![]() |
| Masa mengandung penuhkan dengan aktiviti positif. Foto: Lensahasrul |
Salam semua terutama ibu-ibu yang sarat mengandung.
Dah kasik salam kat ibu2 mengandung, so tentu sekali entri ini buat mereka. Yang tak ngandung pun leh baca, mungkin ada sesuatu yang korang boleh ambil sebagai pedoman kelak.
Time mengandung, perkara yang nampak remeh tapi penting ialah pakaian ibu mengandung. Aha... kalau dah jadi perempuan, memang tak sahlah almari penuh dengan baju .. ye tak? Dan kadangkala sampai dah tak muat. Bila time mengandung, dah nak kena ada set baju mengandung la pulak. Takkan muat nyer baju time slim2 nak pakai time ngandung. Jeans ... suar2 tu .... ushhh .... dah tak leh dah .. kena simpan la untuk 9 bulan.
Dah nak kena beli baju ngandung - itulah persoalan bagi ibu2 yang baru nak merasa pengalaman sedemikian. Bagi yang tetiba nak nambah, dah kena bungkah balik baju2 ngandung dedulu .... time beranak first time atau second time.
Tak yah nak beli. Buat cara ini; apa kata anda kongsi baju2 mengandung anda, atau trade in sesama rakan. Dengan cara ini, anda still leh jadi ibu ngandung dengan berfesyen. Tak le samaaaa je baju ngandung tu. Sestengah ibu, selang 3 hari ... dah kena pakai baju ngandung tu balik. So dengan cara ini anda boleh pelbagaikan fesyen.
Dengan ini, secra tak lansung anda berjimat. Tak perlu lagi kuarkan belanja lebih semata-mata nak beli baju baru kerana mengandung. Tapi ... dah pinjam tu ... selamat dah semua .. pulangkanlah balik yer. Jangan lak simpan buat reta yer. :) Dan kalau mereka pula ngandung, tak perlu tunggu derang minta .. anda sendiri offer baju2 ngandung anda buat mereka. Dah dapat pahala di situ. :)
Ok yer. Selamat berkongsi dan berjimat! Ngandung2 pun still trendy dengan pelbagai fesyen mengandung tanpa perlu keluarkan sesen pun .. kan best tu ....




errkk.. boleh pulak macam tu ea..
kreatif je idea tu.. lalala~ ^^,
03 March, 2011 19:02
@cik pulau Boleh je .. hendak seribu daya ..
03 March, 2011 20:06
saya pernah buat dengan adik dan adik ipar saya...
03 March, 2011 21:49
@MamaEma Dapat juga mengeratkan tali silaturrahim .. kan kan?
04 March, 2011 00:01
opspss!! gedebikkk!! hambik ko terkena sedebikk.. hahaha..masalahnya kan bro kengkawan kiter xkawen lagik ramai..muahahaha..nak xnak terpaksa gak beli..carikk bundle pun dah okeh sihh...jimat2... kiter ni dah ler mangsa fesyen..xdenya nak pakai yang lelama..hehehee..terok x?? kalo bab fesyen kiter mmg terukkk..jenayah fesyen tol!! muahahaha
Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
05 March, 2011 12:39
Post a Comment