Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Mei, 2011
Ramadan 2017 Promo

Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia - Kerajaan Inggeris

Salam. Saya bawakan pula Kerajaan Inggeris atau The British Empire - antara kerajaan terbesar dalam Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia. Hebatnya kerajaan ini sehingga negara kita juga merupakan antara jajahannya, sedangkan ia beratus ribu jauhnya dari kita.
Kerajaan Inggeris dikenali sebagai kerajaan terbesar dalam sejarah, kerana menguasai lebih dari 13.000.000 kilometer persegi, yang kira-kira seperempat dari jumlah luas kawasan bumi, dan memerintah lebih dari 500 juta orang, juga merupakan seperempat penduduk dunia.
Akibatnya, warisan itu dicantumkan pada tanah jajahan memberi kesan sangat besar dalam melibatkan reformasi politik, pertukaran budaya dan cara hidup.
Bahasa Inggeris, yang tersebar adalah bahasa kedua yang paling banyak digunakan di dunia pada masa ini, dan ahli linguistik setuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa standard de facto dunia.
Kerajaan Inggeris pasti salah sebuah kerajaan yang paling berpengaruh yang pernah ada dalam sejarah manusia.
Sumber: Wikipedia

Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia - Dinasti Han

Salam. Sekali lagi saya bawakan mengenai Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia. Sebelum ini, saya dah ceritakan serba sedikit mengenai Empayar Rom, Kerajaan Rom Suci serta Kerajaan Monggol. Kerajaan-kerajaan ini cukup hebat, namun akhirnya jatuh bila tiba masanya. Dari satu kerajaan ke satu kerajaan, dari satu empayar ke satu empayar, ceritanya tetap sama ... pengaruh mereka tertanam di seluruh pelusok dunia. Kita boleh lihat peninggalan kerajaan-kerajaan hebat ini di zaman sekarang - inilah bukti bahawa kerajaan-kerajaan ini hebat dan gah semasa zamannya.
Dinasti Han
Sebelum wujudnya Dinasti Han, negara China berada dalam kancah pergolakan perang saudara. Mereka semua bertelagah mengenai soal penguasaan wilayah. Siapa yang mempunyai wilayah yang terbesar dan terbanyak, akan dikira sebagai maharaja China. Namun, semua ini berakhir apabila Qin Shihuangdi mati pada tahun 210 SM.
Qin Shihuangdi merupakan pemerintah tertinggi di zaman pergolakkan ketika itu - dan dinamakan Kerajaan Qin. Setelah ban…

Trafik Tinggi Tetapi Tiada BE Dari Nuffnang

As-Salam. Aha ... sebelum ini ada blogger yang mencoretkan sesuatu dalam ruangan komen, mengenai petua yang saya berikan tentang bagaimana nak dapatkan Buffered Earnings (BE) dari Nuffnang. Menurutnya, blog dia punyai trafik yang ribu2 sehari! Malah kadangkala boleh capai puluh ribu sehari ...namun dia mempersoalkan mengapa tiada BE dalam blognya yang meletakkan Nuffnang sebagai agen pengiklanan di blog.
Lama juga saya mencari jawapan, dan akhirnya saya dah tahu. Bagaimana saya tahu? Hmm ada trial and error yang saya buat. Dan ini kesimpulan yang boleh saya berikan... mungkin benar, mungkin tidak ... mungkin juga bercanggah dengan tips yang saya berikan sebelum ini mengenai BE Nuffnang. Apapun, mari fikir sama-sama .... :)
Trafik Tinggi Tapi Bukan Tempatan Sebagai sebuah medium pengiklanan, target iklan itu amat penting. Dalam aplikasi iklan Nuffnang sendiri, dah ada robot sendiri yang akan menilai dan membuat analisis tentang corak trafik yang sampai ke satu-satu blog.
Apabila trafik…

[Senda Gusi] Takut Dengan Ayam

Salam. Aduhhh ... hahahaha ... kalau bab bercerita pasal lawak jenaka dari geng-geng ni ...memang banyak yang terbaekk ... Nih, saya nak kongsikan kepada anda satu lawak jenaka dari geng-geng ni....
Jagung dan Ayam
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki tu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktorpun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor : Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manus…

[Dari Blogger Untuk Bloggers] Blog Pink Dari Pikok!

Salam. Edisi kali ini saya perkenalkan blog seorang cikgu .... pin kalerrr nyer cikgu. Nyata dalam blognya mendescribekan diri sebagai gadis bermata bulat berspek besar, mengingatkan saya akan klise seorang guru bahasa inggeris yang tekun mengajar anak-anak murid.
Kalau nak tahu pengalaman menjadi seorang guru, anda boleh jenguk blog ini ... :) KLIK SINI
Sebelum tu .. sedikit teaser yang sweet je ... erkkk sempat lagi tu cikgu bermata bulat ni bergambo ehhh .. weeeee ~

