As-Salam.
Dalam menjadikan blog kita dikenali ramai, apa yang perlu kita lakukan (antaranya) adalah memikat followers. Bagaimana nak memikat followers? Apa rasionalnya followers buat sesebuah blog? Implikasinya pula?

Dalam pembabitan awal saya dalam dunia blogging, saya tak letak pun widget followers ni, tapi apabila saya republished balik blog hasrulhassan ini menjadi Bangku Kosong, saya pun letak. Saya dah nampak implikasinya pada blog-blog lain, saya nampak keperluannya. Dulu, saya tak kisah dan tak mahu ambik kisah.

Mengapa followers penting bagi saya? Ia penanda aras blog - itu kata saya. Bila ramai followers, ini bermakna blog anda sudah dikenali, walaupun (mungkin) bukan semuanya itu menjadi pembaca setia blog anda, tapi separuhnya ... pasti. Itulah rasionalnya untuk blog anda mempunyai followers, sebagai bukti blog anda dikenali, sebagai bukti blog anda semakin digemari.

Implikasi bila followers ramai? Blog anda perlu menjadi lebih dari semalam. Entri anda perlu lebih menarik. Kerana apabila followers ramai, maka ramailah yang memerhati. Kalau anda tersilap kata dalam entri, maka awas akan implikasi negatif. Bukan mudah bila ada ramai followers. Anda dah bina integriti anda sendiri, kewibawaan anda juga sedang diperhati. Jadi, tanggungjawab anda .... teguhkan kepercayaan mereka yang follow blog, jangan nodai klik2 mereka dalam blog. :)

Saya tak ramai followers, blog saya baru je nak menapak. Menginginkan followers yang ramai - pasti tapi bukan nak bermegah, tapi sebagai kepuasan diri bahawa blog dan entri dekat dihati.

Mereka tak follow - adakah tidak menghargai? Ohh .. itu lain cerita. Ada yang tak follow tapi mereka letakkan url blog di tempat teratas dan istimewa dalam blog mereka, itu cara mereka. Mereka mungkin bukan followers tapi silent reader. Ada kala mereka meninggalkan komen tanpa sedar mereka tak menjadi follower pun. Tapi mereka ada. Ujud dan menghargai.

Saya seronok bila blog saya ramai followers. Blog saya - bukan saya, saya tak ada pengikut, saya bukan Tok Ayah Pin yang ada pengikut. Tapi ini blog saya ...blog serba kekurangan. 

Nak pikat followers - mudah. Buat entri yang memberikan apa yang followers anda inginkan. Bukan i  follow u .. u follow me back. No No ... tu macam tak ikhlas. Pernah tgk blog atau laman web yang ramai followers? Kebanyakkannya blog yang berikan tips berblog, blog bercerita, blog kisah artis ... blog yang ada target dan bukan blog carca merba cam saya.

27 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oh yeah~~~ (tetiba rajin komen2 kat blog ni hari ni..tahniah bro, saya dah jatuh hati!)

    BalasPadam
  2. OHHHH...KENE MANTAPKAN ENTRY..

    BalasPadam
  3. sy stju sgt...salunya kalo owg xjd follower..mst pny jd silent reader..:)..tp ape pon..sy ske blog awk

    BalasPadam
  4. alamak.. jd mkin risau lak.. xpela, thanx bangu kosong. cintabunga nk remove widget tu ^^

    BalasPadam
  5. Tips yang bagus..terima kasih atas pandangan ini

    BalasPadam
  6. tips yg bagus..
    aku cuba perbaiki mutu penulisan entri supaya follower tak bosan..

    BalasPadam
  7. pandangan yang baik...
    akak ni tulis ikutkan hati je.
    ape yg akak selalu cakap itu la jgk akak tulis kat blog.
    camne pun akak suke la nengok gambo gambo kat sini.
    cantek cantek.

    BalasPadam
  8. Yuyu sukaaa sangat entry ni :)

    dari belog abang beng benggg bomm tau :)

    BalasPadam
  9. salam
    akak paling tak suka bila ada yg cakap 'follow u...follow me back ok...'
    mcm paksa pulak...

    BalasPadam
  10. nice one :)

    follow sebab kita suka kan :)

    BalasPadam
  11. kan betul entri saya kata Bro berdua memang hebat..hehehe..jemput semua sapa yang tak baca lagi entri saya..http://kay-akam.blogspot.com/2011/02/satu-lagi-blogger-pro-suka-angkat.html :-)

    BalasPadam
  12. blog saya pun caca merba juga...sume bole kecuali yang kategori 18sx...hurmm...masih belaja2

    BalasPadam
  13. terbaik nihhhhh!!! i likeeeee !! ;)

    BalasPadam
  14. hurmm..de kesinambungan lam blog abg ben ni kannn!! muahahaha..!! khelass gitu..followers penting tp biar mereka follow dgn ikhlas lerr

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    BalasPadam
  15. Saya pun nak kongsi pendapat yang tak seberapa ni.. Nak pikat follower, tulis apa yang diaorang nak baca..

    BalasPadam
  16. setuju info ni..barulah ada win win situation..takdelah blog ditulis ikot shiok sendiri.. :D

    BalasPadam
  17. terbaik lahbro ni.boookmark! :)

    BalasPadam
  18. tersangat bagus bro.. info & tips yg menarik utk blogger yg baru nak belajar merangkak mcm i ni... panduan yg akn menjadi ikutan... insyallah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement