Jin Islam dan Jin Kafir serta Sejarah Masjid Al-Jin

As-Salam. Ini adalah entri kopi dan pasta. Saya tak berani nak olah sebab saya tiada kepandaian untuk olah mahupun ulas mengenainya. Saya t...


As-Salam.
Ini adalah entri kopi dan pasta. Saya tak berani nak olah sebab saya tiada kepandaian untuk olah mahupun ulas mengenainya. Saya tak ada ilmu dalam bidang ini. Tapi saya ingin berkongsi juga, mungkin anda dah baca, tapi saya pasti ada yang belum baca.

Ada yang tak berapa suka saya buat kopi pasta macam ni, tapi tak tergamak pula saya untuk tidak menyiarkannya .. ia buat pedoman, ia satu ilmu yang saya fikir ramai yang tak berapa tahu. Saya pun baru tahu ... selepas 35 tahun hidup. Orang tak suka tak apa .. saya tak marah .. nak marah cara saya .. silakan hambur dalam ruangan komen. :)

Jom baca artikel ini. Ditulis oleh Ibrahim Abdullah, dan diterbitkan dalam Berita Harian baru-baru ini. Tiada sebarang pindaan dilakukan. Ia adalah tulisan penuh saudara Ibrahim Abdullah, anda ada silap dan salah, saya bagi pihaknya memohon maaf.

FIRMAN Allah SWT bermaksud: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah az-Zariyaat, ayat 56)

Begitu penegasan Allah dalam al-Quran mengenai tujuan-Nya menciptakan jin dan manusia, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Esa. Golongan jin dan manusia terbahagi kepada dua, iaitu Islam dan kafir.


Jin menyatakan keIslaman mereka yang diterangkan dalam al-Quran surah Jin bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sudah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin sudah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang susunan (ayatnya) dan kandungannya sungguh menakjubkan. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.” (Surah Jin, ayat 1-2)

Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW bersama sahabat sedang melaksanakan solat Subuh. Ketika itu Baginda membaca surah ar-Rahman, ayat 1-78. Dalam surah ar-Rahman ini ada beberapa ayat yang bermakud: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?”

Ketika ayat ini dibacakan, jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimah: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami.”

Ibnu Masud menyatakan bahawa ia turut menyaksikan malam turunnya ayat Jin ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi juru dakwah daripada kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya dan aku bacakan al-Quran kepada mereka.”

Peristiwa ini terjadi di sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma'ala, tidak jauh dari perkuburan kaum Muslim di kota Makkah. Kini masjid itu dinamakan Masjid al-Jin atau Masjid al-Bai'ah atau juga Masjid al-Haras. Ia dibaik pulih kembali pada 1421 hijrah. Di sini jin berbai'ah atau menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT dan al-Quran.

Ada mengatakan, di masjid itu Nabi SAW mengislamkan jin kafir. Ada juga menceritakan, dekat Masjidil Haram ada sebatang tiang dinamakan tiang jin. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tidak cukup sebatang tiang, kemudian jin mendatangkan sebatang tiang dari alam mereka. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Ada yang khurafat memeluk tiang jin ini ketika orang lain wukuf di Arafah kononnya untuk menjadi tuan jin.

Masjid Jin menjadi monumen terpenting antara Rasulullah dan jin. Diterangkan, jin ketika itu bercadang menuju Tihamah. Namun, mereka mendengar bacaan al-Quran. Mereka sangat takjub mendengarnya dan kemudian berdialog dengan Rasulullah, lalu menyatakan keimanan mereka. Kemudian mereka menyampaikan hal itu kepada jin lain.

Ketika Rasulullah sedang membaca ayat al-Quran, terdapat beberapa jin. Ssebahagian riwayat menyatakan jumlahnya ada sembilan jin dan sebahagian lain menyebutkan tujuh jin yang turut mendengarkan bacaan al-Quran daripada Rasulullah. Kemudian salah satu daripada jin itu mengingatkan temannya dan berkata: “Diamlah, perhatikan bacaannya.” Setelah itu mereka kembali kepada kaum mereka untuk mengingatkan pada jalan yang benar. Salah satu daripada jin itu bernama Zauba'ah. Demikian menurut Ibnu Masud.

Dalam kitab Fathul Bari, disebutkan, jin itu berasal dai Nasibain, iaitu sebuah daerah yang terletak di perbatasan antara Iraq dan Syria, iaitu dekat Mosul.

Jin terbahagi dua iaitu jin kafir dan jin Islam (mukmin). Jin yang beriman ditempatkan di syurga, manakala jin kafir ditempatkan di neraka. Rasulullah menggambarkan jin itu terbahagi tiga golongan iaitu yang boleh terbang di udara, golongan ular dan anjing serta golongan bermukim dan hidup berpindah-pindah. (Hadis sahih riwayat Ibnu Abi Dunya, dalam Maqasid as-Syaitan)

Seperti manusia dan haiwan, jin juga makan dan minum, berkahwin, beranak serta mati. Menurut Syeikh Abdul Mun'im, jin penghuni dunia yang hidup di tempat sepi daripada manusia dan di padang pasir. Ada jin yang hidup di pulau di tengah laut, di tempat sampah dan bersama manusia. Jin memiliki kemampuan yang tidak dimiliki manusia, seperti terbang, naik ke langit, mendengar apa yang tidak boleh didengar manusia dan mereka juga melihat apa yang tidak dapat dilihat manusia. 

Wallahualam.

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,116,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,289,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,80,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,274,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,335,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,53,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,92,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Jin Islam dan Jin Kafir serta Sejarah Masjid Al-Jin
Jin Islam dan Jin Kafir serta Sejarah Masjid Al-Jin
https://lh6.googleusercontent.com/-Htbk9yD6MA8/TMBqbbtwU4I/AAAAAAAAKos/vfkdoHNW3Ls/s1600/Ipoh.jpg
https://lh6.googleusercontent.com/-Htbk9yD6MA8/TMBqbbtwU4I/AAAAAAAAKos/vfkdoHNW3Ls/s72-c/Ipoh.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2011/03/jin-islam-dan-jin-kafir-serta-sejarah.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2011/03/jin-islam-dan-jin-kafir-serta-sejarah.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy