Langkau ke kandungan utama

10 Perkara Perlu Tahu Bila Blog Bertukar Domain Sendiri

Apakah yang akan berlaku kepada blog jika domain percuma menjadi domain berbayar? Dalam blog post ini, saya akan ceritakan pengalaman lampau saya mengenai perkara ini. Saya fikir masih ramai blogger yang tidak tahu akan impak yang bakal mereka tempuhi bila dengan sendirinya mengambil langkah untuk bertukar dari nama domain ada blogspot menjadi kepada domain sendiri samada dot com atau dot my.

Tahukah anda apabila anda guna nama domain baru, seperti yang berlaku kepada blog ini dari blogspot.com menjadi hanya hasrulhassan.com sahaja, anda bakal kehilangan beberapa benda yang pada fikiran saya amat penting. Apalagi kalau anda menggunakan hosting sendiri .... ia ibarat melahirkan sebuah blog baru. Apa yang dikecapi oleh blog lama dengan domain dan hosting lama bakal hilang!
10 Perkara Perlu Tahu Bila Blog Bertukar Domain Sendiri

Tak tahu apa itu tukar ke nama domain berbayar?

Contoh dari hasrulhassan.blogspot.com menjadi hasrulhassan.com atau hasrulhassan.my

Harga untuk dapatkan domain berbayar adalah dalam purata RM30-50 setahun, bergantung dengan jenis nama domain.

10 Perkara Perlu Tahu Bila Blog Bertukar Domain Sendiri

Saya nak kongsikan info ini sebab ianya berlaku apabila saya bertukar nama domain blog ini. Apakah yang saya kehilangan bila menapak selangkah ke depan dengan menggunakan nama domain sendiri?
  1. Trafik ke blog anda akan jatuh dan bounce rate blog anda akan jadi tinggi. Ini adalah kerana enjin carian, robot-robot carian yang crawl blog dan entri tak menjumpai alamat url blog anda yang baru.
  2. Biarpun blog anda tersenarai di banyak bloglist blogger lain, ia tidak lagi tampak menyerlah, kerana blog anda ibarat tidak 'wujud' di situ - ini adalah kerana url anda telah bertukar, rss blog jadi tunggang-langgang.
  3. Ramai orang tak leh nak akses blog anda sebaik sahaja menggunakan nama domain baru walaupun anda telah melakuan redirect dari blog lama ke blog baru (dengan nama domain sendiri).
  4. Blog anda akan dianggap satu ancaman berbahaya, dan disifatkan sebagai pembawa virus oleh beberapa antivirus serta firewall komputer.
  5. Entri di blog anda jadi tunggang langgang kerana perubahan nama domain.
  6. Anda sendiri tak dapat nak login ke blog anda disebabkan beberapa masalah teknikal.
  7. Domain baru akan mengambil masa lebih dari 24 jam untuk kembali pulih dalam alam maya untuk boleh diakses oleh orang lain terutama pembaca.
  8. Pembaca blog anda akan berkurangan secara tiba-tiba kerana menyangkakan blog anda telah tiada (alamat url tak sama).
  9. Ranking trafik blog anda akan hilang, ibarat direset semula.
  10. Semua statistik mengenai blog lama akan hilang disebabkan ia tidak lagi ujud. Dan blog baru anda ini pula akan menjadi seperti blog baru lahir yang memerlukan banyak kerja untuk diperkenalkan di dunia maya.
Untuk info, apa yang disenaraikan di atas adalah disebabkan kelemahan saya dalam dunia blogging. Saya bukan hebat sangat pun, jadi adakala melakukan salah dan silap sehingga mengundang keburukan pada blog.

Sebenarnya hampir semua perkara di atas boleh dielakkan dengan baik jika kita tahu ilmu blogging yang betul.

Jangan gentar pula nak menapak lebih dalam dunia blog dengan tukar nama domain sendiri, ini adalah kerana perkara-perkara di atas hanya bersifat sementara dan akan kembali pulih seperti sediakala.




Komen Pembaca ...

  1. argh!!! belum guna domain sendiri dan hosting pon blogspot..hoho..kene tuko ni..hehe

    BalasPadam
  2. thanks for the info..:)

    BalasPadam
  3. ok jer nieh..masih ada di bloglist saya walaupon blog HH da bertukar domain sendiri.

    BalasPadam
  4. Tahniah kerana sudah bertukar ke domain sendiri.

    Untuk hosting, bro boleh tengok entry terbaru saya tentang hosting unlimited percuma selama 2 tahun. Harap membantu.

    BalasPadam
  5. thanks for the info. bro hasrul dah semakin maju nih...

    BalasPadam
  6. berfikir byk kali gak sbnrnya bila nk tkr hosting ni. plg utama pastinya sbb tak berapa byk ilmu psl CSS dan coding smo ni kalau nk urus sendiri nnt. pastu tkt entry2 lama hilang. sbb setiap entry tu actually sentiasa dilawati dlm ER

    BalasPadam
  7. assalamualaikum hh...baru2 ni mama ada mendapat domain percuma dr blogger dah ikut semua cara2 yg disuruh..kena tunggu email nya dah dapat tapi masih x boleh nak aktifkan...mama nak tanya kalau masih x bertukar domain tu boleh ke kita tak aktifkan domain yg baru tu n still dengan blogspot yang lama ni..?