Gambar | Pahlawan, Budaya dan Masyarakat Asli Filipina

As-Salam. Nusantara kita memang penuh dengan kepelbagaian budaya serta adat. Malah, jika pekupkan mata dan kepala kita dengan hanya melihat negara kita sahaja, dah ada macam-macam variasi kebudayaan yang dapat kita lihat.
Kita berada di dalam kawasan yang sememangnya mewah dengan kepelbagaian ini, dan apa yang menarik ialah, semuanya sangat unik, malahan ada yang pelik bagi sesetengah mereka yang melihatnya. Apapun, kita semua dapat merasai dan melihat variasi budaya ini.
Namun, akibat masa yang berlalu, akibat pembangunan dan pemodenan, satu persatu rias budaya dan adat ini semakin kabur dan luntur. Ibarat satu gambar lama ... ia hanya dipandang sebagai aspek sejarah kini, dan bukan lagi sebagai satu ikutan yang biasa.
Antara negara yang penuh dengan kepelbagaian budaya yang semakin tenggelam dan kelam ialah Filipina. Di entri ini saya akan kongsikan kepada anda, beberapa keping gambar yang sebelum ini tidak pernah dilihat ataupun amat sukar dilihat melainkan anda berada di muzium di Fil…

[Gambar] Kemalangan Pelik Yang Tak Masuk Akal

Salam. Lama juga saya tak menyajikan sesuatu yang luarbiasa dan pelik dalam blog ini. Ok, kali ini saya nak berikan kepada anda, yang memang pelik ... dan sukar nak dibayangkan oleh pemikiran logik bagaimana ianya boleh berlaku. Apa yang saya maksudkan ialah kemalangan-kemalangan ini:
Kemalangan Pelik Yang Tak Masuk Akal







Sumber: Weird Accidents

[Dari Blogger Untuk Bloggers] Petang Yang Dingin ...

Salam. Ada banyak kisah yang blogger kongsikan, dan saya pernah katakan sebelum ini, sebelum boleh pembaca dan pengunjung menyukai apa yang anda tulis dan ceritakan, anda terlebih dahulu perlu suka dan cinta apa yang anda lakukan .... apa lagi menerusi entri yang anda luahkan di dalam blog.
Petang yang dingin ... petang dingin ada ke? hmmm tapi blogger ini memperkatakan tentang petang yang dingin. Klik Sini. Dan dia juga seorang blogger yang menghargai blogger lain ..tak caya? Klik Sini.
Sapa kata blogger tulis entri ntah apa2? Apa entri penghargaan .. ada entri cerita ... yang mungkin anda sendiri tak pernah alami, mereka berkongsi kerana mereka rasakan ia sangat menarik .... :) anda?

Sihat Sokmo | Wanita Kerja Malam | Awas Payudara Anda !

As-Salam. Panas malam ni. Kalau umah ada air cond, mau terpasang dengan suhu paling minimum. Aha... kalau nak tahu, setting air cond kat Malaysia ni ... paling minimum adalah 16 darjah Celcius. Tak kurang dari itu. Kenapa ehhh? Hmmm saya tak ada jawapannya. Saya cuma perasan dan tahu tentang itu je. 
Dan di malam-malam begini, bukan semua orang bertemu bantal dan tilam. Ada golongan dan insan yang mencari rezeki tatkala ini. Mereka tiada pilihan, sebab ini adalah tugas dan tanggungjawab mereka. Ramai dan banyak pekerjaan yang bermula dari start matahari terbenam. Malah, ia kerja antara paling sukar kerana memerlukan dedikasi yang tinggi.
Mereka yang bekerja malam ini sebenarnya terdedah dengan banyak perkara, maksud saya ... perkara yang dikhuatirkan. Jenayah kebanyakkan berlaku pada waktu malam, dan pada malam hari juga akan keluar 'setan-setan' bertopeng manusia. Uhh bahaya.
Dan lagi satu bahaya, yang saya pun baru tahu adalah mengenai payudara seorang wanita! Oppss ... ohh buka…

[Senda Gusi] Kisah Jari Jemari - Ingatkan Kita Sifat Rendah Diri

Salam. Ini ada satu kesah yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Mungkin ada yang pernah membacanya ... tentang kisah Jari Jemari .... tak tahu? Hmmm ada pengajaran berguna dari cerita ini. Mari sama-sama singkap ...
Kisah Jari Jemari
Pada suatu hari yg damai, seorang gergasi bangun dari pembaringannya. Dengan hati yg kurang riang, almaklum sejak dari semalam semua jari tangannya kebas-kebas. Mungkin dari akibat terlalu lama mengapak pokok. Si gergasi ini bangun dan mencari makanan, sambil termenung memikirkan surutnya pendapatan akibat taufan yg masih lagi memberi kesan kemusnahan keatas tapak semaiannya, dia mengharapkan agar sesuatu yg baik bakal menyusul selepas kerja-kerja pemulihan dilakukan. Dlm mengelamun itu, dia terlena. Tika ini lah kelima-lima jemari mula berbual sesama sendiri.
Si ibu jari: tahukah kalian bahawa akulah yg paling penting kepada tuan kita ini? Tanya yg lain: kenapa pula kau berkata demikian? Si ibu jari: tanpa aku, segala urusan rasmi yg melibatkan pengena…

[Dari Blogger Untuk Bloggers] Comot Ke Blog Sakura Putih Ini?

Salam. Erk..... kata empunya blog yang kurang 100 followers ini, blog dia dah comot ... ada sesapa boleh bantu dia bagitahu apa yang patut dia buat untuk blognya nampak lebih baik?
Dalam kita follow satu-satu blog tu, kita juga perlu rasa prihatin dengan rakan-rakan blog kita. Kadangkala bukan pujian yang dicari ...tetapi komen membina dan berisi agar blog tampil lebih baik. Entri kita perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Tak perlu tunggu .... kalau ada terfikir ... tinggalkan saja komen.
Meh tengok blog ini dan lihat apa yang anda fikirkan comot seperti kata empunya blog: KLIK SINI.

