As-Salam.
Apa yang memotivasikan kita sepanjang kehidupan yang sementara ini? Anda dah kenal pasti? Dan cuba lihat balik .... adakah motivasi dalam hidup anda itu sesuatu yang berbaloi? Sejauh mana kuatnya punca motivasi itu untuk memberikan kita segala kekuatan untuk harung hidup yang penuh pancaroba ini.

Saya suka berkongsi satu quote yang diilhamkan oleh seorang sahabat kepada saya;
  • JANGAN jadikan PUJIAN sabagai motivasi kerana ia akan mencelamu kemudian hari.
  • JANGAN DUIT dan HARTA sebagai motivasi kerana ia akan hilang dan habis.
  • JANGAN PANGKAT sebagai motivasi, kerana ia akan jemu, tamat dan dihasad-dengki.
  • JANGAN KELUARGA sebagai motivasi, kerana mereka akan mati.

Jadi apakah punca motivasi mutlak seandainya perkara-perkara di atas tidak kekal dan boleh (pada suatu hari) 'membunuh' kita kelak?

Lalu kata terakhir ini diberikan:

JADIKANLAH ALLAH, RASUL dan SYURGA sebagai motivasi, Allah sumber kekuatan berterusan, syafaat Rasul amat membantu ke Syurga yang punyai segala kebahagian.

Dan saya terdiam, benar kata-kata sahabat ini, namun acapkali kita lupa dan lalai. Kita terlalu memikirkan dunia, dan apabila dunia menjadi satu keutamaan, kita beralih pendirian.
Terima kasih sahabat kerana mengingatkan saya mengenai perkara ini di hari Jumaat - penghulu segala hari.

*p.s: Sahabat yang saya maksudkan ialah salah seorang admin di Mesra.Net

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dunia x pernah kekal. akhirat jugak yang hakiki. info yang plg bermakna di penghulu sgala hari :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, mendapat satu lagi informasi yang sangat2 berguna untuk diri sendiri...juga buat teman2 bloggers yg lain. thanks for sharing

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement