Giveaway Best Malaysian Food

27 April 2011

Fakta Menarik | Siput Paling Berbisa di Dunia

As-Salam.
Saya pernah ceritakan mengenai labah-labah yang paling berbisa di dunia, di mana bisa dari labah-labah ini dipercayai dapat menjadi pengganti viagra. Kali ini saya nak kongsikan mengenai siput yang paling berbisa di dunia!

Jangan anda fikir siput yang kecil molek berlendir tu tak bahaya pada manusia. Ia memang menggelikan bagi sesetengah orang melihat ataupun memegang jenis siput tertentu. Terdapat juga siput yang boleh dimakan dan menjadi antara hidangan terenak. Namun, jarang kita mengetahui mengenai siput yang boleh membawa kecelakaan kepada manusia.

Siput yang saya maksudkan ialah Siput Marbled Cone. Nama saintifik untuk siput bercengkerang cantik ini ialah Conus Marmoreus. Ia boleh mencapai panjang sehingga 6 inci dan berat sekitar 7-8 gram. Habitat bagi siput ini ialah di kawasan laut tropika dan beriklim sederhana panas. Ia hidup di kedalaman sehingga 90 meter. Penemuan siput ini pernah dilaporkan di Australia, Laut Caribbean, Pasifik, Laut Merah, dan terbaru si sepanjang pesisir pantai Florida, Amerika Syarikat.

Marbled Cone Snail.

Bahayanya siput ini ialah ia mempunyai bisa yang boleh menyebabkan kematian. Dipercayai satu titik bisa dari Siput Marbled Cone ini boleh membunuh sehingga 20 lelaki dewasa! Jika terkena sedikit bisa siput ini, ia akan menyebabkan rasa kebas, bengkak dan kesakitan yang amat sangat. Dipercayai juga, bisanya boleh menyebabkan mangsa kehilangan deria penglihatan, pendengaran dan membuatkan seseorang tidak boleh bercakap.

Menariknya mengenai siput ini ialah kebolehannya untuk menembak bisanya bagi melumpuhkan mangsa. Ia mempunyai satu 'meriam' yang membolehkan ia 'menembak' dari pelbagai arah. 

Sehingga kini, bisa terkena tembakan siput ini tiada penawar, dan kematian yang direkodkan dari seluruh dunia adalah lebih kurang 30.

Sumber Info: ILoveIndia
Kongsilah
Hasrul Hassan

Hasrul Hassan

Blogger sepenuh masa yang menetap di Pulau Pinang menulis mengenai dunia blog, tips dan panduan blogging, informasi berfakta dan #VMY2014 di Malaysia. Bersedia menerima jemputan event, penulisan advertorial serta produk review.
Google | Twitter | Facebook | Instagram | Email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

3 komen:

  1. erk..
    punyalar cantik siput ni..
    tp merbahaya plakss!!
    thanx for da info ya bro!!


    ☆┌─┐ ─┐☆
    ☆│▒│ /▒/
    ☆│▒│/▒/
    ☆│▒ /▒/─┬─┐... HYE!!HYE!!
    ☆│▒│▒|▒│▒│ ..peace....
    ┌┴─┴─┐-┘─┘
    │▒┌──┘▒▒▒│
    └┐▒▒▒▒▒▒

    ✩salam singgah dari mummy weiyda✩
    ✩eppy blogging ya!✩

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  2. bahayanya. siput bukan sebarang siput

    ReplyDelete
  3. punya la cantik cankerang dia.. batik lagi tu..

    ReplyDelete
[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Terima kasih atas kerjasama.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di sini - Pengiklanan

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen


|Pakar SEO Blogspot|

Copyright @ 2014 HASRULHASSAN™. Originally by Templateism | for Terkini MH370 | Read Disclaimer

Ping your blog, website, or RSS feed for Free