[Dari Blogger Untuk Bloggers] Luahan Hati Adam Narzuan

Salam. Wahhh .. saya fikir ini mungkin entri terbaik dari blogger ini. Ini bukan luahan biasa, malah saya fikir ramai blogger melahirkan rasa yang sama. Apapun, dalam minat kita berblogging ... hati-hati jangan sampai menyakiti, baik yang membaca blog kita mahupun tidak.
Untuk baca entri pilihan yang disisipkan oleh blogger ini di dalam blognya: KLIK SINI.
*p.s: Saya follow blog ini sebab ia jujur ... :)

30 Petunjuk Cinta Sudah Bersemi

Salam. Ohh seronoknya bercinta ... mana tak seronok semuanya terasa indah belaka. Kadangkala senyuman dengan cili di gigi pun boleh dikatakan cute. Gitulah penangan cinta yang tak kenal erti 'kecacatan'. Tetapi sejauh mana kita tahu yang sebenar-benar cinta itu telah bersemi?
Buat mereka yang masih menunggu cinta dan sedang cuba untuk mencari kepastian, petunjuk-petunjuk ini mungkin boleh memberikan sedikit hint buat anda. Erkkk tetapi kalau bukan ....jangan salahkan saya ehhh ...hehehe... ini hanya panduan, boleh percaya atau tidak, itu terserah. Apapun tak salah jika kita tahu info ini.
30 Petunjuk Cinta Sudah Bersemi

Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia - Kerajaan Rusia dan Kerajaan Rom Suci

Salam. Saya meneruskan lagi Siri Kisah Kerajaan Agung Dunia, sebelum ini saya dah ceritakan tentang Empayar Rom dan juga Kerajaan Monggol. Kali ini saya bawakan dua lagi kerajaan terhebat dalam sejarah dunia ...iaitu Kerajaan Rom Suci dan juga Kerajaan Russia. Dua kerajaan ini merupakan di antara sepuluh kerajaan agung dunia yang akan saya persembahkan dalam blog Bangku Kosong.
Kerajaan Suci Rom Semasa abad pertengahan, kerajan ini dianggap sebagai "adikuasa"pada zamannya. Pada masa itu, Kerajaan Rom Suci terdiri dari Perancis timur, seluruh Jerman, Itali utara dan bahagian barat Poland.
Walaupun relatifnya kecil dari segi kekuasaan, pengaruhnya terhadap sejarah Eropah Tengah masih terasa sehingga kini. Kerajaan ini memerintah pada pertengahan abad ke-19.
Kerajaan ini secara rasmi dibubarkan pada tanggal 6 Ogos 1806 ketika raja terakhir Rom Suci, Francis II (kemudian Francis I dari Austria), turun tahta setelah kekalahan tentera kepada Perancis di bawah Napoleon. Setelah kejatuha…

Blogger Juga Perlu Cuti

Salam. Wah.... ya blogger juga perlu bercuti ... sapa kata hidup seorang blogger hanya di depan komputer atau laptop? Hmmm meh tengok blog ini ... siap bagi announcement lagi ... dan nak tahu ke mana blogger ni bercuti .. uhh ..bukan dekat jaraknya ...nuhhhh jauhhhh .....

Nak baca kisah sepenuhnya? Klik Sini: Inilah Aku!

Eien Razak Dan Fadzmie Mohamad

Salam.
Untuk malam ini, saya perkenalkan blog ini untuk anda semua, blog baru .... baru ke ehh? hmm barulah kot ...


Semoga selamat memeriahkan dunia blog ....

[Senda Gusi] A Letter from Mr Bean to Bill Gates

Pepagi ni .... terasa mandom lak ... apa kata layan lawak ni. Saya fikir ramai dah blogger baca kot tapi kalau belum baca .. bacalah .. saja seronok-seronok.

My Dear Mr. Bill Gates,

I've bought a computer for my home and I've found some problems, which I want to bring to your notice:

1. There is a button 'Start' but there is no 'Stop' button. I request you to please check this.

2. One doubt is, whether any 'Re-Scooter' is available in System..? Cos I find only 'Re-cycle', as I own only a scooter.

3. I recently learnt 'Microsoft Word', now I want to learn 'Microsoft Sentence'. So, when will you provide that?

4. There is 'microsoft office', but what about 'microsoft home' since I use this at home only.

5. One personal question, how is it that your name is 'Gates' but you are selling 'Windows'; instead of 'Doors'..!! Awaiting Reply.

With best regards,
Mr. Bean.

[Senda Gusi] Mamat Kacak, Menantu Haji Dollah

Salam, Dulu kisah si Seman yang bermenantukan anak Pak Kasim; yang buat hal bila waktu solat Maghrib. Ini pula kisah si Mamat pula [Klik sini kalau nak baca]. Aduhai ... macam mana ni? Salah sistem pendidikan negara kita kah? Salah ibu bapa kah? atau salah saya kah yang nak ketawa berdekah2? 
Meh kita ambik pengajaran dari jenaka selamba ini, kisah si Mamat; pasangan kepada Minah si gadis cun melecun dari Kg Cekodok, Batu Pahat. Buat lelaki-lelaki, bukan mudah nak menjadi ketua rumah tangga. Jangan ingat bila dah lepas kursus kahwin, dan dah lepas kena tanya dengan Tok Kadi, anda boleh buat selamba dengan amanah Tuhan buat keluarga. Jangan jadi begitu, sebab tak baik ....  Baru kes kena tegur dengan Pak Mertua, apa nanti jika anda kena tegur begini dengan anak anda?
"Abah, abah tak solat suboh yer? Amri dah solat .... !" (ayat ini tiada kena mengena dengan cerita yang akan dipersembahkan .. hehehehee)


Cantik La Pulak Siti Saleha Kat Blog Ni

Salam. Dok jejak-jejak backlink .. terjumpa la seorang rakan blogger ni ... pastu ... ehh Siti Saleha ... cantik la pulak pelakon ni .... hehehehe .. tak kenal? Saya pun baru nak kenal2 .. ada drama lakonan Siti Saleha ni yang saya pernah tengok, dan siyes .... saya tak kenal pada mulanya akan pelakon ini.
Nak tahu drama apa yang saya maksudkan tu? Anda boleh baca kat blog rakan blogger ini.... KLIK SINI.

Panduan Menulis Blog | Blog Perlu Ada Citarasa

As-Salam. Panduan Menulis Blog - Dalam menyediakan blog, ia perlukan citarasa. Citarasa pula tak sama antara anda dan orang sebelah anda, begitu juga dengan pembaca anda. Anda perlukan target pembaca ... anda perlu tarik pengunjung yang berminat dengan entri anda untuk menjadi pembaca setia blog anda.
Blog yang bercitarasa selalunya tampak molek, tampak kemas, tersusun dan rapi. Entrinya juga tak berterabur macam blog ini. Mesti ada kategori2 yang dah dibuat, dan dikumpulkan dengan sepatutnya. Blog bercitarasa ada warna, blog yang bercitarasa ada lenggok bahasa yang memikat. 
Ya benar, citarasa memasing memang tak sama. Nak komen pasal citarasa pun sebenarnya agak abstrak. Ibaratkan buah, anda tak dapat nak kata antara buah tembikai, buah oren, buah epal dan buah durian mana yang paling sedap ..... kerana lain orang lain tahap citarasa. Sah-sah Joseph Abraham tak suka akan durian, sebab baunya yang busuk telah menyekat rasa sampai ke tekak. Gitulah juga dengan epal yang pastinya bukan …

Adakah ini Bukti Cinta Sejati?

Salam.
Apakah definasi anda mengenai cinta sejati? Saya fikir definasi ini pasti berlainan - hati manusia, pemikiran manusia mana nak sama - tapi betul ke? Perasaan saya pula merasakan dalam pernyataan-pernyataan mengenai definasi cinta sejati - pasti ada entiti yang menyamakannya, atau kata lain 'trademark' untuk cinta sejati. Definasi ini pasti akan jadi lain bila umur kita semakin matang .... banyak aspek mula ditambah. Kalau dah kahwin ... lain pula definasinya. Malah bagi yang putus cinta pun ada definasi sendiri mengenai cinta sejati. 
Entry saya bukan ingin mencari apa itu maksud dan definasi cinta sejati.... tetapi apakah bukti yang sesuai nak menggambarkan adanya cinta sejati. Si pencinta selalu berkata itu dan ini mengenai cinta sejati tetapi apakah bukti dia menerapkan definasi cinta sejatinya? Mari lihat apa yang saya dapat dari satu artikel ini mengenai bukti cinta sejati. Ia simple dan santai ... :) dan mungkin buat anda tersenyum.

Sihat Sokmo | Tip Untuk Sakit Tulang Belakang

Salam.
Anda pernah merasa sakit tulang belakang? Bagi orang yang dah lebih dari separuh abad seperti saya, sakit tulang belakang kadang-kadang pasti menyerang. Ia boleh berlaku selama beberapa hari hinggalah beberapa bulan. Sakit tulang belakang yang dianggap serius ialah apabila ia berlanjutan lebih dari 3 bulan. Jadi, harus ambil perhatian jika anda tiba-tiba kena sakit tulang belakang.
Dah tua-tua macam saya ni (tua walaupun baru 35 tahun! hahahaha) tentulah nak mencari cara bagi mengelakkan atau sebolehnya mengurangkan sakit tulang belakang ni. So; saya pun dapatlah beberapa tip-tip untuk dikongsi bersama.
Tip-tip Mengurangkan Sakit Tulang Belakang Amalkan cara hidup sihat dengan senaman 15-30 minit sebanyak 3-5 kali seminggu.Kekalkan berat badan idealDapatkan ubat tahan sakit jika kadar kesakitan agak kronikKurangkan aktiviti lasakGunakan tilam dan bantal yang bersesuaianBerjalan laju atau berenang selama 30 minit mampu tingkatkan kekuatan ototLakukan regangan sebelum bersenamJangan …

Serbu Blog Dari Blog Ben Ashaari

Salam. Dek kerana sibuk dengan godek-godek blog sendiri, saya tak sempat nak menyemakkan diri kat segmen yang dikendalikan oleh blogger lain terutama oleh Ben Ashaari. Mana nak sempat ... sejak kebelakangan ni, internet kat umah ni cam lembap je ... hmmm ...

