Salam.
Aspek ketenteraan memang penting buat sesebuah negara. Tentera perlu kuat dan mantap supaya kedaulatan sesebuah negara tidak mudah diceroboh begitu sahaja. Mengapa perlu apabila setiap kali hari kebangsaan sesebuah negara, dipamerkan segala kekuatan ini? Secara psikologinya adalah untuk mengerunkan pihak-pihak yang cuba untuk menceroboh atau punyai niat yang tidak baik terhadap kedaulatan sesebuah negara.

Memang tidak dinafikan, antara aspek terpenting selain kecanggihan teknologi adalah betapa mantapnya daya tahan sesebuah bala tentera sesebuah negara. Ada banyak negara di dunia ini punyai askar2 yang hebat yang mampu menjalankan tugasan yang sukar walau dalam keadaan bilangan yang kecil ataupun kekurangan peralatan. Mereka ini dilatih dengan ekstrem supaya terselamat dalam keadaan seperti itu.

Di negara kita, terdapat beberapa pasukan elit yang terdiri dari pasukan tentera darat, udara dan laut yang menjadi special force. Di US, pihak tentera laut punyai pasukan SEAL yang hebat yang dipercayai dapat menerobos sempadan musuh tanpa diketahui. Terdapat juga Green Barret pada pasukan bertindak darat mereka yang cekap bertindak di masa-masa yang diperlukan.

Di Singapura juga ada pasukan khas yang menyerupai SEAL US. Malah banyak negara-negara Asia punyai pasukan elit yang hebat-hebat yang digeruni samada dari segi ketahanan, dari segi mereka mendapatkan maklumat dan sebagainya.

Di Thailand, pasukan tentera mereka telah dilatih dengan sebegitu ekstrem sehinggakan ia menjadi satu perkara yang ditakuti dan trauma buat sesetengah. Namun, sejarah telah membuktikan bahawa orang Thai atau Siam memang hebat dalam bertempur dan sejarah juga membuktikan bahawa mereka adalah pahlawan yang hebat.

Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar latihan yang dijalankan oleh tentera-tentera Pasukan Khas Thailand.


 














Sumber: Thai Special Force
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

4 Komen

walla gila saiko pas tgk gambar ni.. askar memang training die power

Reply

fuhh... mmg ekstrem betul askar Thai punya training...

Reply

cuba kalo kat plkn buat macam ni...
mau semua lari...

Reply

jgn digunapakai tentera2 hebat diorang ni utk hapuskan umat Islam di selatan Thai dah le

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.