    BalasPadam
  8. Dapat nama domain sahaja ke atau hosting sekali? Kalau nama domain, setiap domain seandainya telah didaftarkan, ia akan kekal berada selama setahun (biasanya). Jika mahu gunakan, pastikan dah didaftarkan nama domain tu, kalau belum daftar, tak mengapa, ia tiada masalah. Tukar nama domain masih lagi boleh guna blogspot sebagai hosting seperti mana blog ini, blog ben ashaari, dan banyak blog lain.

    Domain yang dah ditukar akan expired namanya bila tiba masanya, dan kita nak beli balik harganya mungkin mahal.

    BalasPadam
  9. saya masih guna domain percuma je... belum termampu nak guna yg berbayar. Tapi memang betul. Masa sy guna domain .my bermasalah teruk... serik dah nak guna domain tu

    BalasPadam
  10. huhu... mmg sy dh serik giler tukar domain even free.. habis punah segalanya...

    BalasPadam
  11. Kena bersedia semua tu uantuk 1-2 minggu nak ok kan balik apa-apa yang dah "lari"..

    BalasPadam
  12. Salam untuk semua
    Sejak bertukar domain dari blogspot[dot]com ke [dot]my, saya tak boleh lagi submit sitemap.xml seperti sebelumnya. Di google dan Bing webmaster tool juga tidak lagi terima url[dot]my/sitemap.xml seperti menggunakan blogspot[dot]com dulu. Pernah cuba mendapatkan penjelasan di google support, tapi kerana ilmu kurang, banyak istilah yang mereka gunakan susah nak faham.

    BalasPadam
  13. masa batu tukar domain, mmg agak down rasa sebab macam buat blog baru, ranking alexa langsung takde, tapi sekejab jer, adalah dalam beberapa minggu, lepas tu dah ok balik, lagi cantek ranking alexa adalah ;)

    BalasPadam
  14. Ok ok note. Mula mula masa tukar mmg risau. Byk yg kena btlkn balik... But now dh ok dh :-)

    BalasPadam
  15. encikarmanMei 27, 2014

    saya masih tak paham kenapa org guna hosting berbayar?.. kat blogspot kan free tanpa had.. adehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh ada banyak kelebihan dia .. kalau serius blogger .. mesti nak hosting bebayar ... banyak lubang buat duit ... :)

      Padam
  16. ada yang baik dan buruknya jika bertukar domain

    BalasPadam
  17. kalau nak tukar domain tu, baik tukar cepat-cepat. hehe. lagi lama tangguh, lagi merugikan.

    BalasPadam
  18. tengah pikir nak tukar domain, tapi xdpt nama url yg guna skang ni sbb dah ade org guna.. nak kena beli..

    BalasPadam
  19. Saya nie bodo kayu. Nak tahu yang mana hosting yag mana domain. Ada sesiapa boleh bant?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Domain - nama
      Hosting - cara simpan data blog

      Padam
  20. Pasal beza blog bayar da blog free dah boleh agak. Kalau Bro kata ada kelebihan yg bayar ambo stuju, sebab

    1. Secara saiko saja pembaca dah boleh agak orang pakai yg beli lebih jujur. Free seperti blogspot tentu ramai yg menyamar, bagaimana nak bisnes.

    2. Orang akan kenal pemilik seperti di uat oleh bro HasrulHassan sendiri

    3. Kalau dah benda beli tentulah lebih baik dari free

    4. Blog tidak blog di padam oleh server manakala blog free boleh hilang

    5.entahapalagi.........yup

    BalasPadam
  21. saya ada daftar domain dengan mynic.dah dapat feedback pun.kiranya dah boleh pakailah domain tu.tapi xde pula diterangkan cara nak gunakannya.

    jadi,saya perlu tukar nama blog kepada sallyadan.name.my ke?tak bestnya...adui...cari google pun tak faham jugak.boleh bantu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm boleh rujuk blog anarm - http://anarm.net/setting-domain-my-blogspot-cloudflare.html

      Semoga bermanfaat.

      Padam
  22. Assalam bang

    Saya dah beli domain dari Godaddy.com. Setting semua dah siap, siap call goDaddy kot takut silap setting. Dia cakap semua ok, cuma Blogger aja yang problem. Hampir 24 jam, blog saya tak mampu redirect...adakah perlu menunggu masa lagi?

    BalasPadam
  23. bro ,
    bila kita tukar ke domain sendiri, selain kita kehilangan stat trafik ke blog kita (dikira semula), adakah akan bagi kesan dalam ranking carian di google contohnya.
    -
    bila kita tukar juga, google adsense utk non-hosting akan auto approved atau perlu masa untuk di approve oleh google.
    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dapat full acount Adsense .. tak perlu lagi dah daftar. Guna je kod adsense yang ada.

      Padam
  24. Bro... Minta nasihat sikit pasal kesan bila tukar domain sendiri dari blogspot...

    Mcm mana kesan pada blog ye ;

    1. Google adsense. Kita dah kira non-hosting kan? Iklan boleh terus letak di blog baru dan akan appear dlm blog domain baru atau kena dptkan approval dr google dahulu.

    2. Kalau blog saya skrg, ada a few keyword duduk kat top 1st page carian google search, lepas tukar domain, ada effect tak?

    3. Atau kalau saya takut, wajar ke saya create je blog baru dan copy semua ke blog baru... Entry pun baru dalam 120-130 je rasanya.

    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah jawab dalam FB .. :) moga dapat ilmunya tu

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.