hasrulhassan.com
Cabaran Duit Raya 2014

12 April 2011

Peribahasa Yang Dah Diubahsuai

Salam.
Aduhai ... gelak saya baca ni ... saya baca ni 7 tahun lepas (ada set bahan lawak dalam simpanan). Nih memang dah kreatif abis ... nih kalau dibaca dek sasterawan negara pasti menitik air mata. Tapi harapnya mereka yang pakar bahasa janganlah tercuit hati ye .. ini sekadar hiburan santai. Dalam pada tak tahu ujudnya peribadi erkk peribahasa tu ... langsung dah tahu. Kan kan?

Saya teringat kisah yang satu ni, samada benar atau tidak ... tak pasti. Karam Sigh Walia - uhh biasa dengan nama ni? Kalau dok ulas berita mesti akan berakhir dengan pepatah lama, bidalan, peribahasa tertentu .... itu memang dah jadi trademarknya. Dan saya ada terbaca atau terdengar, mulanya Karam Sigh ini 'terpikat' dengan peribahasa adalah semasa dia menjumpai satu buku peribahasa melayu lama di tempat pembuangan sampah. Lalu dia ambik dan baca .... dan telah menjadi rujukan buatnya untuk mengindahkan cara penyampaiannya dalam melaporkan berita. Hmmm .... sesuatu yang dibuang orang, diambik dan dijadikan pedoman, lalu kini dia dah sinonim dengan peribahasa Melayu walhal .... dia bukanlah Melayu.

Ok ... meh layan lawak sengal nih ..heheeh... baca dan baca .. saya baca dah .. anda?

Peribahasa Yang Dah Diubahsuai - Kes Gatai Tangan 


  1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.
  2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
  3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
  4. Alang-alang mandi biar guna syampoo.
  5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(tulah... lain kali jangan suruh suami beligelang secara hutang)
  6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.
  7. Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)
  8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
  9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
  10. Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi... )
  11. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.
  12. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
  13. Biar korek hidung jangan korek tabung.
  14. Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
  15. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
  16. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi... ..boleh blah... .lah... .
  17. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
  18. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)
  19. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
  20. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.
  21. Biar lambat asalkan perlahan.
  22. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah... .
  23. Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.
  24. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.
  25. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.
  26. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah... .
  27. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
  28. Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah... .
  29. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
  30. Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)
  31. Patah tumbuh, hilang report-lah polis.
  32. Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.
  33. Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.
  34. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
  35. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.
  36. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.
  37. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari... ... .(nak tak?)
  38. Bunga tahi ayam bukannya sekuntum... .
  39. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best... ...
  40. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
  41. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai. 
Kalau nak tahu peribahasa sebenar, boleh rujuk:

atau singgah di forum ini:

Sumber asal: VirtualFriends.Net

9 komen:

  1. haihhh mcm2 gaya org nk ubah peribahasa kan.ni peribahasa versi raja lawak kot.

    ReplyDelete
  2. ni agaknya peribahasa yang karam sing walia pakai..haha

    ReplyDelete
  3. salam singgah....


    macam2 direkanya....

    ReplyDelete
  4. hadoilahhh....macam2 peribahasa tu...tapi best jugak kan..ekeke
    kawan sue? sue yg mana eh...ramai kawan den nama sue...*pertanyaan takde kena mengena ngan entri;)

    ReplyDelete
  5. haha..memg terbaek peribahasa ni..:)

    ReplyDelete
  6. haha! lawak sggh peribahasa moden ni!

    ReplyDelete

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di sini - Pengiklanan

Copyright 2010-2014 HASRULHASSAN.COM™. Originally by Templateism | Memberi Untuk Bermanfaat | Read Disclaimer