29 Mac 2011

Fakta Menarik | 15 Perkara Menarik Mengenai Kucing

Kucing Malaysia - Foto: Gambar Kucing Comel Cute

As-Salam.
Pernah bela kucing tak? Saya pernah ... dulu-dulu, masa zaman sekolah rendah. Saya bela kucing pun secara kebetulan. Nama kucing tu - RABU sebab dia datang umah saya hari rabu. Rabu sejenis kucing siam, cantik bulunya ... kucing betina ... :) mestilah cantikkk .. hehehee...

Rabu ni memang kucing rumah, tak suka jalan2 merata. Dia akan kuar umah bila nak membuang. Memang dengar cakap ... kalau saya kata A .. A lah yang akan dibuatnya. Jarang la berak2 merata ni .. kalau dia tak dapat kuar, dia akan berak kat jamban. Siyes .. tak ajar pun tapi memang dia gitu.

Dari Rabu, saya dapat beberapa kucing lain - kira keturunan dialah. Spesies cantik gak, bulu cantik ... jari kaki lak lebih ...ada 12, lebih 1 setiap kaki. So senang la nak cam kalau jumpa mana-mana. Rabu mati akhirnya kat kampung saya .... lepas melahirkan beberapa keturunan. Rabu mati tua ... saya jumpa bawah rumpun pandan .... lepas Rabu mati .. saya tak bela kucing dah.

Beberapa perkara menarik mengenai kucing:

15 Perkara Menarik Mengenai Kucing
  • Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  • Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
  • Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  • Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti
  • Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  • 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  • Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  • Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
  • Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring)
  • Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  • Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  • Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  • Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut
  • Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  • Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari

Info: Laman Komuniti VF

Gambar: Gambar Kucing Comel Cute

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

14 Komen Fakta Menarik | 15 Perkara Menarik Mengenai Kucing

alaaah,kucing comel
nak bele,tapi mama tak bagi
sedihhhhhhh

geram tengok kucing
kalaw boleh nak bele harimau
besar plus comel
boleh men peluk-peluk

hahhahhah

14jam sehari, patutlah kucing saya selalu tidur. HEHE.

ohh,sy xsuke kucing,.ntah knape,.sy geli,.hehe,.lg2 klu die main gesel2 kt kaki,.wahh,mnjerit trus,.aduss,.

kucing saya si bola tu memang kuat tidur... 24 jam melepak atas katil... manja, kuat makan... rindu kat die!

eiii, thnaks share!

ada yang dah tau dan ada yG belum..

ala,..teringn nk bela kucing..tp 1 fmily sye alergik bulu kucing..dlu prnh sekali bela..sume dpt flu..sye sorang je tak..then kne bg kt jiran..sob2...

semalam baru je dapat main kucing yang ada kat kolej..hehe..

saya tak potong misai kucing sy, tapi kucing tu nakal, dia pi main kat api sampai misai dia terbakaq..huhu

@Jiji-Fify Itulah .. saya pun kagum bila tahu akan fakta ini.

@Nur Mudrikah Uhh ... kucing pun ada sifat ingin tahu yang tinggi.

makin dewasa kucing tu makin banyak dia tidur! masa tula kita akan rindu saat dia nak main2 dengan kita..

comey tp sekadar tgk jerk..!!!
hacchooomm!!
haaa..kan dah mai..
larii


salam singgah dari mummy weiyda❤
keep it up blogging ya dear❤
‎(◕‿◕✿)

hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

alahai...betul tu semua....sygnye kt kucing saya... :D

suka kucing..
sekarang tgh jaga seekor kucing yang lumpuh..

baca la bila free..kot2 tersentuh ke..hehe

http://getmedean.blogspot.com/2011/04/moli.html


EmoticonEmoticon