hasrulhassan.com
Cabaran Duit Raya 2014

18 April 2011

Fakta Menarik | 5 Kejadian Gempa | Tsunami Terburuk Dalam Sejarah

As-Salam.
Gempa bumi dan tsunami adalah antara bencana alam yang paling banyak mengorbankan jiwa. Ia merupakan satu bencana berganda kerana melibatkan dua kejadian yang berlaku hampir serentak, iaitu gempa dan seterusnya tsunami.

Tsunami berlaku apabila gempa itu berlaku di perut laut. Gempa itu akan menyebabkan cetusan dan ledakan serta menghasilkan ombak mega yang boleh mencapai ketinggian lebih dari 50 kaki. Tsunami ini sangat dasyat sehingga boleh melenyapkan sebuah bandar pesisir pantai.

Di dalam sejarah terdapat banyak kejadian gempa yang telah berlaku yang kemudiannya menghasilkan tsunami. Kebanyakkan yang mengalami kemusnahan teruk adalah negara-negara pesisir pantai dan juga kepulauan. Banyak nyawa telah terkorban akibat tsunami yang melanda.

Negara kita juga pernah mengalami kejadian tsunami. Walaupun kejadian gempa itu berlaku beribu kilometer jauhnya, namun ia tetap membawa bahana kemusnahan kepada pesisir pantai kita. Ada yang terkorban dan ramai yang telah kemusnahan harta benda.

Beriut diberikan 5 Kejadian Gempa-Tsunami Paling Buruk pernah berlaku sepanjang zaman, dan terbaru adalah kejadian gempa dan tsunami yang berlaku di utara Jepun.

5 Kejadian Gempa-Tsunami Terburuk Dalam Sejarah
  1. Gempa Bumi dan Tsunami Lautan Hindi (2004): Inilah kejadian gempa dan tsunami yang paling buruk dalam sejarah manusia. Gempa yang berlaku di dalam Lautan Hindi ini telah berlaku pada pada 26 Disember 2004 di pantai barat Sumatera, Indonesia. Magnitude yang dicatatkan antara yang tertinggi iaitu 9.1-9.3 Richter. Kekuatan gempa ini menyamai dengan kuasa yang dilepaskan oleh 23,000 bom atom Hiroshima, yang menyebabkan tsunami melanda.  Tsunami yang berlaku telah melibatkan lebih dari 11 negara pesisir pantai, dan gempa ini menghasilkan tsunami setinggi 100 kaki. Kejadian dasyat ini telah mengorban lebih dari 230,000 orang.
  2. Gempa dan Tsunami Lisbon (1755): Berlaku pada 1 November, 1755, di tengah-tengah Lautan Atlantik yang telah melumpuhkan Lisbon, Portugal. Para pengkaji berpendapat ia mungkin berpunca dari gegaran bermagnitud 9.0 Richter. Dianggarkan 10,000 terkorban dalam bencana Tsunami yang berlaku akibat gempa ini.
  3. Arica Tsunami (1868): Pada 16 Ogos, 1868, satu gegaran bermagnitud 8.5 Richter telah berlaku di sempadan Peru-Chile, yang menyebabkan bandar Arica mengalami kemusnahan yang teruk. 90 kaki trans-Pacific tsunami telah terbentuk akibat dari gempa ini dan diberitakan sebanyak 25,000 orang terkorban.
  4. Gempa dan Tsunami Messina (1908): Ianya telah berlaku pada 28 Disember, 1908, satu gempa berukuran 7.5 telah berlaku di luar pesisir Messina, Itali, menghasilkan tsunami setinggi 40 kaki. Seramai 200,000 orang terkorban dan membuatkan populasi bandar itu hampir lenyap.
  5. Gempa dan Tsunami Sendai (2011) : Berlaku di Lautan Pasifik, berdekatan Timur Laut Jepun pada 11 Mac, 2011. Gegaran bermagnitud antara 8.9-9.0 direkodkan, gempa itu menghasilkan tsunami setinggi 33 kaki. Gempa dan tsunami ini telah mengakibatkan banyak kehilangan harta benda dan kemusnahan. Ia juga melibatkan kerosakkan teruk pada 2 loji nuklear Jepun. National Police Agency di Jepun telah mengesahkan sebanyak 2,414 telah terkorban dan beribu lagi masih lagi hilang.

Sumber: http://toptenz.net

    3 komen:

    1. selamat pagi....
      takutkan...
      lagi la menakutkan...en somi saye gi jepun ke Osaka selama 1 minggu mlm td baru gi...

      ReplyDelete
    2. @ainnoraini Hmm saya pun masih ada beebrapa orang rakan kat sana ... tak balik. Hmmm ... semoga mereka selamat dan dilindungi.

      ReplyDelete
    3. subhanallah.. Tsunami memang bencana dunia

      ReplyDelete

    [Peringatan Ikhlas]

    Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

    Berminat untuk beriklan? Boleh buat tempahan di sini - Pengiklanan

    Copyright 2010-2014 HASRULHASSAN.COM™. Originally by Templateism | Memberi Untuk Bermanfaat | Read Disclaimer