Apa Itu Ping Blog?

Advertorial.my
As-Salam. Aha .. saja je saya kasik dramatik tajuk entri ini. Bukan apa, sebab kalau ada rajin google, anda pasti akan jumpa banyak kisah dan cerita tentang Ping Blog ni.... tak percaya? Cubalah ....

Ada blogger yang juga pembaca blog ini yang dok bertanya apa itu PING? Dia bertanya setelah baca entri ini: Ping Blog Anda Dengan Mudah ke Lebih 20 Laman Ping. Jadi, saya nak terangkan dengan seringkas yang boleh dan sefaham yang mungkin ... erkk sefaham? 

Apa Itu Ping Blog?

Ping ini secara lumrahnya bermakna ... memberitahu. Jadi apabila kita ping blog, ini bermakna kita memberitahu kepada seluruh alam maya bahawa blog kita telah punyai perubahan, samada entri terbaru, arkib terbaru, layout terbaru (ye ke?) dan sebarang perubahan yang ada di blog, namun selalunya adalah berkaitan entrilah.

Kenapa perlu PING? Sebabnya ialah enjin carian dalam alam maya bukan dikendalikan oleh manusia, tetapi mesin, atau lebih dikenali sebagai bot (robot) pencari/gelintar. Bot ini akan crawl atau merayau2 dalam dunia maya untuk mencari sebarang berita, artikel, sebarang tajuk terhangat. Kemudian, hasil carian dan gelintar ini akan dikumpulkan di satu tempat, itu sebab bila kita tekan search ... kita akan jumpa hasil carian berdasarkan kata kunci tertentu, sebab tajuk2 berita termasuk tajuk entri kita dikumpulkan dalam satu kategori (kata kunci). 

PING perlu kerana ia secara mudahnya memberitahu kepada robot ini untuk datang ke blog atau entri kita, jadi ia menjimatkan masa dari menunggu bot ni singgah. Macam kita berikan maklumat kepada merekalah - bot-bot ini.

Jika kita tak PING atau kita kurang buat kerja PING ni, maka lambatlah blog kita dikumpulkan untuk jadi bahan atau rujukan bila dicari nanti.

Cuba fikir ini:
Anda ada kilang buat baju (BLOG). Hari ini anda buat baju putih (ENTRI). So, anda pun buat iklan beritahu kilang anda bekal baju putih, jadi nanti akan ada pengedar atau pemborong datang ke kilang anda untuk dapatkan baju putih yang anda jual (BILA PING). So, pemborong ini akan war-warkan pula kepada pekedai yang dok cari baju putih (ENJIN CARIAN). 

Bila anda buat baju biru pula (ENTRI BARU), anda perlu beritahu dan buat iklan juga beritahu kepada pemborong tadi, anda ada jual baju kaler lain selain baju putih tadi - iaitu baju biru. Jadi mereka akan datang dan dapatkan baju biru untuk diedarkan pula kepada pekedai jual baju .... 

Gitulah.

Harap yang bertanya tu faham. Ok?

Anda tak faham? Boleh baca di sini: KLIK SINI. <-- lagi tepat rasanya.

Seminar Buat Duit Dengan Blog
7 Komentar untuk "Apa Itu Ping Blog?"

wah abang punye theory memang best..hehe..

dah paham. thank you so muchh :D

terbaik lah bro~~ search engine ni~ haha

Assalamualaikum,
Waaaahhhhh analogi kilang baju tu memang TERBAIK lah...suka!

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.


 
Copyright © 2014 HASRULHASSAN.COM™ - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info kakiping.com Busuk.Org