Kad Kredit Jerat Diri Dengan Hutang

Kad Kredit Jerat Diri Dengan Hutang - Memang punyai kad kredit adalah sesuatu yang mengujakan. Saya sendiri, bila mula bekerja, dapat gaji bulan ketiga, saya terus apply kad kredit. Bukan sebab mengada nak berhutang tetapi kerana saya memerlukan untuk kerja-kerja luar. Mana mampu kalau kerja out station nak bayar hotel, tol, minyak dengan cash bai .... aha .. tol pun saya guna kad kredit ... actually guna kad tapi tambah nilai dengan kad kredit.

Pembelian pertama guna kad kredit adalah sebuah televisyen flat skrin 24 inci yang saya hadiahkan buat famili saya. Dok berkurun pakai TV 21 inci lama .... so saya pun tukarlah. Masa tu saya tak pakai kenderaan lagi. Pergi kerja pun naik bas turun bas.

Kad Kredit Jerat Diri Dengan Hutang

Perangkap Kad Kredit
Bila dah start guna kad kredit, anda akan terbeban dengan hutang yang tak nampak. Ia datang hanya di hujung bulan atau pertengahan bulan di waktu anda pun kering poket. Time tu, tak terbayarla apa yang dah diguna, cuma mampu bayar minimum ... bila dah bayar minimum ni ...faham-faham jela. Dari bulan ke bulan dok beranak pinak gitu je. Akhirnya jerat diri sendiri. Bila dah agak2 nak full kredit, pi gatai tambah kad kredit.

Nak nambah kad hutang ni, sangatlah mudah .. hanya photostat kad yang ada, tak pun beri je statement gaji ..dah .. leh dapat yang baru dari bank yang lain. Bagi bank, derang seronok la sebab dapat customer.

Paling banyak, saya pernah ada sampai 4 kad kredit. Tapi kali ini dah potong dah. Tak mampu nak pakai. Dok guna pun bila terdesak (konon). Tapi yang pasti, saya selalu guna kalau isi minyak kereta dan juga beli barangan kat pasaraya. Itu 2 kegunaan utama saya.

Apapun, dek kerana pengalaman lalu, saya pun dah kurangkan guna kad kredit ini seboleh mungkin. Bayar penuh, untuk elak hutang bertambah dek bukan kerana berbelanja.

Jadi, awas jangan terlalu seronok sagat sana sini sebab nanti di kemudian hari ..rambut yang lebat boleh jadi botak cin..... :)

{ 8 comments.. read them below or add one }

MARIA MARIA May 21, 2011
Maria pun dulu kalau boleh taknak guna kad kredit tapi leceh le bila travel..isi minyak, hotel & beli barang bulanan semua pakai kad kredit tapi byr balik mesti lebih dari yg dibelanjakan..tapi kekdg tu terlebih gak..pandai2 la control balik..he..he..
Tho HaTho Ha February 02, 2013
Azam Tahun 2013 Ialah Menyelesaikan Sekeping Kad Kredit. Wallahu 'alam Dapat Ke Tidak Saya Pun Tidak Pasti. Mula2 Cdg Nk Byr RM500 Sebulan, Tapi Bulan Lepas Cuma Byr RM300 Shj. Bil Sampai Kena Byr RM147.92 Ok Larr Tu. Bil Bulan Februari Cdg Tunggu Bil Dulu Baru Byr Minimum Tapi Kalau Byr Minimum Je Kad Kredit Akan Selesai 4 Tahun 6 Bulan Tapi Kalau Bayar Minimum Bulanan + Amaun Tetap RM50 Selesai Kad Kredit 1 Tahun 5 Bulan. Tak Tercapai Juga Azam. Insya Allah >> Bayar Minimum Bulanan + Amaun Tetap RM100.00. Tu Kad Kredit Bank Islam RM3,000.00 (Sudah Tepu) Je. Kad Kredit Visa Petronas Gold RM4,000.00 (Sudah Tepu) dan Kad Kredit Giant Citbank RM4,000.00 (Sudah Tepu)Hanya Byr Minimum Shj. Niat Untuk Menyelesaikan Kad Kredit Visa Petronas Telah Ada Iaitu Tindakan Drastik Menggunting Kad Kredit Manakala Giant Citibank Ialah Saya Tidak Membuka Sampul Surat Berisi Kad Kredit Baru (Kad Lama Sudah Tamat Tempoh) Apatah Lagi Mahu Mengaktifkannya. Apabila Saya Membaca Akhbar, Setiap Kes Muflis Saya Baca Utk Membuatkan Saya Insaf Dan Berdoa Supaya Saya Dijauhkan Drpd Musibah Tersebut.
hasrulhassan hasrulhassan February 03, 2013
Ya, jangan lagi jadi hamba kepada kad plastik ini... bahaya.
Vander Good Vander Good November 14, 2016
Alamak, baru nak try apply. Tapi, rasa takut pula lepas baca entri ni...haha
siti hazreen siti hazreen November 14, 2016
Sy mmg elak guna kad kredit ni....xtau lah kalau dimasa akan dtg...tapi harap2 tak lah
Abam Kie Abam Kie November 14, 2016
sy ada 3 kad kredit platinum daripada Maybank yg tiada yuran tahunan. saja suka2 apply buat koleksi. cuma pakai satu je. brg free jd kita mohon je la. hehehe
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 14, 2016
Wahh hebatlah Abamm ... banyak tu sampai 3.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.