As-Salam.
Untung blogger sekarang ... leh promote blog kat mana-mana ... free lak tu. Tak perlu bayar apa2 .. walaupun pay-per-click yang suatu dulu amat terkenal - atau dengan kata lain Adword. Banyak blog dulu muncul dengan pendekatan mendedahkan macam mana nak buat duit dari internet, rata-rata bercerita begitu.

Bila klik je blog ni, mesti dok bercerita pasal Adsense, pasal program-program berbentuk affiliate. Ya, memang boleh buat duit dengan Adsense ... dengan Affiliate ni... sapa kata tak boleh, walaupun hasilnya setakat singgit dua .. tapi duit jugak tu. Free2 je leh dapat .. asalkan ada klik pada iklan. Lagi banyak klik, lagi masyukkk ...


Macam sekarang, dah ada Nuffnang, dah ada Advertlets, ada ManggaAds, ada Innity ... dan sekarang ada HeartBeat. Tu semua leh jana pendapatan buat blog. Kerana program-program inilah yang membuatkan ramai blogger berkejar-kejar mendapatkan trafik .. sebab trafik ini memberi daya penarik untuk pengiklanan. Lagi tinggi trafik .. lagi membuak2lah syarikat iklan nak letak banner mereka.

Jadi, trafik sangat penting buat blog. Dan kerana itulah, promosi perlu dilakukan. Mana2 tempat yang boleh promote, maka blogger tidak segan silu akan promote. Jika dulu nak kena bayar nak letak banner, tapi sekarang dah lain dah. Orang lebih suka memberi.

Dari tukar-tukar banner sesama laman web ataupun blog, kini ramai yang buat segmen, buat contest, buat giveaway ... semuanya ini adalah cara promosi mudah dan boleh dikatakan terkini. Dengan join, secara tidak langsung orang akan sedar ujud blog ini dan itu.

Medium iklan dengan Twitter!

Pastu, ada platform seperti Facebook, Twitter, MySpace, Tagged, Friendster dan ruangan forum ... semua tu leh berikan promosi percuma. Dengan menggunakan sedikit aplikasi seperti feedburner dan MagicBanner, promosi blog dipersembahkan dalam bentuk yang menarik. Dan ianya adalah PERCUMA!

Bloglist juga adalah salah satu cara nak promote blog, dulu ... bloglist ni lebih kepada .. hmm - ohh saya sukalah laman web ni .. blog ni .. lalu dimasukkan ke dalam bloglist. Ada bloglist berita, ada bloglist hiburan ... ada bloglist sanak sedara, kawan-kawan ... tapi sekarang bloglist jadi lebih terbuka .. sesapa saja pun leh berada dalam bloglist sesapa pun ... janji perlu ada mutual understanding ataupun win-win situation.


Jadi, sungguh beruntung blogger sekarang .... dan paling beruntung adalah blogger yang dah lama dalam dunia blog sebabnya .. mereka dah tak perlu lagi untuk mengiklan .. akan ada blogger baru atau blogger lain yang akan iklankan blog mereka secara PERCUMA dan paling menarik sekali adalah tanpa empunya blog tu tahu pun ... :)


14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. HEHEHE...
    perkongsian lagi..
    trima kasih.. xtau pa2 pon psl iklan2 nie..
    tujuan berbelog tuk saja2.. x tau lah msa mndtng..
    nice onfo bro..
    tenkiu~

    BalasPadam
  2. yea..tipu lah kalau blogger tak ingin trafik tinggi kan..tapi tu je lah, kalau nak trafik tinggi, kena berusaha dan sabar..promo pun kena banyak..

    BalasPadam
  3. Hahaha...terkena btg hidung la.
    mcm yg sy buat kt BK..kawan2 BK, jom vote untuk BK kt sini http://buaifeizal.blogspot.com/2011/03/siapa-popular-siapa-hebat.html

    BalasPadam
  4. ramai sngt ping blog mereka.. sebab ramai sngt jadi berapa org yg klik?

    mcm takde je. aku dulu ping juga kat tempat ping blog.. tp bila 2 3 bulan macam takde hasil pun.. baik BW.. lagi ok,

    cheers

    BalasPadam
  5. wah..xtw pla bl0g ni le wt cm 2..hehehe..
    thankz abg bangku k0s0ng..=)

    BalasPadam
  6. terima kasih kepada bangku kosong tak pernah lupakan kami yang baru setahun jagung..bantu kami di bloglist heee

    BalasPadam
  7. thanks!!
    gud info!!
    tapi tang churp2 tu sampai arini..
    akaun yang dibuat adalah bersawang..
    adess!!
    xtao camane nak guna..

    BalasPadam
  8. info yg bguna pada semuannye....
    http://duitpanas-blogger.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. info yg bguna pada semuannye....
    http://duitpanas-blogger.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Terima kasih tunjuk ajar ku sipu :)

    www.juanadiah.blogspot.com

    BalasPadam
  11. hihihi,.. blogger lama pun membantu apa dalam segmen review blogger baru..

    apa pun terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement