Jemput Jodoh

Selasa, 30 Julai 2013

5 Perkara Terawal Blogger Baru Perlu Buat

Tips blogging - 5 perkara terawal blogger baru perlu buat. Apakah perkara utama yang perlu difikirkan oleh seorang blogger baru bila dah buat blog? Hmm mesti ramai yang tertanya-tanya keperluan yang harus dibuat oleh seorang blogger bila blognya dah siap.... walaupun masih lagi belum banyak entri.

5 Perkara Terawal Untuk Blogger Baru Perlu Lakukan


Pertama - Sediakan Banyak Entri Berkualiti

Bila dah ada blog, perkara utama adalah menyediakan entri. Jangan fikir gadget atau widget lagi. Isi dulu ruangan dalam blog dengan entri-entri anda. Paling minima yang harus anda buat ialah sediakan 10 entri. Dah ada 10 entri, kemudian barulah kita pergi ke langkah kedua.


Kedua -  Kemaskini Layout Blog

Bila dah ada entri, masa yang sesuai untuk mencantikkan blog anda, dan kemaskini layout yang ada. Buat masa ini, blog anda dah ada tapak sendiri dengan adanya 10 entri tersebut. So, kemungkinan nanti andai ada yang blogwalking dan tetiba terserempak dengan blog anda, mereka dah ada entri-entri yang boleh dibaca. Mencantikkan blog di sini bermaksud, memastikan susun atur widget atau apa jua yang ada di sidebar (sisi blog) adalah dalam keadaan teratur dan seragam. Dinasihatkan jangan tergesa-gesa letakkan widget2 buat duit .... sebab ia tak berbaloi lagi time ni.
OhBlogger Malaysia - Perkara terawal blogger baru perlu lakukan

Ketiga - Hanya Letak Widget Sesuai Untuk Blog

Letakkan widget yang sesuai dengan blog anda. Buat permulaan jangan beratkan blog anda dengan widget yang tak perlu. Selaras dengan blog yang baru, maka tak perlulan letak widget popular post, comment widget tu semua lagi ...belum masanya lagi. Widget asas yang saya cadangkan ialah, list entri terkini, atau mungkin arkib entri - menunjukkan blog anda baru. Maksima disyorkan adalah 5, tak perlu lebih. Lagi sedikit, lagi bagus. Boleh juga letakkan pageviews dan Google+ Follower (angka membuktikan blog anda baru).

Keempat - Rekabentuk Header Blog Lebih Baik

Bila dah cukup entri, dah ada widget bersesuaian, maka reka cipta header yang lebih baik, mungkin pada permulaan anda tidak begitu serius dengan header anda, tetapi cubalah bermain dengan jenis-jenis font yang ada, kalau nak lebih kreatif, anda boleh buat header sendiri mengunakan beberapa software editing gambar yang ada.

Kelima - Perkenalkan Blog Kepada Dunia Blog Malaysia

Header pun dah cantik, entri blog pun dah ada .... paparan pageviews dan followers pun dah ada (utk buktikan blog anda blog baru), listing entri2 anda pun dah ok, kemudian anda dah senaraikan blog atau webpage kegemaran anda (untuk pamerkan minat serupa dengan blogger lain). Maka, tibalah masanya anda perkenalkan blog anda ke dunia blogger.

Dengan adanya 5 perkara ini, saya boleh andaikan bahawa blog anda sudah cukup sedia untuk dipromosikan. Pastikan diri anda sebagai seorang blogger baru telah ikuti 5 panduan 5 perkara ini.

p.s: Ada makna letak kad nama tu ... hehehehe....

Kongsi dan Sebarkan

5 Perkara Terawal Blogger Baru Perlu Buat
4/ 5
Oleh

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

31 komen

Tulis komen
avatar
05 Mei, 2011 02:28 delete

nice..
bgs la tip untuk newbie..
=D

Reply
avatar
05 Mei, 2011 02:34 delete

nice... tapi dulu2, aniss hias blog dulu, buat header pastu baru post entri... sebab bile blog dah cantek.. jadi rajin nak update blog...

pissst : sekadar pandangan =)

Reply
avatar
05 Mei, 2011 02:52 delete

skrg zaty dah da bby blog..:p.. prsonal n contest.. wah.. thnx 4 tip..:)

Reply
avatar
05 Mei, 2011 03:03 delete

salam..

tips bagus utk blogger2 baru...

Reply
avatar
05 Mei, 2011 03:08 delete

terbaik ..rara suka baca blog orang even dia baru ker lame ker.. lg 1 ada jugak la y masuk blog kite kata da follow tp x follow . rara x kesah pon rara g jugak blog dia n follow .. xheran la dia nk follow ker x janji kita ikhlas baca n beri comen kan kan kan . Even da buat blog dr 2008 tp still blur sbb 2tahun jugakla x update HAHAHA

Reply
avatar
05 Mei, 2011 03:13 delete

@RaraPuing Uikss tak baik ooo gelakkan orang ... :P Hmmm .... pasal follower ni, saya ada buat satu entri mengenai alkisah follower ni ... baca le ehh .. mekasih.

Reply
avatar
05 Mei, 2011 05:10 delete

huhu... terbaek bro.. saya suka baca entry bro.. rileks dan bermakna.. hoho

Reply
avatar
24 Jun, 2011 18:25 delete

Saya juga seperti anda .. pernah menjadi seorang newbie .. tk ada bezanya ...

Reply
avatar
16 Mei, 2012 16:40 delete

eyqa suka entry nie . dulu masa first jadi blogger , eyqa sibuk editing . blog dah berhias tapi entry kosong --'

Reply
avatar
16 Mei, 2012 16:48 delete

Setuju dengan Eyqa dulu mula2 pun sibuk tambah widget bagai..sarat kot widget..atas nasihat rakan blogger lain dah buang mane yg tak patut:)

Reply
avatar
16 Mei, 2012 16:51 delete

saya setuju kelima2 tips di atas... :-)

Reply
avatar
16 Mei, 2012 18:00 delete

Alhamdulillah, syukran...saya setuju sangat dengan langkah pertama tu...sebab pada tahap itulah kita akan honestly berhadapan dengan persoalan, "Eh, saya serius ke blog ni?" Ini bezakan antara mereka yang blog sebab ikut trend atau ikut orang :-). Yang ikut-ikut tu (mcm saya juga dulu :-) sekarang ni, tahan lama sikit kot :-) tak sampai 10 entri dah 'jam' otak...

Reply
avatar
17 Mei, 2012 15:49 delete

Alhamdulillah..ilmu yg sgt berguna utk insan yg baru nak berjinak2 dgn dunia blog nih!thanks

Reply
avatar
12 Julai, 2013 06:23 delete

Ya benar tu @Luqman ...

Hehehe.. jammed boleh dilincirkan.

Reply
avatar
12 Julai, 2013 06:23 delete

Harap banyak yang anda dah pelajari menrusi entri-entri yang ditulis dan dikongsikan oleh saya @luvmommies

Reply
avatar
30 Julai, 2013 15:47 delete

Bertuah kpd mereka yang ingin bergelar blogger, satu tips yg terbaik buat anda!

Reply
avatar
30 Julai, 2013 18:18 delete

Terima kasih. Harapnya tips ni dapat bantu ramai blogger Malaysia.

Reply
avatar
30 Julai, 2013 18:18 delete

Bertuah lagi saya kerana ada pengunjung dan pembaca

Reply
avatar
30 Julai, 2013 22:29 delete

Thanks for tips HH..saya rasa saya ada ikut beberapa steps tu. Untuk recent comment pun saya baru je install after confident dgn comment2 yg diterima utk setiap entri

Reply
avatar
31 Julai, 2013 09:51 delete

Kalau ikut segala panduan dan info yang diberi oleh HH pasti berjaya..In sha Allah..

Reply
avatar
05 Ogos, 2013 11:41 delete

tips terbaik utk blogger baru..

Reply
avatar
05 Ogos, 2013 12:47 delete

Ya Allah... inilah yg sy tercari2 selama ni... sampai siap buat segmen bagai utk perbetulkan blog sy yg amat2 naif tu. huhuhu... Terima kasihla sifu... Sy save nombor fon tu dlm fon sy na...

Reply
avatar
01 Februari, 2014 11:48 delete

Mencari dan terus mencari ilmu blog.Akhirnya singgah di blog Tuan ni..Thanks A Lot gn ilmu yg Tuan kongsikan ini...

Reply
avatar
08 November, 2014 01:02 delete

Kebanyakan kite terlupe entri blog merupakan perkara asas yang perlu dititiberatkan sebelum mencantikkan blog. Kadang kala terlalu eksited nak buat blog, sampai entri pun tiada..Macam mana orang nak baca kan? Terima kasih atas tips yang sgt berguna ini. Saya akan berkongsi dengan rakan-rakan saya juga tentang tips ini..

Migrain Mengganggu Prestasi Baik Anda di Pejabat?

Reply
avatar
25 Januari, 2015 01:33 delete

Bila asyik buat blog baru memang terasa sangat newbie nya.
Terima kasih atas perkongsian ini Encik HH.

Reply
avatar
06 Mac, 2015 17:04 delete

dpt tak klau nk tambah ahli dalam blog...

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Untuk komen, anda perlu login ke akaun Google. Jika tidak fungsi ruangan komen tidak dapat dipaparkan. Mohon maaf atas segala kesulitan ini. Terima kasih.