Syok ahh tidur. Foto: Lensahasrul

Salam semua.
Perghhh .... hari ni saya mabuk. Mabuk tidur. Gitulah apa yang berlaku pada saya hari ini. Ntah kenapa, landing je kepala, saya pasti akan terlelap.

Pagi tadi, sempat juga saya hadiri mesyuarat PIBG anak saya - Amri. Pertama kali dalam sejarah hidup saya sebagai seorang bapa. Menarik? Hmm menarik. Sebenarnya AGM tahunan bagi melantik AJK PIBG yang baru ... dan mereka telahpun dilantik dan dipilih berdasarkan undian angkat tangan.

Datang ramai merupakan para ibu, para bapa agak kecil jumlahnya, tapi merekalah yang paling lantang, yang seringkali ke depan memegang mikrofon dengan tangan terketar-ketar. Walau begitu, mereka kuatkan semangat di hati, mengutarakan apa yang tidak puas hati. Mereka inginkan kepastian. Kerana ia melibatkan masa depan anak-anak mereka.

Saya, hanya memerhati. Sebagai seorang bapa muda ... saya tiada pengalaman langsung, jadi bertindak menjadi pendengar keluhan dan masalah adalah menjadi agenda utama saya. Saya sedang belajar. Ada perkara nak disampaikan tapi .... ohh saya masih lagi belum cukup ilmu, belum cukup yakin. Tunggu, saya perlu belajar lagi. Saya perlu belajar dari para ibu bapa ini yang lebih dahulu mendidik anak, yang lebih dahulu rasa perit dan jerih.

Dalam memberikan yang terbaik pada anak bangsa, pada anak-anak kita, dan pada masa depan negara .... kita sebagai ibu bapa harus peka tentang situasi dalam sekolah. Mungkin kita tak cukup pakar nak berkata mengenai silabus, tetapi kita boleh sahaja bercerita dan berikan pendapat tentang persekitaran.

Tapi, seperti biasa, paling banyak didengar adalah mengenai yuran ... bukan yuran sekolah tetapi yuran PIBG. Dulu, saya cuma dengar cerita kedai kopi, dan saya tak ambil kesah sangat, tapi kali ini lain, bila terkena batang idung sendiri. Uhh biasalah, bila sesuatu ada kena mengena dengan diri, baru nak ambik pusing. Dulu, buat2 pekak, jadi tuli dan bisu.

Apa yang saya nak katakan, kita semakin lama ...semakin manja. Apabila diminta untuk buat pengorbanan, ada sahaja yang ingin dijadikan alasan. Berat betul tapi berat sangatkah demi untuk kecemerlangan anak-anak? Dulu, mak pak kita bergolok gadai nak masukkan anak ke sekolah terbaik, institusi ternama ...tak kisah makan tengahari hanya biskut bercelup air suam, janji anak mereka dapat yang terbaik dalam pendidikan.

Kini, situasi tidak seperti itu. Setelah lebih dari beribu tahun kita dijajah oleh pelbagai bangsa di dunia, kita dah macam tidak mahu lagi berkorban. Kita dah tak mahu rasa kesukaran lagi. Kita mahu senang ... senang ... dan terus berasa senang dan santai. Kita dah berhenti untuk berusaha lebih keras, buat pengorbanan lebih jitu. Yang kita tahu ... kita nak diskaun, kita nak percuma, kita nak subsidi.

Setelah kita merdeka lebih 50 tahun, kita dah manja sangat dah. Kalau orang putih .. we're the generation of spoil children. Dah berlemak. Tak leh dicubit sikit, terus menjerit!

**p.s: Dalam dunia blog pun begitu juga, semua nak senang, nak cepat, kalau boleh biar semua nak dapat dengan mudah tanpa usaha, tanpa pengorbanan.
Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement