Antilla di India
As-Salam.
Antilla merupakan rumah 27 tingkat, mempunyai ruang garaj yang sangat luas, yang boleh menampung sehingga 150 buah kereta. Rumah mewah ini dianggarkan bernilai lebih dari USD$1 Billion (ada yang menganggar bernilai lebih USD$2 Billion), dan ia terletak di Mumbai, India. Ironinya, rumah yang paling mahal di dunia ini tersergam gah di tengah2 kemunduran dan kemiskinan sekitarnya. Rumah ini menempatkan hampir 600 pembantu rumah! Rumah setinggi 173 meter ini adalah kepunyaan jutawan petro kimia India - Mukesh Ambani. Rumah ini juga tersenarai antara rumah yang paling besar dan tinggi di dunia. Difahamkan rumah ini dibina berdasarkan ilham Taman Tergantung Babylon di Iraq dan direka cipta oleh pereka dari US - Perkins & Will.

Itu adalah rumah yang paling mahal .. dimiliki oleh seorang jutawan India. Mari lihat 4 lagi dalam senarai antara rumah paling mahal di dunia.


The Penthouses di One Hyde Park, England.

Bangunan kedua ini merupakan sebuah appartment yang bernilai tinggi. Terletak di England, dianggarkan bernilai USD$140 Juta. Apartent ini dilengkapi dengan cermin kalis peluru, sebuah terowong rahsia dan dilindungi oleh pengawal2 keselamatan yang dilatih oleh SAS.

Rumah Agam Aaron Spelling, California, US.

Rumah ini merupakan rumah ketiga paling mahal di dunia. Ianya dianggarkan bernilai sekitara USD$150-160 Juta. Terdapat beberapa kolam renang, sebuah tempat untuk 'ice skating', mempunyai 123 buah bilik dan juga sebuah gelanggang tenis. Rumah ini siap dibina pada tahun 1991.

Rumah Agam William Randolph Hearst, California, US.
Rumah ini asalnya dimiliki oleh William Randolph Hearst.  Dianggarkan bernilai USD$165 Juta. Ia mempunyai keluasan tanah sehingga 6 ekar. Tidak sebesar yang lain, ia hanya mempunyai 29 bilik tisur, 3 kolam renang dan sebuah panggung wayang. Yang paling menarik ialah ia mempunyai sebuah kelab malam sendiri yang disifatkan sebagai eksklusif.
 
Villa Erena Franchuk, London, England.
Di tempat kelima merupakan sebuah rumah di daerah Kensington, London. Villa Erena Franchuk ini dianggarkan bernilai USD$160 Juta. Ia mempunyai sebuah kolam renang dalaman, sebuah panggung wayang dan juga sebuah gimnasium. Mempunyai 5 tingkat dengan 10 bilik.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

12 Komen

humangaih..! dasat betul umah no. 1 tuh! maid pon sampai 600. umah leez, 1 maid pon xde. diri sendirik la maid, diri sendirik jugak la tuan umah. hu3..

Reply

perhhh..
mampu tengok jelah..^^,

Reply

hari tu kapal...
ni rumah plak....
mimpi je la nak dapat rumah macam kat atas....

Reply

barang yang mahal memang selalu cantik. Mengidam jelah nak dapat rumah cam gini..

Reply

uwah! rumah aku pun tercalon?
mekaseh bt pengundi d atas sokongan anda semua... ye3!!! hihi..

Reply

saya pernah buat post psl rumah antilia tu. mmg melampau2 set dalamannya

Reply

@Dawa Hmm tapi tu la .. rumah mewah di tgh kemunduran .... di tgh2 penduduk yang banyak kais pagi makan petang nyer ... tak sian ke dia tgk jiran2nya ehh?

Reply

fuhhh...tgk jer la...
xmampu rasenyer...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.