Salam.
Satu percintaan tak semestinya akan berakhir dengan sebuah perkahwinan. Ini bukan lagi kisah dongeng atau drama yang kita lihat di kaca TV, ini memang satu realiti yang berlaku. Malah, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan satu kisah yang berlaku kira-kira 10 tahun dahulu. Kisah yang telah menimpa seorang sahabat saya, seorang gadis (ketika itu) yang akhirnya kecundang dalam cinta setelah dekat 5 tahun menjalinkan cinta.

Sahabat saya - Fifa (bukan nama sebenar) telah menjalinkan cinta dengan seorang lelaki yang juga sahabat saya sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka bercinta seperti pasangan kekasih lain pada ketika itu, tampak mesra dan nampak secocok.

Di setiap kali reunion kami, saya pasti perasan yang pasangan ini memang hot bercinta, walaupun dah tamat persekolahan menengah kami. Ibu bapa kedua pihak juga tahu, malah masing-masing dah memasang hajat agar keduanya disatukan.

Amat rapat, sehingga kedua keluarga saling tukar-tukar kunjungan. Namun, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun, segalanya sedikit demi dikit berubah.

Fifa mula sedar akan suramnya cinta dari si dia. Segalanya bermula bila si dia dah bekerjaya dan dalam masa yang sama mempunyai seorang kakak angkat. 

Berjurailah air mata Fifa kerana si dia mengatakan selama ini - selama 5 tahun merasa cinta, cinta itu kini telah tiada. Apa yang dia rasakan selama ini hanyalah satu penipuan hati. Terkejutlah Fifa akan pengakuan yang tak disangka. Masakan tidak, selama 5 tahun mencurah kasih, pengakhiran yang dinanti tidak sepatutnya.

Mungkin kehadiran orang ketiga - kakak angkat menjadi penyebab, tiada siapa yang tahu. Tetapi begitulah yang tampak di mata kasar. Fifa kecundang dengan cinta yang telah bersemi selama 5 tahun. Dan si dia - lelaki yang berkasih dengannya dan sebelum ini dikatakan sebagai merpati sejoli tidak lagi bersamanya.

Terkejut juga kedua belah keluarga bila mengetahui apa yang perlu mereka tahu - sebuah perpisahan yang tidak dapat dielakkan.

Gitulah kisah sahabat saya Fifa yang akhirnya terpaksa pasrah akan ketentuan takdir. Cinta bersulam kasih selama 5 tahun tidak menjanjikan sebuah pengakhiran yang diinginkan. Siapa yang dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Apa yang boleh dilakukan hanyalah menerima dengan hati tabah dan meneruskan hidup seperti sepatutnya.

Cinta bukanlah segalanya.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. 5 tahun.. lama tu.. aduss sedih dan down kalo jadi

    BalasPadam
  2. huwaaaaaaaaa...takotttnyerrrrrrrrrr

    BalasPadam
  3. sebab tu ada ayat camni..."CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU"

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement