[Senda Gusi] Alkisah Si Lelaki Kehilangan Burung

Flaminggo - Burung Cantik Berparuh Merah. Foto: Lensahasrul
Salam.
Waduhhh ... lama betul saya tak buat entri lawak jenaka ehh. Hmmm .... asyik entri berat kepala je ... kan kan ... so, di tengahari ini saya nak kongsikan satu cerita di dalam sebuah kampung. Tapi sebelum anda baca keseluruhan kisah ini, nak la saya mengingatkan bahawa mungkin entri ini akan bakal menyinggung rasa dan emosi, jadi saya awal-awal ingin pohon maaf. Namun dalam dok berlawak ni pun, nak juga saya katakan ... dan mungkin ada kaitan dengan dunia blog.

So, meh baca sesama dan lihat apa yang saya kata tentang entri ini nanti.

Alkisah Si Lelaki Kehilangan Burung

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara burung. Pada suatu pagi,semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua: "Siapa disini yang ada burung?"

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah;

"Bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain;

"Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung;

"Maaf, bukan itu maksud saya"

Sekali lagi dicuba bertanya;

"Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"

Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi;

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, isteri lelaki itu pun berdiri.

Ok. Dah tamat kisah pasal burung, jadi apa yang cuba disampaikan di sebalik kisah ini? Hmm ... cuba lihat .... si lelaki itu cuba menyampaikan sesuatu, tetapi dek kerana cara penyampaian itu tak berapa nak betul, ramai yang salah faham. Dah dicuba banyak kali ... still masih ada yang salah faham. Tapi dia tak pernah mengalah untuk cuba memberitahu .... walaupun kerap kecewa tetapi akhirnya dia berjaya meminima salah faham itu. Lelaki itu mencari cara dan kaedah paling terbaik ... bukankah kita pun patut jadi seperti ini .... perbaiki hasil penulisan kita agar pembaca kita tak terkeliru ... :)

[Info Penulis] Hasrul Hassan ialah seorang blogger dan house husband yang menetap di Penang. Merupakan penulis blog sepenuh masa yang bekerja dari rumah, melakukan penulisan berbentuk pendidikan, review, ulasan, awareness serta antara penulis blog yang berjaya menguasai teknik SEO (Search Engine Optimization) di Malaysia. Antara blog peribadi Malaysia yang paling tinggi views/hits menurut Ranking Alexa, sehingga penulis mendapat jolokan Sifu Blogger dan Pakar SEO Malaysia.

Untuk servis pengiklanan (advertisment service) serta artikel berbayar (paid article/advertorial), boleh hubungi penulis menerusi ruangan Contact .

 
Copyright © 2010-2015 Malaysia Top Blog
HH SEO Consultant (PG0353760-D)
Template By. Catatan Info
Inspired Magz