuriyatit bersambung sebab tetiba mata pinar ... hehehe .. nak kena tido.

@MARIA LIZA Saya yang patut rasa bertuah kerana denganlimpah kurniaNYA, menganugerahkan isteri yang hebat dan anak-anak yang taat.

subhanallah...

semoga Allah memudahkan segala urusan saudara... amiiin... ^_^

seronoknya jadi bapak... rumah cik Wardah pon rindukan kanak2 & bayi.. hehehehe~

tanggungjawab bapa dan suami berat, alhamdulillah punya isteri yg soleh dan anak2 yang ceria.
saya juga bersyukur punya suami yang baik hati, dan anak2 yang sempurna

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.


 
Copyright © 2014 HASRULHASSAN.COM™ - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info kakiping.com Busuk.Org