Origami - Satu Seni Lipatan Kertas Yang Kini Dipelajari Dunia

Anda tahu asal usul origami tak? Origami sebenarnya disebut sebagai orikami, perkataan Jepun yang bermaksud lipatan kertas. Ia telah tercipta sejak kurun ke 17 lagi, namun ketika itu, kerja seni origami ini lebih bersifat tempatan di mana ia hanya dapat dilihat di Jepun sahaja. Namun ketika pertengahan 1900an, seni origami mula dikenali dunia, malah dipelajari oleh mereka yang menganguminya.

Seni origami yang paling terkenal adalam Origami Burung Undan (Crane Origami). Asal usul origami dan siapa yang telah memulakan seni penciptaan lipatan kertas berbentuk ini tidaklah diketahui. Tiada catatan yang dapat memberitahu dunia mengenai kewujudan hasil seni ini.

Saya tak pandai origami, tetapi isteri dan anak saya antara mereka yang belajar cara membuat origami. Malah, anak saya .... yang kini bersekolah di darjah satu ... juga belajar seni origami di sekolah. Paling biasa yang selalu nampak di kalangan kita - masyarakat Malaysia adalah seni origami lipatan duit kertas seringgit yang berbentuk baju ... saya pasti ramai antara kita pernah tengok dan ada yang pernah cuba buat pun ..kan kan?

Origami Sering Membentuk Haiwan
Selalunya seni ini dikaitkan dengan penghasilan yang berbentuk haiwan, kadangkala bentuk2 seperti rumah, jongkong emas dan sebagainya. Dalam masyarakat Malaysia, seni ini boleh dilihat semasa pengebumian masyarakat Cina di mana kertas2 yang dilipat menyerupai jongkong emas kecil dengan warna keemasan dibakar sewaktu upacara dijalankan.

Antara penggiat seni dunia yang terkenal dengan origami ialah Won Park. Dia banyak menghasilkan origami menggunakan wang dollar US1. Di sini saya kongsikan beberapa hasil kerja Won Park yang juga dikenali sebagai 'The Money Folder'. 




Kini seni origami ini semakin terkenal di seluruh dunia. Seperti yang saya katakan tadi, ada yang menjadikan ia sebagai salah satu subjek matapelajaran atau cabang seni di sekolah. Dan ada yang dijadikan sebagai satu cenderamata istimewa. Saya pernah beli Ding Dang .... dan isi dalamnya adalah diagram seni membuat origami sebuah kereta!

Nak lihat hasil kerja Won Park yang lain? KLIK SINI.

{ 9 comments.. read them below or add one }

effa effa May 21, 2011
waa...i loike seni origami...;-)...trma ksh abg hasrul sbb share sal seni origami ni..effa stat minat wat seni origami ni msa tyme pektikal sbb ada sorg bdk laky kat opis ni mmg slalu wat origami...mcm2 bentuk dia wat...sbb 2 effa tertarik dan mulala blaja dekat dia cket2...
kyo_9 kyo_9 May 21, 2011
Baru tau pasal orikami, sebelum orang dok cakap pasal origami jer.. tapi bila ditulis dalam tulisan kanji, kedua2 mempunyai tulisan yang sama tapi cara sebutan berbeza.. ;)
Cik Ila Cik Ila May 21, 2011
wah..cantiknya...dulu masa skolah belajar buat origami,tp yg senang2 je..tak susah mcm tu.. ;)
MARIA MARIA May 21, 2011
masa zaman sekolah dulu suka gak tapi bile dah membesar ni cam tak brape nak kreatif lak
dhilla nazli dhilla nazli May 21, 2011
suke2.. tpi buat2 ta pernah jadi =.='
Shiqeen Sattar Shiqeen Sattar June 19, 2016
Hebatnya hasil tangan beliau... boleh wat bisnes nih
emalin mohd emalin mohd June 19, 2016
Tangan saya takda seni. Walau ada step by step rajah, tak jadi juga origami saya tu..huhu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.