Salam.
Tersenyum saya bila dapat tahu blog saya ini dijadikan bahan rujukan atau bahan bukti dalam satu mesyuarat penting. Ini semua gara-gara pendedahan eksklusif beberapa keping gambar yang memaparkan satu projek mega kerajaan. Kalau anda dah lama mengikuti blog Bangku Kosong tentu leh teka tentang projek apa.

Saya telah dihubungi oleh 'informer' saya bahawa blog saya telah dipaparkan dan ditayangkan kepada semua yang ada dalam meeting tersebut. Difahamkan,bahawa mereka telah google mengenai projek mega ini dalam internet, dan telah terjumpa beberapa keping gambar yang sepatutnya diklasifikasikan sebagai sulit. Dari gambar tersebut, ia telah membawa ke blog ini.

Disebabkan ia tidak sepatutnya dipaparkan dan didedahkan oleh mana2 pihak, pihak syarikat tersebut telah menghubungi saya dan meminta untuk mengeluarkan entri tersebut dari blog ini. Dan saya telahpun berbuat demikian.

Ini menunjukkan bahawa kaedah tagging dan penamaan gambar yang sesuai dan betul dapat memberikan impak tersendiri pada blog, selain ia juga membolehkan kita sebagai blogger tidak menyalah gunakan gambar tersebut secara berleluasa. Saya akui ini merupakan kesilapan saya menyiarkan gambar tersebut, namun begitu juga dengan pemberi maklumat kepada saya itu, dia juga tidak tahu ia merupakan satu kesalahan untuk mempamerkan gambar tersebut kepada umum.

Namun, di lain masa, saya difahamkan gambar2 yang lebih official dan tidak sulit akan dikeluarkan. Penarikan gambar dalam entri itu adalah untuk mengelakkan sebarang spekulasi dibuat dan untuk mengelakkan pihak2 lain memutar belitkan berita serta fakta, lalu menjadikan ia satu isu sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Jadi, sebagai peringatan kepada blogger2 lain, awas ... entri anda dipantau dan dibaca oleh ramai orang ... tak semestinya blogger, ia mungkin dibaca oleh SEO dan Para Menteri. Tak caya? ...

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. err.. scary pun ade. lpas ni, kalau nak tulis or letak gambar kena lebih hati-hati.

    BalasPadam
  2. wow~ pm pon bace?? huhu...naseb xde isu sensitif kat blog aynie~

    BalasPadam
  3. Fikir dahulu sebelum tulis dan klik...

    BalasPadam
  4. mm...tak per..itu pengalaman berharga...bagus tuk blogger baru cam saya...tq en HH..:)

    BalasPadam
  5. erk..
    blog saya yg buruk merapu meraban tu ..
    ada ke org nak pantau HH??
    hehehe...buat penat jer..
    tp tol gak tuh..
    mana tao kita terambik mende2 sulit pi postkan..
    gud2!!

    salam singgah dari mummy weiyda
    eppy blogging ya!!

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement