As-Salam.
Malaysia antara negara di dunia yang paling ramai pengguna Facebook dan juga pengguna Blogspot, dan antara penduduk di dunia yang paling ramai ada blog. Hebat bukan? Ya, sejak MSC dilancarkan, direalisasikan, kita sebagai rakyat negara bertuah ini telah mendapat banyak pendedahan teknologi. Kita antara negara di Asia yang paling maju dari segi teknologi ICT nya.

Banyak syarikat asing yang berlatar-belakangkan ICT telah samada membuka cawangannya atau menempatkan HQ region mereka di Malaysia. 

Kerana itulah, kita telah menjadi hos untuk perkumpulan blogger sedunia yang bakal diadakan June nanti. Anda boleh baca entri saya di sini: World Blogger Summit 2011. Gah gitu!

Dan saya, sebagai seorang blogger (ecewah), merasa bangga bahawa suara blogger semakin diiktiraf, malah kita dianggap antara entiti terpenting yang mempengaruhi beberapa keputusan.

Tidak kira apa jua cerita, apa jua jenis entri, samada kita dalam arus perdana dunia blogging ataupun hanya blog picisan yang tampil terpencil di pinggiran ... kita antara penyumbang ke arah perkembangan ini. Kita seolah-olah boleh bersatu hanya menerusi satu platform maya .... menarik bukan?

Terima kasih kepada anda semua kerana terus mewarnai dunia blog tanahair. :)




**p.s: Jangan kecik ati kalau tak ada gambo dalam tu ... :P; gambar disertakan ini adalah dari laman sosial twitter gengblogger.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement