Ibu mengandung kena berfikiran positif. Foto: Lensahasrul

Salam.
Sebagai seorang ayah, dan juga seorang suami, saya amat menggalakkan penyusuan susu ibu. Saya pernah terbabit dengan kempen ini, dan dalam masa saya terbabit tu, serba sedikit saya tahulah alkisah tentang kebaikan susu ibu yang memang banyak. 

Mengapa susu ibu? Susu ibu pengerat kasih sayang sejati si anak dan ibu. Selain memberikan imunisasi awal terbaek buat bayi yang baru lahir. Di negara kita, kempen penyusuan ibu memang diadakan setiap tahun, dan mungkin ramai tak tahu, hospital-hospital di negara kita ada digredkan berdasarkan kriteria ini;  Hospital Mesra Bayi, Hospital Mesra Bapa, di hospital-hospital ini, layanan agak berlainan sedikit.

Dan dalam perkembangan positif penyusuan susu ibu ini, kempen ini bukan sahaja setakat itu, malah diwar-warkan agar pihak swasta lebih mesra kepada ibu yang menyusukan anak. Tempat-tempat penyusuan disediakan bagi memberikan keselesaan kepada para ibu untuk menyusukan bayi-bayi mereka.

Bagi saya dan isteri, anak-anak kami disusukan dengan penyusuan badan sehingga berumur 1 tahun lebih. Walaupun isteri saya bekerja, masih sempat lagi menyediakan susu untuk anak - ada kaedah memberikan penyusuan susu ibu buat ibu2 bekerja.

Sedikit info, untuk bayi yang dilahirkan:
  • Berikan susu badan secara eksklusif selama sekurang-kurangnya enam bulan
  • Elakkan memberi susu formula kecuali ada pengesahan klinikal ia susu rendah alergen
  • Perlu ada pendedahan terhadap kekotoran biasa bagi kanak-kanak
  • Elak memberikan rawatan antibiotik bagi masalah kesihatan yang disebabkan virus kecuali doktor berasa ia benar-benar perlu
  • Elakkan menyapukan krim mengandungi minyak kacang, pewangi atau sebarang bahan pengawet
  • Elakkan memberi makanan berproses, sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk bayi bermula pada umur enam bulan. Elakkan memberi anak anda kacang dan kekacang sehinggalah dia berumur tiga tahun
  • Jangan dedahkan dia pada asap dan bau rokok
  • Berikan imunisasi (suntikan vaksin) mengikut program vaksinasi kebangsaan

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alhamdulillah terima kasih kerana menjadi seorg ayah yg tahu kepentingan menyusukan ank...tak semua suami menyokong hasrat isteri tau!hubby kite ok mmg support habis!kite susukan kembar dan si kecil hingga 3 tahun!terkejut?itulah kuasa Allah yg memberikan susu utk hamba-NYA.

    BalasPadam
  2. sngt suka bila golongan suami sudi menyokong penyusuan susu ibu..tahniah!

    BalasPadam
  3. terima kasih sudi menyokong...
    sememangnya sokongan suami itulah yang paling berharga!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement