6 Tips Untuk Meramaikan Kawan

Advertorial.my
Kumpulan kawan. Foto: Lensahasrul
Salam.
Saya nak kongsikan mengenai tip mendapat ramai kawan. Semuanya cukup mudah dan simple.
  1. Muncul di tengah-tengah khalayak - kalau anda duduk diam di rumah, berada di depan pc atau tv, tak memungkinkan anda akan mendapat ramai kawan. Hmm kawan online mungkin, tetapi bagaimana nak kenal hati budi, bagaimana nak tahu bentuk fizikal .. benar ujudkah atau hanya ujud di alam maya? Anda perlu bersosial, pergi ke majlis taklim, kenduri kendara, perjumpaan rukun tetangga dan sebagainya untuk menambah kenalan dan kawan.
  2. Terlibat dalam sesuatu kumpulan - anda boleh join gathering yang dianjurkan sesuatu komuniti online, seperti juga blogger, atau geng-geng forum yang punyai minat yang sama. Dengan berada dalam satu kumpulan minat ini, anda boleh berkongsi pendapat, pengalaman dan sebagainya.
  3. Bentukkan kumpulan - kalau tak ada group atau kumpulan untuk anda join, maka buat inisiatif untuk bentukkan kumpulan minat anda sendiri. Katakan anda sukakan fotografi, anda bentukkan satu kumpulan yang sama minat dengan anda, dan buat pertemuaan. Anda juga boleh lakukan sessi fotografi bersama, boleh ajak model ... :) hehehe.... 
  4. Berkata benda baik kepada orang lain - walaupun anda tidak kenal, jangan sesekali anda buat spekulasi dan gossip. Dalam meramaikan kawan, anda harus tampil sebagai kawan yang baik. Jika selalu suka bawak mulut, sapa yang nak kawan dengan anda?
  5. Senyum - benda paling mudah nak dibuat, dan merupakan isyarat paling mudah untuk menjalinkan persahabatan. Kalau anda melihat orang tersenyum kepada anda, dan anda senyum balik, pastinya akan ada rasa ingin kenal dan ingin tahu dalam diri. Tak percaya? Cubalah. Senyuman merupakan jambatan untuk menjalinkan persahabatan dengan orang sekeliling.
  6. Berkawan dengan kawan kepada kawan anda - cukup simple .. macam dalam Facebook, anda add kawan kepada kawan anda ..tak salah ... gitulah caranya dalam kehidupan realiti, anda berkawan dengan kawan-kawan kepada kawan anda ... :)

Ok .. selamat meramaikan kawan .. dan biarlah anda kenal kawan anda .. jangan macam dalam alam maya ni ... :)

Seminar Buat Duit Dengan Blog
3 Komentar untuk "6 Tips Untuk Meramaikan Kawan"

2 masalah iz, 1. otot bibir dan mulut ni memang susah nak senyum, and 2. kurang pandai bagi reaksi dan respon yang boleh buat orang puas hati.!

nak berkawan ni jgn malu. tu je tips mula2 sekali utk berkawan. kalau tak, mmg ssh.

hehe..senyum!!!~~ terbaik!!
dr senyumaan larrr nanti kita ada kawan..
masuk kelab kereta ker..ececece..nak jugak!!
nyampah..kan!!

salam singgah dari mummy weiyda
eppy blogging ya!!

Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.


 
Copyright © 2014 HASRULHASSAN.COM™ - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info kakiping.com Busuk.Org