aS-Salam.
Apa petua yang hh pakai untuk tulis entri dalam blog? Ok, hh bariskan beberapa cara yang pernah HH lakukan, dan ianya berjaya. Anda boleh cuba .... mana tahu dengan lebih banyak posting dalam blog, maka akan lebih ramai pembaca, bila dah ramai pembaca, akan ada ramai followers, bila sana sini ramai, maka pageviews pun akan meningkat ..... dan lama-lama ... pageviews yang bertambah ini akan menggamit pengiklan untuk mengiklan dalam blog ... dan ... opsss .... buat dulu apa yang penting ehh ..ishh mikior duitt je kome .... :P
Petua Cari Idea Untuk Tulis Entri
- Perlu selalu jenguk blog-blog orang lain, lebih2 lagi blog yang sering dapat kedatangan pengunjung yang ramai, lihat apa yang mereka ceritakan .... dan mungkin anda boleh ulas mengenainya. Dan buat entri, tinggalkan komen di ruangan entri blog yang anda kunjungi tu, dan katakan anda ada posting yang lebih kurang serupa. Tentu akan ada yang ingin tahu apa yang anda tulis berdasarkan entri yang mereka baca. Awas ... jangan menipu pembaca .. pastikan entri yang anda tulis di blog anda ada hubungkait dengan entri yang mereka sedang baca itu.
- Jenguk-jenguk ruangan forum, dan lihat apa isu yang paling ramai orang komen, jadi itu petanda bahawa isu itu hangat dibincangkan. Atau anda boleh cari sumber direct - copy paste dengan berhemah artikel yang ada di ruangan forum, dan pastikan anda kreditkan hasil tulisan entri itu ke ruangan forum.
- Fikirkan apa yang berlaku hari ini yang boleh anda kongsikan kepada pembaca. Tentu ada yang lucu, menarik atau mungkin yang menyakitkan hati anda.
- Semak akhbar tempatan, apa yang sedang diceritakan. Anda boleh pin point isi artikel tertentu untuk anda hujahkan dalam entri blog anda. Untuk lebih ummpphh ... anda kena baca artikel yang dalam akhbar tu hingga habis dan cuba buat penulisan sendiri mengenainya.
- Ada gambar-gambar dalam pc atau laptop anda, cari dan buatkan kisah di sebalik gambar.
- Pergi ke laman-laman web yang banyak artikel percuma dan menarik untuk dikongsi, seperti pengetahuan am dan sebagainya. Baca dan fahami, dan buat ayat anda sendiri untuk menceritakan perkongsian info yang anda dapat.
- Lihat dan baca komen2 dalam entri2 lepas ...mungkin ada persoalan yang belum terjawab, jadi anda boleh jawab persoalan itu dengan satu entri baru.
- Cuba lebarkan sikit blog hopping dari kebiasaan, pergi ke blog-blog yang bukan dari dalam bloglist anda. Mungkin ada sesuatu yang menarik yang dapat dikongsikan bersama nanti.
- Ingat kembali kisah zaman kanak-kanak atau peristiwa lama yang masih segar di ingatan. Jadikan ia satu cerita yang menarik yang boleh dijadikan pengajaran. Anda pasti akan kagum dengan hasil penulisan anda nanti.
- Copy paste je entri orang lain .... hehehe..... asalkan anda copy dan berikan backlink, kalau lagi molek, anda cuba describe blog anda kunjungi tu. Buat pendahuluan dengan hasil gaya anda, namun isi utama buat dalam bentuk point.
Ok .. harap ini dapat membantu anda bila anda buntu nak buat entri. :)




petua yg no 5 tu selalu saya buat,..
saya upload pic kemudian saya akan buat satu karangan cerita berskrip,
kemudian sy publish,.
alhamdulillah rase2 nye ramai yg suke entry2 yg mcm tu,.
10 May, 2011 03:13
terima kasih info..blogger baru macam aku ni memang kena tahu banyak benda..ahakss..
10 May, 2011 03:49
good info :)
tgh lompat2 blog ni.. :)
10 May, 2011 11:32
ini petua bagus ni. thank for sharing!!
xoxo
12 May, 2011 09:49
ok...sgt cadangan u tu....but xder mase sgt nak perbaiki blog sy lg..huhu
assignment memanjang....;(
18 May, 2011 18:35
ne pun tetibe dpt masuk ke blog u sbb nak cari sumber mklumat pasal kontrovesi yg melibatkan penubuhan satu malaysia~huhu thanks atas mklumat u tu..
18 May, 2011 18:37
@Mizs.Larapetronilapaul Oh itu perkongsian dari seorang rakan dari Facebook. Elok sebagai satu sumber rujukan. Mungkin ada kebenarannya.
18 May, 2011 18:55
tgh carik idea tulis blog lah ni..tgh buntu
03 July, 2011 08:05
bernas betoi cadangan2, nak try, tenkiu for sharing! :)
13 May, 2012 21:00
petua nilah yang saya tercari-cari .. terima kasih sebb kongsikan ..
13 May, 2012 22:21
kalau kehabisan idea mmg cara 3,4,5 shark buat..
snang dan simple..
13 May, 2012 22:49
Setuju dgn semua yg trsenarai! Insya Allah akn dipraktikkan
08 January, 2013 19:41
Bro, sorry terjumpa entri lame ttg cari idea... Info yg sgt menarik! :-)
06 March, 2013 20:09
Post a Comment