Apapun, sempat gak la saya kidnap senarai blog-blog baru ini, mudah-mudahan dapat menambah kenalan ... dan ianya juga menjadi tapak untuk saya serbu dan terjah blog-blog ini. Hahaha.. saya buat kerja senang ...marah lak si Ben nanti .... leksss Ben ... harap bertenang .. agak2 nak pitam ... pi tidur dulu ... :P
Senarai blog yang perlu diserbu.....



Alexa Ranked Bangku Kosong 44, 029 in Malaysia

Salam. Sekadar nak berkongsi info ... dan mungkin sebagai bukti di kemudian entri .. ini adalah ranking Alexa yang diberikan kepada blog 'baru' ini - dengan domain sendiri. Jauhhh ..... dulu semasa menggunakan hasrulhassan.blogspot.com, ranking MY tu dah capai 1200 dah ... kali ni ....fuhh jauh nak kejar tu ....
So, nanti nak tengok segala keberkesanan petua dan tips yang saya buat untuk blog ini, menjadi ke tak untuk turunkan ranking yang diberikan ini ... dan mari sama-sama lihat dalam jangkamasa berapa lama ia akan jatuh dan jatuh ...

Dari info ini, dan berdasarkan perkiraan Alexa, hasrulhassan.com berada dalam rank ke 44,029 pada hari ini .... mengikut susunan trafik di Malaysia ... 
Ini pula target saya .... Alexa Traffik Rank in MY pada bulan berikutnya adalah - 20,000 ... nanti kita sama-sama tengok .. hasil dan keputusan.
Nak compare dengan domain lama? Meh tengok hasil Alexa tentang hasrulhassan.blogspot.com pula .. klik sini: Rank Previous Bangku Kosong.

Blog Bercakap Dengan Kaki

Salam. Seronok berjalan malam ni .. ambik angin ... hehehe... meh saya perkenalkan satu blog yang nampak pelik je bunyinya tapi ....

Anak saya si Maira .... dia tak bercakap dengan kaki .. tapi makan kaki .. weee .... alamak rindulah kat baby girl saya tu ....huhuhuhuhu.... 
Jom kenal dengan blogger dan terjah isi blognya - Blog Bercakap Dengan Kaki! 

Oppss jap jap ... ini ada satu contest menarik kalau sesapa nak join:


Hilang Dara Cepat Bahaya Pada Kesihatan, Hilang Dara Lewat Pun Masalah Juga

Salam. Pentingkah dara buat si gadis? Bagi saya ...sebagai seorang yang baru menjadi ayah kepada seorang cilik berjantina perempuan, tentulah hal dara ini amat dititik beratkan. Saya bapa yang kuno? Hmm bagi saya ... itu adalah hadiah istimewa buat yang layak dan hak - iaitu suaminya. Kehilangan dara bagi wanita di usia muda, bukan saja undang padah pada psikologi tetapi juga tercalar maruah yang tinggi nilainya.
Awas wahai anak-anak gadis, jangan mudah membiarkan dara anda ditembusi oleh senjata yang tak kenal erti halal dan haram. Jauhi senjata-senjata milik si gantang yang bertopeng wajah kacak, bermulut manis dan berpakaian segak. Berhati-hatilah dengan lelaki. 
Dan nak juga saya kongsikan bahawa seandainya seorang wanita kehilangan dara di awal usia sebelum layak menjalinkan hubungan seks, dia bakal menghadapi masalah di penghujung usia. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, mendapati gadis yang hilang dara di usia muda kerana menjalankan seks bukan di usia …

[Senda Gusi] Kisah Tiga Orang Puteri

Salam. Kata orang kalau wife pergi kursus, maknanya si lelaki erkkk si suami jadi si Arbaen ... pernah tengok citer Arbaen Bujang Kembali? Hehehe... tapi mana ada ... bila wife pergi kursus, si suami kena jaga anak-anak la weihhh ...huhuhu .... mana ada dah nak jadi bujang2 ni .. melainkan memang tak ada anak lagi.
Ya, saya dok jaga 2 orang hero kat umah, wife saya kursus kat Penang .... esok mungkin lepas sholat Jumaat akan join ke sana, pastu lepak kat tempat lain .... dapat booking hotel sehari je sebab semua penuh ... kan ke cuti sekolah!.
Oklah, malam ni saya nak kongsikan sebuah kisah lama .. zaman kerajaan bersultan ni. 
Ini kisah di satu negeri yang amat kaya raya la sultannya. Namun begitu, Sultan ini tidak mempunyai anak lelaki.. Ada anak pompuan je. Dan ketiga-tiga orang tu, memang cantik-cantik belaka. Yang sulung berumur 21 tahun, yang kedua berumur 20 tahun, manakala yang bongsu pulak berumur 19 tahun. Sultan amat berasa dukacita kerana tak ada anak lelaki untuk menggantikan…

10 Reasons Why We Should Buy Pirated CD/DVD/VCD

As-Salam. Uhh tajuk buat onar nampaknya ni. Mesti akan ada yang melatah. Tapi ini mungkin realiti pahit yang perlu kita telan dan kaji .... mengapa dan kenapa. Di sebalik lengok bahasa yang mungkin lucu, kebenarannya tetap ada. Adakah kita menutup sebelah mata akan kebenaran kat situ?
Dalam kita cuba melakukan sesuatu perkara yang baik di satu pihak lain, pihak yang satu lagi pula ada alasan yang mesti kita lihat. Jadi, apakata fikir-fikir dan lakukan sesuatu dari punca.
Meh tengok alasan-alasan yang diberikan oleh mereka yang bukannya menyokong tetapi mereka ini ada sebab mengapa mereka terus-terusan membeli CD/VCD/DVD cetak rompak!
10 Reasons Why We Should Buy Pirated CD/DVD/VCD
1. Free black plastic bag You can't get those cool black coloured bags anywhere. The ones sold outside are too big and they are meant for the tong sampah.

2. Family bond Every weekend, when you go to Summit USJ, you can see little kids running to the VCD shop to select their favourite Pokemon cartoon VCD. …

Kejayaan Singkat, Populariti Juga Singkat

As-Salam. Sejarah telah membuktikan bahawa terdapat 2 jenis kejayaan yang mempopularkan seseorang atau sesuatu, iaitu kejayaan yang singkat dan kejayaan yang berpanjangan. Kejayaan inilah yang mengangkat seseorang atau sesuatu itu menjadi popular ... dan berdasarkan kejayaan itulah, jangkamasa populariti itu juga saling bersangkut-paut.
Contoh paling mudah, anda lihat rekod2 dunia dalam dunia sukan, tak pun lihat sahaja rekod2 dunia yang dipecahkan dalam World Guinness of Records tu .... sapa yang dapat kekalkan kejayaan buat masa yang lama .. maka selama itulah ia akan popular.


Antara Domain Berbayar Dan Hosting Percuma

Salam. Terima kasih kepada rakan-rakan yang tanpa penat datang singgah di Bangku Kosong walaupun sejak dua menjak ni, blog ini agak sukar nak dibolosi, malah feeding juga masih berterabur lagi. Walaupun tak berapa nak stabil lagi, insyaAllah, HASRULHASSAN.COM akan ok .... saya pun dok beberapa kali gabra tetiba nak papar blog sendiri tak boleh. Oh ya .. kalau anda guna IE dan Firefox, memang tak ada masalah nak masuk blog ni, tapi saya dah cuba guna Thunderbird dan Crome ... kantoi ... dapat putihhhh je.
Apapun saya ingin ucap banyak2 terima kasih kepada mereka yang respon entri saya sebelum ini: HasrulHassan.com Perlu Bantuan Rakan Blogger. Jadi kepada rakan-rakan yang lain, anda boleh rujuk entri berkenaan jika sudi nak bantu saya seikhlas hati. :)
Pada mulanya memang saya fikir2 tentang domain dan hosting ni, saya buat sedikit research sendiri, almaklumlah ..saya ni bukan pandai sangat pun walaupun di sebalik sekeping ijazah yang ada tulis Sarjana Muda Sains Komputer .... opppss kant…

Panduan Menulis Blog | 7 Sebab Kenapa Blog Tampil Dengan Nama Domain Sendiri

As-Salam. Apabila saya mengambil keputusan untuk memakai domain sendiri bagi blog ini dengan url: hasrulhassan.com, ada beberapa perkara saya fikirkan .... namun akhirnya saya membuat keputusan untuk terus mara dengan sebaik mungkin.

Apabila anda melakukan seperti apa yang saya lakukan ini - iaitu mempunyai domain sendiri, anda pada dasarnya sudah sedia membuat perubahan ini untuk blog anda:
Untuk tampil lebih berani, lebih berkeyakinan dalam dunia blog.Blog anda ingin tampak lebih profesional, lebih menonjol.Anda ingin perkongsian yang anda lakukan menerusi blog anda memberi lebih impak ke dalam dunia maya.Untuk muncul sebagai salah satu blog yang disegani dan dihormati.Anda dah bersedia untuk berdikari - tidak lagi bergantung kepada sumber atau 'subsidi' yang percuma.Sebagai salah satu langkah untuk menunjukkan bahawa anda dah melangkah maju dalam dunia blog secara khusus dan dalam dunia maya secara amnya.Bila memikirkan dengan penuh yakin yang blog anda boleh melakukan lebih d…

Perubahan Yang Perlu Berlaku

Salam. Kita perlu ada anjakan paradigma. Tak leh nak merasa benda sama terlalu lama, mesti ada perkara yang menunjukkan kita dah maju setapak ke depan. Kalau kita yakin, semuanya boleh buat. Apa yang bakal berlaku di kemudian hari, kita dah siap siaga dah.  
Kadangkala kita mesti berani lebih sedikit dari biasa sebab kita nak mencuba benda baru. Ya, tak cukup ilmu di dada, tetapi kita takkan dapat ilmu kalau kita dok asyik duduk di bawah tempurung. Kita mesti berusaha, kita mesti mencuba. Tak cuba takkan tahu punya.
Ada seorang guru pernah berkata pada saya, jika ingin mengukur kejaayan, lihat ini:
Tatkala kau kecewa, lihat orang lain yang lebih teruk merasai kekecewaan dari kau ...jadi bersyukurlah, tatkala kau mengecap kejayaan ... tengok pula mereka yang dah lebih berjaya dari kau ...maka berusahalah.
Jadi, cakap guru saya tu memang elok dijadikan sebagai satu panduan memotivasikan diri. Kita tak boleh berasa puas terhadap sesuatu. Kita perlu tampak berjaya, dan berusaha untuk memajukan…

Blog Sedang Dikemaskini

Salam. Memandangkan Bangku Kosong telah mempunyai domain sendiri: hasrulhassan.com, maka beberapa pengubahsuaian sedang saya lakukan di blog ini. Jadi, anda mungkin menghadapi beberapa kesukaran untuk akses blog ini.
Saya difahamkan nama domain baru ini memerlukan masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk resolve. Oleh kerana blog ini mempunyai lebih daripada 5000 entri sejak ia ujud, maka ada kemungkinan beberapa entri atau link tidak dapat anda paparkan.
Saya mohon maaf sekali lagi, dan saya akan cuba sebaik mungkin mengemaskini blog ini agar dapat diakses seperti biasa. InsyaAllah, ini merupakan pengalaman berharga saya yang bakal saya kongsikan kepada anda kelak.
Bagaimana mempunyai domain sendiri ... dan bagaimana nak setup domain ini tanpa perlu bertukar ke wordpress!
Ok. Terima kasih atas kesabaran dan kesetiaan anda. :)

Akhirnya hasrulhassan.com

Salam. Akhirnya hasrulhassan.blogspot.com kini dah ada domain sendiri .... dah diberi hasrulhassan.com. InsyaAllah ia akan berterusan selama setahun. Saya dapatkan domain ini daripada penyedia syok.org. Murah je ... :) dan saya gunakan duit dari pendapatan Churp-churp saya.
Tapi apapun, saya difahamkan masih ada masalah untuk akses hasrulhassan.com ini memandangkan ia baru berusia sehari. Saya hargai kesabaran anda untuk sabar loading page ni yang dikatakan agak lembab sejak bertukar ke domain yang baru.
Saya juga menghadapi masalah nak load. Mungkin kerana permasalahan yang timbul akibat setting yang tak berapa nak betul lagi. Weeee ... nampaknya saya kembali menjadi newbie ..hehehe...newbie dalam hal hal berkaitan dot com ni.
Saya nak sekali lagi berterima kasih kepada anda semua kerana dengan sabar mengakses BANGKU KOSONG ini.

[Senda Gusi] Makcik dan Atendan Kaunter Stesen Keretapi

Salam. Tengahari memang waktu santai buat mereka yang bekerja di pejabat. Inilah masa (mungkin) buat yang ada akses internet nak capai dan baca blog-blog kegemaran mereka. Dan inilah masa, pembaca2 blog inginkan sesuatu yang rileks untuk minda dan kepala otak mereka.
Saya pasti ramai pembaca Bangku Kosong adalah mereka yang dok kerja di pejabat. Saya juga pasti ramai antara mereka ...suka melepak di blog-blog time rehat lunch begini. Malah, ada antaranya buat posting ... atau entri di blog masing-masing. Nak buat semasa berada kat umah ..uhh tak terdaya ehhh .. weeee ....
Ok ... meh saya kongsikan lagi kisah lawak jenaka untuk tengahari ini. Saya fikir mungkin ada yang dah baca lawak ni .... tapi apa salahnya kalau baca sekali lagi ..kan kan .. hehehee.. weee... jommmm ..
Tanya-tanya Antara Makcik Dan Atendan Kaunter Stesen Keretapi


Bakal Berubah Dari Blogspot ke Dot Com !

Salam. Sukacitanya saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa alamat address url http://hasrulhassan.blogspot.com bakal berubah ke http://www.hasrulhassan.com tidak lama lagi. Jadi, harap ambil perhatian mengenai 'naik-taraf' ini yang bakal berlaku dalam minggu ini. 
Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda semua yang memungkinkan ini berlaku. Jika tidak kerana sokongan anda, saya mungkin dok di tempat lama .... :) terima kasih sekali lagi.
Saya akan maklumkan kepada anda semua nanti, apapun ... ini hanya melibatkan perubahan nama domain sahaja, hosting blog ini masih lagi bersama blogspot, jadi apa yang anda lihat sekarang tidak akan berubah bila dah jadi dot com kelak.
Ini cuma pemberitahuan bahawa alamat url sahaja yang akan bertukar. Jadi jangan terkeliru seandainya anda taip2 dot blogspot ... tapi keluarnya nanti dot com ehh ...weeee....

[Senda Gusi] Alkisah Si Lelaki Kehilangan Burung

Salam. Waduhhh ... lama betul saya tak buat entri lawak jenaka ehh. Hmmm .... asyik entri berat kepala je ... kan kan ... so, di tengahari ini saya nak kongsikan satu cerita di dalam sebuah kampung. Tapi sebelum anda baca keseluruhan kisah ini, nak la saya mengingatkan bahawa mungkin entri ini akan bakal menyinggung rasa dan emosi, jadi saya awal-awal ingin pohon maaf. Namun dalam dok berlawak ni pun, nak juga saya katakan ... dan mungkin ada kaitan dengan dunia blog.
So, meh baca sesama dan lihat apa yang saya kata tentang entri ini nanti.
Alkisah Si Lelaki Kehilangan Burung

Bila Blogger Terkenal Dikatakan Sombong! Sombong Ke?

Salam. Alkisahnya saya buat posting ini: [Blogger Yang Menjadi Idola] lalu ada komen dari pembaca blog ini yang mengatakan ada blogger yang tersenarai tu sombong. Hmmm... sombong ke? Saya secara peribadi faham akan situasi anda .... sebab saya tak popular dan saya juga pernah berfikiran seperti anda sebelum ini, di waktu inginkan perhatian daripada blogger-blogger yang terkenal dan hebat, tetapi dari sehari ke sehari, saya mula menyedari ...dan faham keadaan blog-blog yang popular ini, saya secara sendiri tersedar akan kekurangan yang ada pada blogger-blogger yang dah ada nama ini. 
Persoalannya, benarkah mereka ini sombong? Saya dah buat beberapa posting sebelum ini yang secara tak langsung bercerita perihal blogger baru, dan blogger terkenal. Cuba anda baca kembali posting yang saya buat ini dan fikirkan ....  dan akhirnya cuba tempatkan diri anda di tempat blogger2 ini ... terlayankah anda andai anda boleh membalas komen atau pertanyaan dari 1000 blogger setiap hari?
Posting-posting i…

Bila Blogger Wanita Lebih Menonjol Lalu Menjadi Idola Blogger Lain

As-Salam. Tadi saya wat Google Search .... perkataan yang saya cari ialah ini: "Idola Blogger". Lalu keluarlah beberapa entri mengenai kisah 'Idola Blogger' yang saya cari tu. Pasti sekali .... blog ini tak termasuk dalam senarai ... (konon-konon ada terjumpala tu ..cit!).
Dan ternyata ramai blogger menyenaraikan blogger-blogger perempuan sebagai idola mereka ... mungkin sebab dalam dunia blogging tempatan ... perempuan lebih suka buat entri begini ...soal idola ..soal peminat no satu dan sepertinya. Dan kebanyakkan blog-blog yang menjadi idola .. adalah blog-blog yang memang ramai followers ....memang ramai yang kenal ... malah ramai juga yang dengki khianat kat blog2 ini. Mereka bukan sahaja dah pernah muncul di majalah tetapi juga tv dan ehemmm radio juga. Malah ada yang dikenali di persada nusantara!
Ada yang dah lama berblog, ada yang baru berblog dan ada juga blogger tu dah boleh dikira selebriti dah. Saya di sini menyenaraikan antara blog mahupun blogger yang…

Video | Kereta Futuristik | Idea Pereka di Zaman 60-70 an

Salam. Jom back to the future jap ... erkkk back to the history? Hmmm meh layan video yang dibuat dedulu, gamaknya inilah yang difikirkan oleh mereka bila disebut bagaimana rupanya kereta zaman masa depan ...  macam kereta Mr Bean la pulak ehhh ... hehehe... 
Tak difikirkan ketika itu bahawa teknologi yang mereka bayangkan tak sama dengan apa yang dihasilkan kini. Ketika itu, idea dan cetusan idea itu tak sama ...mungkin kita gelak melihat video ini, tetapi inilah hasil pemikiran futuristik mereka di zaman itu. Bagi mereka, inilah rekaan terhebat dan tercanggih ....  
Jom layan ....

Cinta Putus Di Tengah Jalan - Bukan Di Penghujung Jalan

Salam. Putus cinta? Pernah ... saya memang pernah putus cinta, tetapi saya tak terkorban dek kerana cinta. Saya selamat dari menjadi mangsa cinta yang kecundang. Ramai antara kita bila kecundang dalam cinta, terus rasa diri tak berharga. Tak berharga? Fikir positif, kerana anda berhargalah anda kecundang di tengah jalan, sebabnya cinta anda amat berharga yang hanya boleh dimiliki oleh mereka yang betul-betul layak.
Selalunya, mereka yang kecewa merana kerana cinta adalah mereka yang baru pertama kali merasa cinta, dek kerana itulah manisnya cinta tu sangat likat dalam hati sehingga sukar untuk dicairkan. Ada pula langsung menutup pintu hati, kerana takut Pisang Berbuah Dua Kali. Tapi, tak dinafikan, Sekeras Batu Bila Hari-hari Dilembutkan Dek Air, Akhirnya Berlekuk Juga.
Cinta memang pelik, malah dalam situasi tertentu dapat memberikan keajaiban tersendiri. Saya sendiri pernah putus cinta beberapa kali. Tapi saya tak pernah menafikan kehadiran cinta - ohh mungkin sebab saya lelaki ... mu…

Suka Tak Bererti Cinta

Salam. Saya ada seorang kawan. Dia ada masalah ini, mengenai suka dan cinta .... dia sukakan seorang gadis yang dia kenal lama, malah mereka lebih akrab dari rakan yang lain. Namun, dek kerana tak mahu menunggu masa, dia meluahkan rasa ... yang akhirnya mengundang kecewa buat dirinya.
Begitu juga dengan pasangan yang dia suka dan cinta - juga seorang kawan kepada saya, meh saya kongsikan apa yang telah tercipta, mungkin buat kita cuba renung dan fikir. Atau mungkin ada pengakhiran yang anda ingin kongsikan kepada semua pembaca.
Kawan bernama Seri Dayang (bukan nama sebenar) Seri Dayang ni berkawan la dengan seorang jejaka ni. Jejaka ni biasa-biasa je, tak la sepopular Seri Dayang. Seri Dayang ni memang popular, mana taknya, dia boleh dikatakan paling cun di tempat dia belajar. Dah la cantik molek mudah tertarik padanya, dia juga bijak pandai, pointer periksa pun sekitar 3.00 hingga 3.75 gitu. Nak dijadikan cerita, Seri Dayang ni agak peramah orangnya, dah tu suka pula tolong orang. Manaka…